CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Nakal Sangat, Yana Samsudin Masuk Hospital Diserang Praeklampsia

5-1-2024 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17786| Komen: 92

Description: Yana Samsudin terpaksa dikejarkan ke hospital dan disahkan menghidap praeklampsia iaitu sejenis penyakit darah tinggi yang sering menyerang ibu hamil.Berkongsi punca diserang penyakit itu, Yana atau N ...
Yana Samsudin terpaksa dikejarkan ke hospital dan disahkan menghidap praeklampsia iaitu sejenis penyakit darah tinggi yang sering menyerang ibu hamil.

Berkongsi punca diserang penyakit itu, Yana atau Nurliana Samsudin, 40, berkata ia bermula selepas dua anaknya iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea berkelakuan terlalu nakal sehingga menyebabkan dia tertekan.


Foto: mStar

"Ya, saya kena hypertension... praeklampsia kira-kira tiga minggu lalu. Doktor tanya apa yang berlaku, saya ceritakan semuanya... saya sibuk belajar, uruskan perniagaan dan anak-anak.

"Saya mula syak insiden semalam membawa mudarat kepada diri sendiri. Ceritanya saya bawa anak-anak saya (ke pejabat) sebab saya tak ada maid (pembantu). Mateen (anak) pun akan tuisyen malam di pejabat juga. Saya dah pesan dekat anak-anak hanya duduk bermain di dalam pejabat.

"Saya kata jangan keluar dari pejabat saya dan bermain di area staf lain sebab risau virus (Covid-19) mungkin ada lagi. Tapi dah nama budak budak kan? Mereka main juga lari-lari.




"Sampailah malam selepas mesyuarat terakhir, baru saya perasan anak saya main lari-lari satu pejabat sampai raga bakul sampah kosong, dia sarung dekat kepala untuk jadi naga. Masa ni saya sudah mula jerit dekat anak saya," ceritanya dalam satu hantaran di laman Instagram pada Khamis.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan dirinya terbaring di katil hospital menerima rawatan.

Tambah Yana lagi, kelakuan anaknya itu membuatkan dia naik hantu dan menangis kerana terlalu tertekan.

"Saya jerit sekuat hati marah dekat anak saya sampai saya menangis-nangis, saya balik dalam kereta pun saya nangis.


"Sampai dekat rumah pun saya nangis. Suami saya tak pujuk dan peluk saya pun. Dia cakap saya stres pasal kerja dan staf saya," luahnya.

Setelah mendapati tahap kesihatannya tidak berapa baik, Yana segera mendapatkan rawatan doktor dan menerima suntikan bagi membantu menurunkan tahap tekanan dialami.

Malah, doktor juga memintanya untuk mendapatkan rehat secukupnya kerana penyakit tersebut boleh menyebabkan strok dan membahayakan bayi dalam kandungan.

"Doktor juga minta saya berehat dari segala pekerjaan yang saya buat sekarang ini dan bagi surat rujuk untuk masuk ke hospital," katanya.

Untuk info, hasil perkahwinan Yana dan Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen, 8, dan Aura Aisy Sofea, 4.

Yana kini sedang hamil lapan bulan dan sedang menanti kelahiran anak ketiga. 

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote da_lynn 5-1-2024 11:53 AM
Indirectly nak kata laki hang takdak empathy ka yana? Selalu laki hang lah yg terpaling netizen dok mencapub semua isu semasa. Dengan wife sendiri takkan bolayan kot
Quote dewi_rina 5-1-2024 12:02 PM
Oh dia hamil lagi.. Dalam anak nakal2 pun hamil tanpa henti ye.. Kuat betul mak2
Quote ckenj 5-1-2024 12:02 PM
erti kata lain...husbnd takde function ka...
Quote IzzahF 5-1-2024 12:02 PM
yg sebenarnya hormonal flatuation mmg ada time preg moms ni dia akan rasa mcm2 tp kena sabar deknon kang dpt heart attack tak pasal2
Quote LadyCarefree 5-1-2024 12:20 PM
xperasan dah dua ekor anaknya
Quote doubleA 5-1-2024 12:20 PM
Husb ko kuat mencapub merata soc med tak tolong jaga anak ke? Memang sekufu la 2 org ni. Pre-eclampsia ni kalau dah ada darah tinggi kan? Ke tiber terus diserang sebab tiber naik blood pressure? Kalau sayang diri dan kandungan kena tone down hal kerja dan kawal stress, kita bukan robot
Quote prince_marhaen 5-1-2024 12:37 PM
anak nakal normal, tapi kau ngan laki kau pun sibuuuuukkkkkkk nau hal-hal viral hal netizen.... komen sana-sini... tu yang mendapat lahh...
takyah salahkan anak...jap lagi anak kau tak aktif, membisu, buat hal sendiri..baru kau rasa sunyi...

