CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rancak Jadi Content Creator, Zarul Umbrella Dah Tinggalkan Dunia Nyanyian?

18-12-2023 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11264| Komen: 30

Description: Semakin rancak dengan dunia kandungan digital dan lakonan namun Zarul Umbrella tidak pernah berehat daripada dunia nyanyian.
Semakin rancak dengan dunia kandungan digital dan lakonan namun Zarul Umbrella tidak pernah berehat daripada dunia nyanyian.

Zarul berkata, dia seronok bergelar content creator namun cabang baharu tersebut tidak pernah menggantikan kerja hakikinya sebagai seorang penyanyi.


Foto: IG


“Memang ada yang tanya, saya masih menyanyi ke? Mungkin sebab di media sosial, saya dilihat rancak dengan kandungan digital dan podcast. Ya, saya tetap dan masih menyanyi.

“Tawaran persembahan juga banyak tetapi buat masa ini, masa memang lebih ke arah rakaman kandungan digital dan podcast. Cuma saya akan rakam untuk beberapa episod sekali gus.

“Tahun depan juga kandungan digital dan podcast saya juga akan lebih gempak dengan peralatan baharu. Lebih rancak dengan kehadiran tetamu jemputan yang penuh cerita,” katanya kepada Utusan.


Tambah pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim ke-3 ini juga, dia seronok dengan kerjayanya sebagai pelakon dan bakal muncul dengan filem baharu tidak lama lagi.

“Selepas GV, peluang lakonan itu sentiasa ada. Sebelum ini tak pernah cuba tetapi bila berlakon, rasa seronok pula. Insya-Allah, tahun depan ada drama dan filem baharu.



“Lagu baharu pula, dalam perancangan. Saya ada mengumpul dan mendengar beberapa demo baharu, kalau tidak ada masalah tahun depan saya akan lancarkan,” katanya.-CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 18-12-2023 05:14 PM
income YT dia mesti banyak kan..relax je nampak dia focus situ..i tgk anggaran kat socialblade, mau dlm 20k jugak dia dpt sebulan..anak buah asben iols punya channel blom 200k pun mcm sedap gak income..dedua laki bini x keje pun, dok focus content je..
Quote sayurmayur88 19-12-2023 07:48 AM
sebb income lagi banyak kot
Quote sleepandream 19-12-2023 09:47 AM
ofcozla masyuk... kalau tak takkanla heols benti jd steward...
editing youtube heols pun makin improve...
Quote kembangbunga 19-12-2023 09:54 AM
Okay la tu heols focus dgn content creator tu. Iols kadang-kadang pun layan youtube heols. Iols suka betul masa session dgn ex ground crew MH tu. Yang latest dgn Captain JFK. Tak sangka heols struggle dari segi duit utk ambik lesen pilot. Ingatkan heols geng T20. Rupanya budak Flat Pekeliling.
Quote kakakgarang 19-12-2023 10:03 AM
btw best ok content heolls.. muka pun helok sedap mata memandang
Quote cahaya_almas 19-12-2023 10:06 AM
Lelaki berhemah dia ni..ckp pun santun je..nyanyi pun best jgkk..suara bckp pn sdp je didgr...jd tkde mslh kot dia nk invome lebih..
Quote Burong_Hantuk 19-12-2023 10:13 AM
terbaik zarul!!!!
Quote smeetasmitten 19-12-2023 10:14 AM
Pasal dia la iol dok tengok kakros hari2
Quote Cpkay 19-12-2023 10:15 AM
iolss pun suka layan YT Zairul ni.. tak bosan especially guess yang nama kak rose tu ..
Quote Honey_Inara 19-12-2023 06:20 PM
Channel zarul ni memang best. Sambil² tambah ilmu gitu. Kalau guest best memang iols tengok sampai habis. Kalau guest tak best iols skip jah.
Quote honeybee1802 19-12-2023 06:33 PM
kembangbunga replied at 19-12-2023 09:54 AM
Okay la tu heols focus dgn content creator tu. Iols kadang-kadang pun layan youtube heols. Iols suka ...

