CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kekecewaan Gagal Ke AJL38 Ditebus, Wani Kayrie Bangga Harumkan Nama Malaysia Di Vietnam

12-1-2024 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17864| Komen: 4

Description: Penyanyi Wani Kayrie meluahkan rasa gembira dan bangga apabila diundang untuk membuat persembahan di acara berprestij iaitu 28th Asian Television Awards di Vietnam, pada 12 dan 13 Januari ini.


Penyanyi Wani Kayrie meluahkan rasa gembira dan bangga apabila diundang untuk membuat persembahan di acara berprestij iaitu 28th Asian Television Awards di Vietnam, pada 12 dan 13 Januari ini.

Ketika dihubungi OhBulan!, Wani atau nama lengkapnya Syazwani Abdullah berkata, dia juga berasa teruja menjadi wakil tunggal negara sekali gus dapat mengharumkan nama Malaysia.

"Perasaan saya sudah pasti berasa sangat teruja dan gembira walaupun ini merupakan kali ketiga saya mewakili Malaysia ke Asian TV Awards.

Rasa teruja sebab saya bawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa dan saya satu-satunya wakil negara. Memang bangga dapat mengharumkan nama Malaysia".

Dalam masa sama, penyanyi berusia 24 tahun itu meyifatkan peluang tersebut sebagai ‘hadiah’ bagi menebus kekecewaannya yang sebelum ini apabila lagu ‘Kamu-Kamu’ gagal ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38).


"Sebelum ini memang agak kecewa sebab lagu Kamu Kamu tidak layak ke peringkat AJL, tapi semestinya ini adalah rezeki lain dan satu kejayaan untuk diri saya.

Bak kata orang, tidak dapat sesuatu itu, Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan peringkat yang lebih tinggi iaitu di luar negara.

Saya anggap ini satu kejayaan yang telah saya tebus. Saya mengharapkan persembahan saya dipermudahkan dan harapnya rakyat Malaysia tonton persembahan saya".

Difahamkan Wani bakal membawakan tiga buah lagu yang mana dua daripadanya lagu miliknya iaitu Fajar dan Kamu Kamu, manakala sebuah lagi lagu berjudul Bang Bang nyanyian asal Ariana Grande, Nicky Minaj dan Jessie J.

Sumber: Instagram/Ohbulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 12-1-2024 10:46 PM
yang ni award yang puteri balqis penah dapat dulu tak silap
Quote honey_yayan 13-1-2024 09:48 AM
Mohtep dapat award vietnam
Quote supernaturalee 13-1-2024 10:30 AM
Buat performance di Vietnam
Bkn dpt award

Tp ok la urusetia acknowledge talent sheols smpi dh masuk 3x org panggil

Quote missbigrockstar 13-1-2024 10:52 AM
Taktau lagu wani biasalah kan kualiti Lagu2 penyanyi Msia hauk tak kena telinga aku.
Tapi bila dengar wani duet dgn nikki dalam GV, sedap suara dia. Boleh diketengahkan dan pergi jauh. Ada background music education juga kan dia. Kira berpakej lah. Harap wani dapat lagu power and kualiti nanti.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.090589 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top