Quote Manusiabesa 5-1-2024 12:43 PM
Tu la lain kali jgn suka sgt menyibuk hal org.kan dh dpt musibah. Laki bini jenis suka kepoci hal org lagi2 bab rumahtangga org. Toksik btul. Klo aku jd dd aku pkir 2x nk balik kt paret. Sbb pkir klu balik, dpt balik ipar and biras otak biforti.
Lantak ko nk saket apa pun koser aku nk doa. Pui
Quote cikatilia 5-1-2024 12:52 PM
how old is she eh?
nampak mcm tua bebeno dah gambar yg duduk dgn 2 anak nya tuh
dah mcm nenek depa dah
Quote exclusive_vvip 5-1-2024 01:04 PM
Risau pulak baca ni walupun i x minat Yana ni..sbb dlm citer Downton Abbey, adik Lady Mary meninggal sbb eclampsia..Semoga Yana lekas sembuh
Quote prettyuglybabe 5-1-2024 01:38 PM
kesian ada laki tak boleh harap..
Quote cap_ayam 5-1-2024 01:50 PM
Semoga cpt sembuh. Umur 40 preggy mungkin cepat penat.
Quote nottyyuni 5-1-2024 02:03 PM
Tulahkan..bila artis tak tambah anak..bising suruh beranak lagi..ni sampai melepek nak beranak je..takdenya orang nak tolong..mengutuk lg ada..ingat senang ke beranak ramai ni..kena kuat..laki walaupun baik boleh menolong jaga tapi beban yg menanggung tu berat kat perempuan jugak..silap2 blh mental.
Quote acepark 5-1-2024 02:35 PM
cikatilia replied at 5-1-2024 12:52 PM
how old is she eh?
nampak mcm tua bebeno dah gambar yg duduk dgn 2 anak nya tuh
dah mcm nenek depa d ...

dah style tudung mcm tu..agaknya mana sempat aja kot..
Quote red_velvet 5-1-2024 02:39 PM
Husband dia sibukkk komen2 kat fb n ig.. x de masa nk tenangkan bini menangis2 yg dah burned out.. lahan*t betol jantan gini. Dahla bini tgh pregnant.. tadak empati lgung pada bini
Quote msdummy.2018 5-1-2024 02:42 PM
Hahaha...choi..aku hengat tok laki terpaling family man..nan hado rupanya
Quote beatgirlX 5-1-2024 02:47 PM
Laa..wife nangis ko x pujuk?
stress.sang isteri esp time ngandung jgn ambik mudah
Quote freyayong 5-1-2024 02:59 PM
exclusive_vvip replied at 5-1-2024 01:04 PM
Risau pulak baca ni walupun i x minat Yana ni..sbb dlm citer Downton Abbey, adik Lady Mary meninggal ...

hihi samala masa i tgk downtonw abbey tu tau sikit psl pre eclampsia. tup3 tak lama pastu iols mmg kena sendiri ye... tp alhamdulillah both me n my daughter alive. anak dah nak masuk 7y pun... mmg kena kurangkan stress yana oiii. bahaya tau pre eclampsia ni.. trauma aku nak ngandung dah...
Quote I.K.A888990 5-1-2024 03:10 PM
alahai semoga dipermudahkan la ye

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.057327 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top