CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Bukan Sakit Mental Kalau Tengah ‘High’ Dadah” – Izara Aishah

12-1-2024 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25135| Komen: 132

Description: Seseorang yang membuat perkara yang tidak normal semasa tengah "high" dadah boleh menimbulkan rasa pelik dikalangan orang lain yang melihatnya dan disebabkan itu, ramai akan melabelkan individu terseb ...


Seseorang yang membuat perkara yang tidak normal semasa tengah "high" dadah boleh menimbulkan rasa pelik dikalangan orang lain yang melihatnya dan disebabkan itu, ramai akan melabelkan individu tersebut mungkin mengalami masalah mental kerana tidak tahu individu tersebut adalah penagih dadah.

Menerusi satu hantaran di aplikasi X, pelakon Izara Aishah berpendapat sakit mental hanya valid jika seseorang itu bukan di bawah pengaruh dadah ‘ice’ (crystal methamphetamine).



Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih lebih 6,000 retweet dan 9,000 likes. Isu ini mula dibahaskan orang ramai apabila ada segelintir netizen mempunyai pandangan berbeza.


Netizen dikenali sebagai Nurul Izzah mahu orang ramai faham bahawa dadah adalah jalan keluar paling singkat bagi pesakit mental yang kekurangan sokongan.



Namun, pelakon ini menekankan mengenai pengambilan dadah jenis ‘ice’ (crystal methamphetamine) yang memberi kesan lebih buruk.

Kata Izara, disebabkan tweet itu, ada netizen memanggilnya bodoh menjelaskan ketagihan dadah merupakan salah satu masalah gangguan mental.

Enggan berbalah, menantu kepada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini menegaskan seseorang itu bukanlah sakit mental kalau tengah khayal dadah.


Jadi apa pula pendapat korang?


Kredit: X Izara Aishah/Ohmedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 12-1-2024 11:13 AM
iols agree dgn izara. budak2 woke kat X ni suka jadi TERPALING. so nyampah gak lah.
Quote penjarasgbuloh 12-1-2024 11:19 AM
dadah merosakkan otak. Neuron2 dalam otak tak bersambung. Bila dah tak bersambung, akal dah takdak, bila akal takdak, mula la perangai di luar norma manusia. Bila dah akal takdak, jadilah sakit mental. Family kena main peranan penting. Kena ada family yang stabil. Nak jadi stabil kena ada keseimbangan dalam agama dan ekonomi. Semua berkaitan.
Quote LadyCarefree 12-1-2024 11:39 AM
BoongaKertas replied at 12-1-2024 10:13 AM
iols agree dgn izara. budak2 woke kat X ni suka jadi TERPALING. so nyampah gak lah.

iols pun sama nyampah.
Quote azimodin 12-1-2024 11:48 AM
Sebagai seorang penghidap depression yang ambik ubat kat spital gomen, i stand with izara. Ko sakit, pergi jumpa doctor dulu.. jangan self medicated pastu sembang coping mechanism bagai. Mental illness/disorder itself is highly stigmatised. Jangan nanti disebabkan geng2 "woke" ni orang samakan pesakit macam kami dengan junkies
Quote degrandlite 12-1-2024 11:55 AM
Fun fact, substance abuse disorder is a mental illness. Dalam categorisation of mental disorders ada banyak specifiers, substance use is part of it and those people with these issues are seen by psychiatrists.
Quote degrandlite 12-1-2024 11:58 AM
Cumanya people nowadays bila mentally unstable @ unwell, they tend to consume drugs so-called to forget / distract or cope with their problems.. which is completely wrong. Diorang tend untuk be denial of their health problem plus bcos of stigma from the social especially those of public figures. But yeah, family members & friends play a crucial role in helping them.
Quote missHaidiD 12-1-2024 12:00 PM
Edited by missHaidiD at 12-1-2024 12:01 PM

