CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Percayalah, Itu Bukan Aman Graseka!”, Mas Idayu Yakin Bukan Aman Graseka Minta Duit!

12-1-2024 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13707| Komen: 28

Description: Itu antara respons penyanyi Mas Idayu mengenai isu membabitkan bekas suaminya iaitu pelakon, Aman Graseka yang didakwa sedang mengalami kesempitan hidup sehingga memaksanya memohon bantuan kewangan da ...


Penyanyi Mas atau nama penuhnya Mas Idayu Mesnun, 51, yakin Aman bukan seorang yang suka mengemis wang daripada orang lain seperti yang berlaku baru-baru ini.

“Percayalah, itu bukan Aman Graseka!”

Itu antara respons penyanyi Mas Idayu mengenai isu membabitkan bekas suaminya iaitu pelakon, Aman Graseka yang didakwa sedang mengalami kesempitan hidup sehingga memaksanya memohon bantuan kewangan daripada rakan selebriti lain.

Mas Idayu turut menyokong kenyataan rakan selebriti lain serta percaya itu adalah perbuatan scammer dalam rumahnya sendiri.

“Saya menyokong beberapa kenyataan rakan selebriti lain seperti Sharifah Shahirah dan Ellie Suriaty serta percaya tindakan meminta wang itu bukan dilakukan oleh Aman. Itu adalah perbuatan scammer dalam rumahnya sendiri.

“Kalau boleh tak mahu menuduh sesiapa tetapi yakin semua ini dilakukan oleh individu terdekat, yang selalu kawal telefon dia, siapa?” katanya.


Tambahnya, dia yakin perkara tersebut dilakukan oleh individu terdekat kerana Aman sehingga hari ini masih ‘hilang’ tanpa sebarang penjelasan selain tidak dapat dihubunginya oleh semua pihak.

Ujar Mas Idayu lagi, dia juga hairan Aman tidak meminta bantuan dari anak mereka, Nur Dayini Asyiqah, 26, yang kini sudah berkerja, justeru percaya permintaan yang dihebihkab ini bukan dilakukan oleh Aman sendiri.

“Sehingga hari ini, dia masih sepi dan keberadaannya juga kita tidak tahu sebab telefonnya dikawal.

“Usaha anak mencari bapanya juga masih gagal sebab tak dapat dihubungi kerana nombor sudah disekat. Kalau benar susah, kenapa tidak mencari anak?” ujarnya.

Mengakui agak keberatan untuk mengulas isu ini, Mas Idayu bagaimanapun tetap mendoakan kesejahteraan Aman dan berharap segala kebenaran bakal terbongkar tidak lama lagi.

“Saya sudah tiada kena-mengena dengan Aman tapi dia bapa kepada anak saya. Saya percaya kenyataan ini dapat membantu Aman.

“Jadi, saya cuma berharap dia okey dan tiada mengalami sebarang gangguan sebab Aman yang saya kenal adalah seorang waras serta sihat.

“Harap individu di sebalik semua kegiatan ini akan sedar dan berhenti melakukan perkara yang memburukkan imej Aman sebagai seorang pelakon,” katanya lagi.

Terdahulu, penyampai radio Suria FM yang juga pelakon, Sharifah Shahirah memuat naik perkongsian dalam Instagram mengenai Aman atau Aman Shah Baharom Shah, 56, yang meminta bantuan untuk keluarga dan anak-anaknya.

Tindakan tersebut bagaimanapun meraih kecaman ramai apabila ada yang mendakwa Aman seorang scammer.

Difahamkan, tindakan meminta bantuan kewangan atas alasan mengalami kesempitan hidup daripada golongan selebriti sebegitu sudah dilakukan sejak tiga tahun lalu. 


Sumber : Kosmo Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 12-1-2024 11:35 AM
Baik mami ni, walau garang oranga kata mulut jahat tapi iols dah lama nampak sisi baik dia
Quote rbmy 12-1-2024 11:39 AM
sharifah shirah tu dia niat nak bantu. tpi tak sngka kena scamm oleh mereka yg guna nama aman
Quote Dolmat 12-1-2024 11:46 AM
dewi_rina replied at 12-1-2024 11:35 AM
Baik mami ni, walau garang oranga kata mulut jahat tapi iols dah lama nampak sisi baik dia

Ni baru kata mulut pedas, laser bertempat bukan lancang laser sesuka hati main lepas aje membukak aib orang.



Quote lilacomot 12-1-2024 11:57 AM
ye mami kami percaya je bini lahanat dia tu yg punya angkara
Quote sleepandream 12-1-2024 12:23 PM
mami macam malas nak sebut nama bini aman tu yach...
apolah... besok anak dara mami nak kawen kene panggil ayah kandung jugak nak jadi wali
Quote dewi_rina 12-1-2024 01:15 PM
Dolmat replied at 12-1-2024 03:46 AM
Ni baru kata mulut pedas, laser bertempat bukan lancang laser sesuka hati main lepas aje membukak  ...

