CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Pandai Siang Ikan, Malas Masak Pun Tak Guna’ - Zulin Aziz

26-12-2023 10:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8793| Komen: 12

Description: Pengacara juga pelakon popular, Zulin Aziz tampil mempertahankan segelintir golongan wanita yang dikecam hanya kerana tidak tahu menyiang ikan.Perkara tersebut disuarakan Zulin atau nama penuhnya Fara ...
Pengacara juga pelakon popular, Zulin Aziz tampil mempertahankan segelintir golongan wanita yang dikecam hanya kerana tidak tahu menyiang ikan.

Perkara tersebut disuarakan Zulin atau nama penuhnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, selepas rakaman video pengacara televisyen tidak tahu cara menyiang ikan dalam sebuah program siaran langsung baru-baru ini.



Baginya, perkara sebegitu tidak sepatutnya dijadikan isu besar sehingga mencetuskan kecaman netizen dalam media sosial.

“Tidak reti siang ikan pun kena kecam. Kalau pandai siang ikan tetapi malas masak pun tidak guna.

“Sekarang beli ikan semua siap siang. Tidak perlulah semua benda hendak dikecam,” katanya dalam InstStory hari ini.

Zulin yang juga bintang drama Penjara Janji itu mengakui tidak pandai menyiang ikan malah tidak tahu memotong sayur mengikut bentuk yang sepatutnya.

“Aku pun tidak reti (pandai) siang ikan dan memotong ayam.


“Memotong sayur pun adakalanya bentuk hati, segi tiga, petak, bujur dan semua ada ikut suka hati aku,” ujarnya.

Baru-baru ini, tular rakaman video memaparkan seorang pengacara sebuah program bual bicara, Wanita Hari Ini dikecam kerana tidak pandai menyiang ikan diberi tugasan tersebut ketika bersiaran langsung.

Rentetan daripada itu, ramai netizen terutama dalam kalangan kaum lelaki yang mempertikai perkara tersebut, selain membandingkan-bandingkan rutin di dapur tersebut sebagai satu bentuk sindiran buat wanita cantik dan berkerjaya.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote A-Are 27-12-2023 12:54 PM
jarang jarang dengar orang pandai siang xikan malas masak...sebab dia rajin memasak lah dia pandai menyiang ikan dan sewaktu dengannya
Quote katakau 27-12-2023 12:57 PM
iols dulu pun tak pandai gak siang ikan.tapi lama2 tu lepas tengok hubby iols siang then pandai lar.dia kalau ade minat nak belajar or ambil tahu rasa takde masalah kot.bukannya lahir2 terus pandai buat serba serbi
Quote lee_sakura 27-12-2023 01:13 PM
betul la tu ape dia ckp...iols yg tau siang ikan & potong ayam pon malas dh nak masak sbb iols skrg tggal sorg...dulu masa ada arwah mak mmg tiap2 hari iols masak...
Quote Mary_jane 27-12-2023 01:29 PM
Supaya ikan tu selamat tak hancur jadi rupa lain, I mintak adik laki je siang. Tapi skang dah pandai lah kot, keluarkan je isi perut ikan tu, guna gunting cepat sikit.
Quote Kurex 27-12-2023 01:34 PM
Kurex dah lupa kewujudan terdampar
Quote slyfynx 27-12-2023 01:37 PM
Sibuk la kau.
Sape yang rajin siang pastu biar je ikan tu terdampar macam kau.
Kau mmg malas maximum.
So diam je
Quote kotakominami 27-12-2023 01:38 PM
Ntah..jarang dgr org pandai siang ikan malas masak...... sebab siang memang untuk dimasak.... tp tak salah pon tak pandai siang kau ade modal beli ikan besar kedai tolong siang....tak mati pon.... aku syak yg kecam tu mungkin org tk bekerja byak masa kt rumah jadi boleh siang ikan sampai pagi.....
Quote black_handbag 27-12-2023 01:38 PM
iols darjah 6 mak dah ajar masuk dapur. siang ikan ayam semua.. kalau ayah gi pasar beli ikan berkilo kilo.. iols lah tukang menyiang

tapi diakui la org pandai siang ikan, biasanya pandai masak juga
Quote Burong_Hantuk 27-12-2023 02:57 PM
sebuk la si zulin sendu nih
Quote Zeatyisaac 27-12-2023 07:42 PM
I pandai siang ikan, siang ayam semua. Tapi bab masak, I serahkan kat bibik. Sejak kecik lagi I ada bibik. So, I cuma jadi mandur je.  Bab siang ayam, ikan, sayur tu semua I buat sebab I sceptical sikit dengan kebersihan kalau bibik yang buat. Nasi pun I masak sendiri.
Quote miamiot 27-12-2023 07:57 PM
Iols pandai siang ikan ayam semua tp since kawin tugas tu suami iols relahati buat. Dia siapkan semua cuci pack masuk peti. Tugas iols masak saja. Kemas dapur.
Quote MissYouSayang 27-12-2023 08:53 PM
Aku bukan x reti siang ikan/ayam tp agak kekok skit...aku mcm x minat sgt masak lauk pauk tp aku suka baking kek/biskut or dessert. Mungkin aku x suka berkecah kat dapur kot

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.044315 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top