Ok iols team ijara

Quote caprisonne 12-1-2024 12:05 PM
Aku mmg menyampah dgn budak2 baru nak hidup/ baru masuk uni/ baru nak cari kerja/ hidup pun tak teratur lagi lepas tu sibuk nak jadi terpaling betul/ terpaling tahu/ terpaling woke.. ehhh please la kid.. nak muntah tau dgn perangai mcm ni.
Quote virgocircus 12-1-2024 12:10 PM
Dadah sintetik mmg bahaya utk otak...mmg dah terbukti...yg amek ice, meth whatsoever lama2 jd tingtong..
kalo zaman dedulu yg jenis suntik2 tu senang kena hiv sbb kongsi jarum.
That's why skang dah x guna term penagih dadah instead dorg guna term pengguna dadah, kalo x silap. Sbb yg amek ice, meth ni still boleh function mcm biasa, g keje, buat aktiviti etc. Saiz badan sesetengah pun bukannye keding2, ada yg size badak pun ada... Ha gitulah!
Quote sleepandream 12-1-2024 12:18 PM
mental illness sendiri diagnose ka?
ambik dadih sendiri, mental abuse sendiri.. ujong2 mental illness kene pitnah


Quote likilu 12-1-2024 12:57 PM
Baru semalam acik forum petik nama dia time sideboob party

Terus report duty

Seronok tgk geng boneka bercakaran
Baru rasa hidup kita yg terumbang ambing ni normal, kita takde vip kenal, takde fans, takde follower berjuta, malu pun takat ngan kazen n jiran jiran sendiri je

So menantu terpaling, sila spill more, we are all ears. Be that weekend gossip you always dream of hehe
Quote beatgirlX 12-1-2024 01:11 PM
Geng Izara jgk...
Quote dewi_rina 12-1-2024 01:20 PM
Annoying nya dok sebut2 menantu ct nurhaliza, aiyo mmg kena ke sebut nama toktik tu
Kang cicit izara ni pun dorang dok mention jugak ___ adalah cicit tiri keturunan ke 10 toktik
Quote honeybee1802 12-1-2024 01:24 PM
I support your statement izara...ada my fren visiting sedara kt spital tanjung rambutan tu kata...ramai yg mental kt situ hasil pengambilan dadah...n family pun tak kose nak lawat depa dah...so saper ngambik barsng tu...saje je la tempah penyakit mental...
Yg ptt kita kesiankan ialah mereka yg sakit mental sbb kena penderaan mental!penderaan tu boleh datang dr mcm2...family,friend,workplace...
Quote BoongaKertas 12-1-2024 01:34 PM
budak2 zmn ni kan, bila org x agree dgn depa, start lah call ppl as bodo lah, x consider mental health lah. wehhhh, ko kenapa dik sampai jadi tersakiti sgt ni.
Quote Carcosa 12-1-2024 01:34 PM
Walaupun aku light2 je dgn si Izara ni, tapi kali ni hakak setuju dgn ko dik.
Muntah hijau laaa bila baca kengkonon ambik dadah is also mental illness. Tak Boleh stop ambik dadah sbb mental illness. Ehhh utoh laaaa. Bende boleh stop, kau pilih sedop, ye dok? Sendiri pilih ambik taik, disalahkan mental illness.
Quote lyshafull 12-1-2024 01:38 PM
Ade tweet x silap cakap sia2 dia blaja psikologi tapi ambil ubat kira drug … diks iols rasa ape yg zara cakp tu direct ade beza amik ubat doktor dgn amik dadah .. so u want to normalize ambil dadah sebb sakit mental … penat blaja tggi2 tapi bengap …
Quote azimodin 12-1-2024 01:48 PM
Carcosa replied at 12-1-2024 01:34 PM
Walaupun aku light2 je dgn si Izara ni, tapi kali ni hakak setuju dgn ko dik.
Muntah hijau laaa bila ...

Betul la cakap chuols. Macam aneh je logik budak2 ni. Ambik dadah sebab mental illness, pastu claim drug addiction pon mental illness. Pastu bila nak sembuhnya, kejadah nak treat mental illness pastu dapat percuma another mental illness. Bila suruh pwrgi doctor cakap takut stigma as if jadi drug addict diterima dengan hati terbuka oleh masyarakat umum.
Tbh i lagi sanggup orang pandang senget sebab pergi terima rawatan psychiatric dari dipandang senget sebab jadi penagih.
Quote Fly_over 12-1-2024 02:14 PM
iols tgk cerita euphoria, zendaya pesakit yg mmg lahir dgn mental tak stabil ni amek dadah utk legakan keserabutan otak dorg. terdesak utk dptkan ketenangan. amek jalan singkat. pastu ketagihan. iols kesian ye kalau yg mcm tu.

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.053944 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top