Haah part jfk ni informative and inspirational...ini yg ptt bebdk sekolah dgr...tp rsnya ada jg sebelum ni zarul ada bawak dr cabin crew jd regional apa ntah..laki...then cabin crew jd pilot...ada sekali yg dia bawak air controller...
Quote Manusiabesa 19-12-2023 06:46 PM
Honey_Inara replied at 19-12-2023 06:20 PM
Channel zarul ni memang best. Sambil² tambah ilmu gitu. Kalau guest best memang iols tengok sampai  ...

Yg mggu dia iv FA nama hanna tu aku skip.sbb gedik.
Yg lain ada aku lyn.
Sejak dia gabung co host yg putih2 tu jd best happening.laki tu funny energetic.

Btul zarul ni dia punya character dia patut puji. Muka boleh pecaya. Dlm ramai2 geng FA sosial abis tp bila part zarul kita rasa trusted sikit. Can depend on him. Budiman ke? Word ssuai utk dia.
Best. Aku subscribe channel yt dia.
Quote Missjass 19-12-2023 06:58 PM
sleepandream replied at 19-12-2023 09:47 AM
ofcozla masyuk... kalau tak takkanla heols benti jd steward...
editing youtube heols pun makin impro ...

heols benti jadi steward masa masuk GV lagi uols ingt kan lepas GV blh meletop top top mcam nana tu sekali nan hado tu yang buat youtube tu mula2 dia start youtube content cover2 lagu bts masa shooting je viewers sendu dia start up content pasal steward trus naik view itu yang focus dekat content psl flight je sekarang
Quote rayna_raynes 19-12-2023 11:56 PM
Missjass replied at 19-12-2023 06:58 PM
heols benti jadi steward masa masuk GV lagi uols ingt kan lepas GV blh meletop top top mcam nana t ...

Rezeki dia lepas GV byk sebenarnya tp lebih kepada berlakon. Nyanyi lebih kepada dinner shows je. Mungkin sbb takde modal nak buat lagu baru kot.

Quote arwenlotr 20-12-2023 01:04 AM
Suka je dengan dia ni, cara bercakap pun elok je santai tak terpekik terlolong
Quote Shahman86 20-12-2023 06:28 AM
Content dia baru2 ni aje dia pelbagaikan..walhal kalau bercakap soal airline tak semestinya cabin crew dan pilot aje.banyak aje bidang2 dlm airline ni yg org tak tahu.dulu content dia sikit2 pasal cabin crew.bosan aku.
Quote Honey_Inara 20-12-2023 09:04 AM
Manusiabesa replied at 19-12-2023 06:46 PM
Yg mggu dia iv FA nama hanna tu aku skip.sbb gedik.
Yg lain ada aku lyn.
Sejak dia gabung co host  ...

Co host si ck faizal tu. Dulu pengacara hlive zaman² dahlia syazwan. Kt hlive dulu macam macho² je. Tak sangka ck ni sebenarnya masuk air gile. Makin rancak kalau heols ade skali.

Yes iols setuju dengan word budiman tu. Zarul ni orang baik² dan berhemah.
Quote Manusiabesa 20-12-2023 09:11 AM
Honey_Inara replied at 20-12-2023 09:04 AM
Co host si ck faizal tu. Dulu pengacara hlive zaman² dahlia syazwan. Kt hlive dulu macam macho²  ...

Best kan?
Klu smua llki dlm bumi ni baik mcm zarul rasanya aman2 jah kita hehe...
Ye ck faizal. Kdg2 rengsa sbb loud.tp best la dia bole tlg bg hilang krik krik sbb zarul pasif. Elok la partner agresif.
Aku tggu ni bila dia nk iv bini fahrin. Bini fhrin kan ex ketua stewardess? Qatar ke emirates last airline dia fly dulu, rasa penah dgr dia gtau flight intrnational lah.
Boleh kot nnt klu rjin aku komen bg cdgn. Zarul sllu reply org komen.
Quote Duta lover 20-12-2023 09:21 AM
Skang susah betul nk buat content sbb content creator sedia ada makin upgrade..
Aku ksian kat fendi balas yg dulu keje dgn destinasi tv tu. Sejak dia berenti, n try buat sendiri. Nampak la lain kualiti n editing video tu wpun dia sendiri lawak je.
Faham tak? Huhu so sebenarnya dalam buat content ni, kene bagi credit gak kt tukang edit...tukang rakam.. tukang lighting semua

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.195593 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top