CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sambung Pengajian Dalam 2 Bidang Serentak, Diana Danielle Bukan Lagi Pelakon Sepenuh Masa

15-1-2024 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9658| Komen: 76

Description: Diana Danielle kini tidak lagi bekerja sepenuh masa dalam bidang seni susulan memberi fokus kepada pengajian di sebuah universiti tempatan.
Diana Danielle kini tidak lagi bekerja sepenuh masa dalam bidang seni susulan memberi fokus kepada pengajian di sebuah universiti tempatan.

Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, berkata, dia baharu sahaja mendaftar dan memulakan pengajian dalam dua bidang serentak iaitu biologi kimia dan psikologi serta pengurusan perniagaan.


Keputusan menyambung pengajian juga dibuat kerana mahu meneruskan impian yang selama ini tertangguh akibat sibuk dengan karier sebagai pelakon dan penyanyi.

Foto:IG

"Saya sedar melakukan perkara ini (menyambung pengajian) secara serentak akan menjadi sesuatu yang menarik.

"Disebabkan saya bukan lagi pelakon sepenuh masa, saya juga ada banyak masa untuk keluarga," katanya.

Diana berkongsi mengenai perkembangan terbaharunya itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu.

Diana yang memulakan pengajian sejak dua bulan lalu turut berkongsi video di Instastory memperlihatkan dia sedang menyiapkan tugasan selain perlu menghadiri kelas secara maya pada hujung minggu.


Sementara itu, Diana memberitahu dia sebelum ini pernah menyambung pengajian dalam bidang bioteknologi namun tidak menamatkan pelajaran kerana sibuk dengan kerjaya seni.

Justeru kesempatan kali ini digunakan sebaik mungkin untuk memberi fokus agar dia dapat menamatkan pengajian dalam bidang pilihannya.

"Saya pernah belajar dalam bidang bioteknologi dan itu adalah aliran pilihan ibu saya. Saya tahu ia membuang masa kerana bukan pilihan sendiri.

"Saya gembira dapat menyambung kembali pengajian dalam bidang yang saya suka dan bukannya disebabkan terpaksa. Saya memiliki karier yang sangat baik dan kini tiba masanya kembali bergelar pelajar dalam bidang perniagaan dan sains," ujarnya.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 15-1-2024 09:32 AM
Semoga berhenti menyanyi.. Cukuplah berlakon aje..
Quote Kancilkering 15-1-2024 09:39 AM
power lah pengajian dia moga dpt lh apa yg dia nak….
Quote prince_marhaen 15-1-2024 11:02 AM
teringat tetiba sheols smbg belajar kat aussie lepas nikah....tetiba ehhh beranak ehehehehehe
Quote bintangct 15-1-2024 11:04 AM
bljr smbung level apa dia ni
Quote primarikey 15-1-2024 11:29 AM
Bkn dia ni ada anxiety ke ape
Klu bole bwk xpe la
Amik 2 bidang serentak, berat jgk tu
Takut dtg balik anxiety dia nt
Quote pichee 15-1-2024 11:30 AM
biasa org akan tulis sambung pengajian diploma/degree/master.. ni x details pn...
Quote cm_vungtau 15-1-2024 11:33 AM
Nampak gaya bukan 2 bidang serentak, tu tiga bidang.
Quote heythere123 15-1-2024 11:39 AM
Edited by heythere123 at 15-1-2024 11:42 AM
pichee replied at 15-1-2024 11:30 AM
biasa org akan tulis sambung pengajian diploma/degree/master.. ni x details pn...


artikel ni tak mention tapi sheols sendiri ada mention dekat artikel lain. Yg science tu A-levels, yg business tu diploma.

edit: iols teka la yg subjek sains tu A-level sebab business management tak mungkin la A-level
Quote heythere123 15-1-2024 11:42 AM
meols tolong tepek

Quote hyie 15-1-2024 12:07 PM
meols speku OUM, sebab kelas hujung minngu dan online.
Quote Safirania 15-1-2024 12:13 PM
Wow iols tabik. Good luck diana. Course bukan calang2 tu.
Quote gorjeous 15-1-2024 12:19 PM
Good luck.
Quote penjarasgbuloh 15-1-2024 12:25 PM
ada keinginan, ada duit...ok la tu. Semoga DD dapat apa yang diimpikan.
Quote Kancilkering 15-1-2024 12:43 PM
kira ok lah dia sambung dia pun bukan single mother dh…kurang le struggle sket…melainkan laki dia x guna…..semua benda bini buat
Quote she 15-1-2024 12:47 PM
Bagus dia belajar
Tolak tepi kontroversi lain

Bior terbuka sikit minda tu
Tapi kalau kelas pun online
Hujung minggu je offline
Jadi macam TinTan pulak

Beria tayang baca buku
Haishhh hahaha
Quote DeLuna85 15-1-2024 02:21 PM
DD ni cantik la. Makan apa. Oh lupa mix.
Quote vanillaninja 15-1-2024 02:22 PM
Pic atas ni pic lepas sheols alter hidung ke?
Quote heythere123 15-1-2024 02:24 PM
hyie replied at 15-1-2024 12:07 PM
meols speku OUM, sebab kelas hujung minngu dan online.

not necessarily chuols, sebab banyak dah sekarang uni swasta/kolej offer online & hybrid classes.

diploma mungkin la OUM tapi A-level macam tak mungkin
Quote telracs 15-1-2024 02:24 PM
pichee replied at 15-1-2024 03:30 AM
biasa org akan tulis sambung pengajian diploma/degree/master.. ni x details pn...

Baru nak ambil diploma/degree
rasanya.

Ok la tu, tiada had masa untuk belajar.
Semoga tabah dan berjaya menamatkan pengajian.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.056698 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top