CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Setahun Putus Hubungan, Iqbal Zulkefli Tak Terkejut Pun Adik Bercerai, "Memang Dari Awal Kahwin Rumit"

27-12-2023 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7696| Komen: 20

Description: Selepas tular kisah penceraian adiknya iaitu Ahmad Weldan Zulkefli dengan Anes Ayunie, Iqbal Zulkefli pula tampil membuat pendedahan berhubung rumah tangga pasangan itu.
Selepas tular kisah penceraian adiknya iaitu Ahmad Weldan Zulkefli dengan Anes Ayunie, Iqbal Zulkefli pula tampil membuat pendedahan berhubung rumah tangga pasangan itu.

Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, berkata dia sudah menjangkakan penceraian itu bakal berlaku memandangkan hubungan mereka sangat rumit sejak awal perkahwinan.


Malah Iqbal menganggap Weldan seperti orang lupa daratan kerana sudah hampir setahun tidak menghubunginya dan keluarga.


Foto: mStar

"Saya tidak boleh ulas lebih. Yang saya boleh cakap, kami telah terputus hubungan. Mereka tidak hubungi saya dan keluarga hampir setahun.

"Selepas saya tolong dia, ini yang dia balas kepada keluarga.

"Sekarang ini kami hanya buat hal masing-masing. Mereka dari awal perkahwinan memang amat rumit. Saya tidak terkejut pun dengan penceraian ini," katanya ketika dihubungi mStar.


Ditanya punca hubungannya dengan adik renggang, Iqbal enggan mendedahkan perkara tersebut kerana menganggap ia aib keluarga.

"Saya tidak mahu beritahu puncanya tapi sebab benda yang tidak seronoklah.

"Yang saya boleh cakap, setelah saya tolong dia, dia terus hilang dan tidak hubungi saya lagi," ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada Selasa, Anes Ayunie mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan Ahmad Weldan pada November lalu.

Kata Ayunie atau Anes Alunie Osman, 21, dia mengumumkan status penceraian di Instagram kerana enggan timbul fitnah.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Februari 2021 dan dikurniakan neorang cahaya mata bernama Aurellea Maryam berusia 1 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 27-12-2023 10:14 AM
retis ke tetiga bodoh ni??
Quote lightheaded67 27-12-2023 11:25 AM
Edited by lightheaded67 at 27-12-2023 12:15 PM

dorang ni haritu yg viral mgelupur bawak lambo masuk langkawi tu ha, patut lah mcm pernah ku baca kesahnya hoho
oh siap ade kes mahkamah pukul org laki bini. boleh tahan
Quote Lavender_Violet 27-12-2023 11:28 AM
Iqbal ni aku kenal lah tapi adiknya & isterinya tu.....siapa?
Femes ke BBNU berdua tu sebelum ni???
Quote Lavender_Violet 27-12-2023 11:29 AM
mamajawie replied at 27-12-2023 10:14 AM
retis ke tetiga bodoh ni??

Iqbal tu kira retis lah...ada berlakon dalam drama "Perempuan Itu"
Quote slyfynx 27-12-2023 11:40 AM
Ape yang VIRAL nye?
X kenal pun dua ketul yang bercerai tu.
And................
Kebal ni bukan RETIS wahai @CARI-MRO
Ko mmg x cukup kuota ke hape ni
Quote dewi_rina 27-12-2023 11:42 AM
Ni yg tayang bahagia tu kan.. Katanya kawin muda bahagia.. Bahagia la sangat sampai tiap masa semua benda nak kena up, orang bahagia takde masa nak tayang semua tu.. Sbb tak sempat nak rakam that moment pun kadang2
Quote prettyuglybabe 27-12-2023 12:07 PM
pompuan tu ke yang viral gi kedai kereta bawak cash beli peti sejuk ke lambo pastu terlompat-lompat macam tak pernah tengok kereta?
Quote rayna_raynes 27-12-2023 03:52 PM
Sedapnya nama anak Aurellea Maryam
Quote Burong_Hantuk 27-12-2023 03:58 PM
set2 sampah sarap
Quote maroon_nerd 27-12-2023 04:53 PM
Founder product tapi umur baru 21. Belajar pun ntah mana2 je. Tu pun berlambak orang beli produk dia ek. Tak paham aku.
Quote addamnor 27-12-2023 05:31 PM
rayna_raynes replied at 27-12-2023 03:52 PM
Sedapnya nama anak Aurellea Maryam

weols anti pesen nama2 fefeling begini.. sbb muka & gaya pembawakan budak itu selalunya tak taly dengan modern nya nama itu
Quote silampumeja 27-12-2023 05:43 PM
apesal laki tu macam pakai mekap , si adik iqbal tu...tapi sape diorang ni weiiii...alamak lupe dia berlakon...stp still la adiknya bukan retiss
Quote fido_dido 27-12-2023 05:46 PM
mcm gini pun boleh buka thread..next!!
Quote nolya 27-12-2023 06:04 PM
iqbal tak de  cerita nak namanya disebut2 selalu, maka ditumpangkanlah cerita perceraian adiknya.  Warga maya heran sangat kah kesah  perceraian adikya tu?  Foto adiknya pun mcm foto pasangan dari seberang je....
Quote Carcosa 28-12-2023 01:12 AM
Siapa kasi kebenaran utk si benak2 ni membiak eh?
Makin byk manusia bodoh dilahirkan drpd mothers yg bengap bebal bodoh mcm ni. Acah2 kawin muda bahagia, Ujung2 bercerai berai, anak menguit2 lagi mcm cacing sbb masih kecik. Baka2 bodoh ni tolonglah pegi jauh2
Quote AWEKSAMURAI 28-12-2023 01:17 AM
Well done ...clap..clappppp...clapppp...cibaii
Quote edayildiz 28-12-2023 01:38 AM
rentis kah dia ni
Quote bankerpencen 28-12-2023 06:58 PM
Betina2 founder sskjp ni memang banyak kerja jual benda timbang kilo, inject kasi putih ala A4, pastu kahwin muda sebab tak pandai belajar & birah. Pastu kena dump, cepat2 nak berlaki baru. Apa yang mengejutkan. Buat malu orang2 kelantan yang mmg bijak2 n baik.
Quote pocongkiutss 28-12-2023 07:00 PM
rayna_raynes replied at 27-12-2023 03:52 PM
Sedapnya nama anak Aurellea Maryam

Padan ke wajah dgn nama tu?

Kalau muka mix tu sesuai lah..kalau berwajah asli tak berapa nak lawa..kesian budak tu pasti stress kalau dh besar.. contoh mcm berkenalan dgn org online..org mesti expect fuh mesti cun..tp sudahnya nan hado

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.084854 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top