CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Percuma Je, Dia Hanya Nak Pengalaman Untuk Dia Timba Ilmu", Anak Zarina Anjoulie Teringin Jadi Pelakon

12-1-2024 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18561| Komen: 6

Description: Pelakon Zarina Anjoulie memaklumkan anak tunggalnya iaitu Awangki Gabriel Martin Ezra ingin menceburkan diri dalam bidang lakonan.


Pelakon Zarina Anjoulie memaklumkan anak tunggalnya iaitu Awangki Gabriel Martin Ezra ingin menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Zarina atau mesra dengan sapaan Anju menyeru kepada mana-mana pengarah atau penerbit yang mencari bakat baharu untuk memberikan peluang kepada anaknya.

Kepada produser dan pengarah di luar sana, anak saya ada hasrat untuk jadi pelakon.

Dia selalu tanya saya, mama boleh tak tolong dia, nak sangat jadi pelakon, nak masuk dalam filem atau drama.

"Jadi kalau ada produser atau pengarah tengah mencari talent, boleh tak anak saya datang ujibakat?"

Dalam hantaran sama, Zarina berkata, anaknya itu tidak mengharapkan sebarang bayaran, sebaliknya hanya ingin menimba ilmu dalam bidang lakonan.



"Percuma je, dia hanya nak pengalaman untuk dia timba ilmu".

Untuk rekod, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang berasal dari Brunei pada 2015, namun mereka berpisah pada tahun 2016.

Hasil perkahwinan itu, Zarina dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra yang kini berusia tujuh tahun.

Sumber: Instagram/Ohbulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 12-1-2024 05:31 PM
Budak ni sebijik betul muka pak dia haha
Pak dia dulu helok, tapi bertattoo2
Quote MisXoXo 12-1-2024 07:20 PM
Awangku atau Awangki nama penuh Martin ni..a ah..muka cam bapa dia..penuh tatoo..agaknya manalah dia skrg eh.
Quote honey_yayan 13-1-2024 09:49 AM
Tak payah la jadi pelakon dik..baik keje gomen lebih terjamin nak loan rumah pun senang [em:4:]
Quote Carcosa 13-1-2024 03:32 PM
Kenangan terindah gichewww

Screenshot_20240113_153148_Google.jpg
Quote fossil 13-1-2024 05:59 PM
Carcosa replied at 13-1-2024 03:32 PM
Kenangan terindah gichewww

sejibik sejibun martin muka apaknya. anju kuyus nya masa ni.
Quote KamikuP 16-1-2024 02:42 PM
Laki ni ke yg tersebar gambor tek anju kene jilat?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.049393 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top