Dia suka buat lawak jugak, lepas kawin ni nampak makin baik.. Laki baru pun lagi elok, apalah sgt dgn laki tua model kola ketil tu
Quote wannoorazlina 12-1-2024 02:58 PM
kemon aman..baru 56..masuk mampu lagi nak berlakon..
jangan biar bini genggam telor..
Quote sangbara2020 12-1-2024 03:08 PM
mau xkena genggam telo
ex bini meletup geleknya
sedangkan dia adalah retis sendu sendan...
hahahaha...
Quote anggeriklatifah 12-1-2024 03:08 PM
Kami percaya mummy
Bini dia yang gila ada sakit mental tu punya angkara
Tengok muka bini dia pon cam prmpuan saiko

Actually bini dia indenial
Dia rase lama kelamaan lakinya bakal rampas tahta sultan perak lalu dapat jadi agung
Sebb tu dia jadi gitu insecure dgn laki tak bagi jumpa anak..tak bagi kerja...sebb takut dirampas.  Yelaa..dalam kepala otak prmpuan gila tu kan...lakinya bakal merampas jawatan sultan perakk..
Quote awekjepun 12-1-2024 03:27 PM
Bagus mas idayu . Dia x burukkan bapak anak dia.
Quote seri_mawr 12-1-2024 03:38 PM
skrg ni musim org gila mendunia gamaknya...

bini si aman ni
pastu tekya....

aje dua org ni elok di tempatkan sekali kat mana2 rehab...
Quote timah03 12-1-2024 04:17 PM
sleepandream replied at 12-1-2024 12:23 PM
mami macam malas nak sebut nama bini aman tu yach...
apolah... besok anak dara mami nak kawen kene p ...

Isu first dulu... Bapak nya lepas kahwin,tertiba terus tak jumpa anak... Block num anak...
Bini baru kata mummy nak rosak kan rumah tangga diorang...
Kang sebut nama lagi, di katanya mummy nak laki dia pula...
Si bini kuat cemburu nya...
Quote timah03 12-1-2024 04:19 PM
anggeriklatifah replied at 12-1-2024 03:08 PM
Kami percaya mummy
Bini dia yang gila ada sakit mental tu punya angkara
Tengok muka bini dia pon cam ...

Serious la.... Tak kan la bebal sangat sampai tak boleh fikir...
Ni bukan level kelas belakang dah ni... Ni level2 tak pergi sekolah dah...
Quote dua_chzy 12-1-2024 04:29 PM
TAPI AMAN TU JADIK ENABLER! KALAU TIDAK TAKKAN LA DIA MENGEMIS MINTAK ORANG DERMA MASA BINI NAK BERANAK DI HOSPITAL SWASTA!

BOOOOOOOOOOOOO
Quote Gianna111 12-1-2024 04:41 PM
baik juga mami ni.
Quote jiwakacau06 12-1-2024 05:34 PM
dua_chzy replied at 12-1-2024 04:29 PM
TAPI AMAN TU JADIK ENABLER! KALAU TIDAK TAKKAN LA DIA MENGEMIS MINTAK ORANG DERMA MASA BINI NAK BERA ...

btl tu...knpa dia x pm ja diraja perak ke adik beradik dia...msti ada ehsan diaorg walaupun bpk dia dh jd mantan raja ..
Quote Qmrnycb 12-1-2024 05:59 PM
dua_chzy replied at 12-1-2024 04:29 PM
TAPI AMAN TU JADIK ENABLER! KALAU TIDAK TAKKAN LA DIA MENGEMIS MINTAK ORANG DERMA MASA BINI NAK BERA ...

Duit tetiba masuk byk dlm akaun sendiri xkan xtau kan..ke bini cepat2 kluarkan.tp xkan x pelik tetiba bini byk duit.ntah la kome
Quote dua_chzy 12-1-2024 06:10 PM
Qmrnycb replied at 12-1-2024 09:59 AM
Duit tetiba masuk byk dlm akaun sendiri xkan xtau kan..ke bini cepat2 kluarkan.tp xkan x pelik tet ...

DAH SAH2 AMAN ENABLER CHUOLS! Kalau betul bini tak kasik anak cakap dengan Aman, dah tu Aman buat hapaaaa chuuoolllllssss buat booodddooooo ???
Quote missyL 12-1-2024 07:41 PM
Mende la nk cemburu sgt
Mmg hot stuff ke AG ni dikalangan rakan sejawat.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050312 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top