CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Nombor 1 Mahu Taja Percutian Tyzo, Cadang Ke 4 Buah Negara Di Eropah

15-1-2024 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6096| Komen: 32

Description: Seorang peminat setia Tyzo membuat kejutan menawarkan percutian ke luar negara buat bekas penyampai radio Suria FM berkenaan.
Seorang peminat setia Tyzo membuat kejutan menawarkan percutian ke luar negara buat bekas penyampai radio Suria FM berkenaan.

Razi Jamit memberitahu dia mahu membawa Tyzo menenangkan fikiran yang mungkin agar serabut ketika ini sebelum memulakan langkah baharu dalam kariernya selepas ini.


Lebih istimewa, Razi mahu membawa Tyzo melancong ke empat buah negara iaitu Iceland, Norway, Switzerland dan New Zealand.


Foto: mStar

"Saya tahu abang tengah pening, sedih, penat dan macam-macam dalam fikiran.

"Sebagai peminat nombor satu saya ingin bawa abang pergi 'healing'. Saya ada hajat nak bawa abang pergi melancong.

"Saya cadang nak bawa pergi ke Iceland, Norway, Switzerland dan New Zealand sebab di sana musim salji. Jadi boleh main salji dan tengok aurora," katanya.

Pemuda berkenaan membuat tawaran itu menerusi sebuah video dimuat naik di TikTok miliknya pada Ahad.


Razi memberitahu dia memahami Tyzo sebelum ini sentiasa sibuk dengan tugasnya di konti mengendalikan segmen Suria Petang dan tidak mempunyai masa bercuti ke luar negara.

Katanya, segala persiapan sudah disediakan dan hanya menanti persetujuan Tyzo.

"Tujuannya saya bawa abang Tyzo pergi jalan-jalan ini supaya boleh bertenang dan healing... Lupakan sekejap fasal kerja, saya tahu abang Tyzo sangat rajin dan komited terhadap kerjaya.

"Tak perlu risau, nak pening-pening fikir lagi sebab semua saya dah siapkan dari A sampai Z. Abang Tyzo hanya tinggal kemas baju, passport kita boleh terus pergi.

Nama Tyzo jadi bualan ramai sejak Jumaat lalu.

Tyzo rasa bebesar hati dengan tawaran Razi.

"Kalau abang kata esok... esok juga saya bawa abang pergi jalan," ujarnya.

Video tersebut mendapat maklum balas daripada Tyzo yang bersyukur dengan tawaran yang diberikan oleh Razi.

"Allahuakhbar. Terima kasih Razi... saya sangat sakit sekarang," luahnya.

Untuk rekod, kontrak Tyzo yang disambung selama enam bulan bersama Suria FM akan berakhir pada Mac depan namun tugasnya sebagai penyampai Suria Petang tamat Jumaat lalu.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 15-1-2024 10:59 AM
Jaga2 Tyzo, ntah2 bawak gi  luar negera tersadai kat KK Garden Myanmar jadik scammer.. huhuhuhhu
Quote prince_marhaen 15-1-2024 11:05 AM
HAHAHAHAHAHAHAHA.... nonok try so harddd.... aiyoooo nonok2 skrg open air ye offer2.. nak2 nonok yang berduit ni... begituuuu je dia try.. haaha
Quote LembingDayanti 15-1-2024 11:19 AM
hahahahha nonok punya offer takot laaaaaaa
Quote penjarasgbuloh 15-1-2024 11:19 AM
I dont know but the offer is weird.
Quote LembingDayanti 15-1-2024 11:20 AM
tapi tyzo ni kemain melebih lebih pulak...... contract tak disambung bukan kau kena buang keje hahahahahhahaahaha. cari la keje lain metratib sedang sakit sangat tak sudah2 apahal... gelilahhhhh
Quote Gianna111 15-1-2024 11:21 AM
ah ghisau acik ....
Quote sangbara2020 15-1-2024 11:38 AM
aku bru nk husnuzon tiber nonok plk kome komen...
aduhaiiii...kijamnya donya nan fanah nih
Quote newyork 15-1-2024 11:45 AM
Jaga2 tyzo..karang tak balik msia plak.
Quote da_vinci 15-1-2024 11:51 AM
toksah laaa tyzo, baik tyzo lepak2 jer dgn kak rara dan suami ngeteh kat mana2....doniya akhir zaman ni mcm2 leh jadi, to encik razi bwk dj lin tu laaaa....nmpk nau kegersangan
Quote virgo19 15-1-2024 11:55 AM
Peminat ni ada bisnes apa2 nak dipromo tak, bukan leh percaya zaman skrg ni, semua nak ambil kesempatan
Quote Cyempaka 15-1-2024 12:04 PM
[tiktok]7256381852527627521[/tiktok]

Kau jgn tyzo.. en razi sejak kanak-kanak lagi dah ada rekod buruk tau
Quote kucingitam 15-1-2024 12:05 PM
apsal muka peminat itu seperti tidak boleh dipercayai..
Quote Pujangga22 15-1-2024 12:15 PM
lain mcm offer tu erkk..bwk gi melancong ala2 healing gitu...trus melencong
Quote graxier06 15-1-2024 12:25 PM
virgo19 replied at 15-1-2024 11:55 AM
Peminat ni ada bisnes apa2 nak dipromo tak, bukan leh percaya zaman skrg ni, semua nak ambil kesempa ...

mamat tu mmg ada bwk org melancong tp xsure dia ada tarvel agent yg sah ke x. tp iol tgk offer dia tu mmg menagguk air yg keruh. Sesaja nk masuk line sbb nk prmote bisnes dia
Quote Carcosa 15-1-2024 09:39 PM
Pegi bercuti tmpt sejuk2. Kang tetiba memalam, kau rasa lampu suluh Maglite menyondol2 kau drpd blkg Habis keterunaan pintu sliding belah blkg Tyzo
Quote fadz84 15-1-2024 10:00 PM
LembingDayanti replied at 15-1-2024 11:20 AM
tapi tyzo ni kemain melebih lebih pulak...... contract tak disambung bukan kau kena buang keje hahah ...

Untuk rekod, kontrak Tyzo yang disambung selama enam bulan bersama Suria FM akan berakhir pada Mac depan namun tugasnya sebagai penyampai Suria Petang tamat Jumaat lalu.

Kat paragraph ni dlm artikel bgtau kontrak dia abis Mac 2024.. tp tetiba jumaat lps last day..
Quote sleepandream 15-1-2024 10:22 PM
LembingDayanti replied at 15-1-2024 11:20 AM
tapi tyzo ni kemain melebih lebih pulak...... contract tak disambung bukan kau kena buang keje hahah ...

alaaa chuols ni... nonok kan kuat drama...
mcm tak bese...
tapi heshe ni takde la kacau hidup orang khennn
Quote Joysparta 15-1-2024 10:48 PM
Mak i pesan. Jgn ikut org yg kita tak kenal..hihi
Quote katak hijau 15-1-2024 10:52 PM
Kenapa mesti tempat sejuk? Tempat panas tak best ke?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.057907 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top