CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kenalan Sendiri Yang Mengata, Eka Sharif AF9 Kesal Kulit Gelap Anak Jadi Bahan Ketawa

5-1-2024 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17899| Komen: 81

Description: Eka Sharif kesal apabila kulit anak keduanya iaitu Miya Luthfiya menjadi bahan jenaka sehingga ditertawakan di hadapan orang ramai.
Eka Sharif kesal apabila kulit anak keduanya iaitu Miya Luthfiya menjadi bahan jenaka sehingga ditertawakan di hadapan orang ramai.

Eka atau Nur Atiqah Shariffuddin, 36, berkata, ini kali pertama anak perempuannya itu berdepan ejekan hanya disebabkan kulit gelap dimilikinya.


Menurut bekas peserta program Akademi Fantasia 9 (AF9) ini, dia tidak pernah mempedulikan kata-kata orang tentang perkara itu namun kali ini dia terpanggil untuk bersuara.


Foto: IG

"Situasi ini adalah pertama kali anak saya kena gelak kerana berkulit gelap. Sebelum ini ada saja yang menegur kulit dia gelap berbanding abangnya.

"Saya okay saja tidak ambil hati sebab kadang-kadang kita tahu orang hanya menegur dengan baik atau bergurau.

"Tetapi apabila saya tidak kisah ada pula yang gelakkan tentang perkara ini. Saya pelik kenapa sampai nak kena gelak," katanya ketika dihubungi mStar.


Dalam pada itu, Eka memberitahu dia terkedu dengan reaksi yang diberikan oleh seorang wanita yang sudah berusia ketika ditemui pada sebuah majlis keramaian.

Eka dan suaminya Nazrulnaim Abdul Jabar bagaimanapun tidak mahu mengambil pusing dengan cemuhan itu sebaliknya bersyukur kerana dikurniakan zuriat yang sihat.

"Tak tahulah kadang-kadang orang ni memang mulut jahat, kan. Saya memang kenal sangat dengan makcik ni. Bukan ahli keluarga kami tetapi saya sudah mengenalinya agak lama.

"Saya terkedu apabila dia mentertawakan anak saya kerana berkulit gelap. Apa yang saya boleh cakap, tak mengapalah nak buat macam mana. Janji anak saya sihat," ujarnya.

Mengulas lanjut tentang perkara tersebut, Eka turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga mulut kerana bimbang setiap perkataan yang dilontarkan boleh menyinggung perasaan orang lain.

"Jaga saja mulut dan percakapan anda. Kita tidak tahu hati dan perasaan orang bagaimana. Kadang-kadang memang nak bergurau tetapi gurau itu kasar.

"Kita tidak tahu daripada percakapan kita itu mungkin mengguris hati dan perasaan orang lain," katanya.

Sebelum ini, Eka memuat naik sebuah hantaran di Facebook miliknya memberitahu dia terasa hati dengan seorang makcik yang mentertawakan anaknya kerana berkulit gelap.

Jelas Eka, anaknya yang baharu berusia 10 bulan masih tidak mengerti dan terkebil-kebil melihat makcik tersebut mentertawakannya.

Untuk rekod, Eka dan Nazrulnaim mendirikan rumah tangga pada 19 Julai 2020 dan mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Luth Mateen, 2, dan Miya Luthfiya.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 5-1-2024 12:08 PM
Tak. Skrg kau nk berkokok kat sini buat apa. Drpd kau nasihat Netz, baik kau nasihat makcik molot loji kumbahan Subang Jaya tu.
Anak boy ikut mak, anak girl ikut ayah. Oklah tu, laki ko pun sawo matang.
Quote Firenzza 5-1-2024 12:12 PM
Hadoiii....kulit dayang senandung pun current issue gak ke?
Quote takayama 5-1-2024 12:17 PM
Dedua anak dia mmg dinamakan Luth ek. Comel aje baby dia, alahai gelap tu ikut ayahnya. Buat x ghetilah dgn mulut longkang manusia sekrg. Nnt dah besar cantiklah anak tu, kecik pun dah nmpk comel
Quote prince_marhaen 5-1-2024 12:33 PM
Edited by prince_marhaen at 5-1-2024 12:35 PM

mak pun macam putih drip & makeup kelabu ... so normal la genetik dia & laki dia..

Quote vanillaninja 5-1-2024 12:36 PM
Tapi maknya pun tak nampak macam putih natural.
Quote cikatilia 5-1-2024 12:50 PM
bodoh la manusia mcm gini
itam ka putih ka harus kah kau cerca

elok makcik  tu amik kan sampah dapor yg busuk tu gi sumbat kat mulut dia
baru ada akai
Quote ayang79 5-1-2024 02:32 PM
anak buah aku... 2 org kulit gelap ala2 org melayu kita... sedangkan aku mak sedara.. putih cerah..tapiiiiii... xpernah sekali pun warna kulit tu aku jadikan issue....walaupun xsecomei anak cik ta.... tapi i stilll love them so much... cheeky...diorg gelap tp manis....ko sumpah je org yg mengata anak ko ....anak diorg nanti lagi gelap dr anak ko...skrg ni Allah bayar cash....cepat je kena balas..
Quote pocongkiutss 5-1-2024 02:50 PM
Meleis ni kan..asal putih je dianggap lawa walaupun hidung kao pesek
Quote jfq 5-1-2024 02:56 PM
Melayu mmg bab komen fizikal nombor satu
And it is not intended to be complimentary
Quote A-Are 5-1-2024 02:56 PM
i olls laki bini gelap tiba dapat anak 3-3 cerah...itupon org pertikai jugak kenapa anak kulit cerah....begitula manusia, ada je xkena..kalau dilayan boleh gila
Quote kakakgarang 5-1-2024 03:18 PM
ika ni cucuk ke, kenapa anak tade sorg pun ngikut putih melepak tu?
Quote heythere123 5-1-2024 03:20 PM
sebab tu la kota kalau kulit tak berapa cerah tak payah la gigih nak cucuk noks. Genetik takleh ubah kekdahnye
Quote heythere123 5-1-2024 03:21 PM
boleh google gambar sheols dekat AF dulu, pastu pandai2 la connect the dots
Quote Orix 5-1-2024 03:22 PM
Marion counter tersenyum sinis
Quote bbalik 5-1-2024 03:26 PM
masa af 7 dolu
dia putih cmtu ke
Quote sukacactus 5-1-2024 03:37 PM
Aduhai!
Dah 2024 masih kesah dgn tone kulit ke
Mulut org mmg la, sedaaap je ngata org
Ko jaga je la ank2 elok2 kemas wangi
Hal kulit ni Allah yg kasi, so xpayah nak ambik ati sgt
Quote yum3 5-1-2024 03:41 PM
Carcosa replied at 5-1-2024 12:08 PM
Tak. Skrg kau nk berkokok kat sini buat apa. Drpd kau nasihat Netz, baik kau nasihat makcik molot lo ...

kan hahhaha...  Dia pn sblm ni pun kulit sawo matang. Now dia dah jdi putih tu sbb cucuk je kan?   So knp nak hangin plk. Aduhai..  retis retis..
Quote kakakgarang 5-1-2024 03:43 PM
prince_marhaen replied at 5-1-2024 12:33 PM
mak pun macam putih drip & makeup kelabu ... so normal la genetik dia & laki dia..

kan... sus putih sheolls..
Quote jalfa 5-1-2024 03:59 PM
Alahai x yah la nak ambik hati sgt....acik tu pelik kot tgk mak putih serupa kapur tp anak gelap

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062205 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top