CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Intan Saleh Fail Saman Balas Terhadap Izreen Azminda, Buka Tabung Sumbangan Bayar Khidmat Peguam

18-12-2023 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20025| Komen: 238

Description: Intan Saleh mengambil keputusan untuk memfailkan saman balas terhadap bekas suaminya, Ude Wahid dan isteri, Izreen Azminda.
Intan Saleh mengambil keputusan untuk memfailkan saman balas terhadap bekas suaminya, Ude Wahid dan isteri, Izreen Azminda.

Intan yang mesra disapa sebagai Bonda dalam kalangan pengikutnya meluahkan rasa segan apabila khidmat peguam mewakilinya, Mahmud Jumaat mengambil bayaran kos guaman seikhlas hati.


Susulan itu, Intan telah membuka ruang sumbangan yang disalurkan terus kepada peguam Mahmud setelah ramai pihak yang bertanya cara untuk membantunya membayar peguam.


Foto: IG

“Saya bukanlah jenis suka memperbesarkan perkara tapi kali ini terpaksa buat dan Alhamdulillah, ada peguam yang sedia membantu.

“Pihak peguam telah membalas surat tuntutan tersebut dan pada masa yang sama membuat tuntutan balas terhadap mereka atas tuntutan kenyataan fitnah dihamburkan terhadap Bonda.


“Pada asalnya tidak berhajat untuk meneruskan saman fitnah terhadap mereka, namun apabila disaman lagi dan lagi oleh pihak sana, Bonda terpaksa sekali lagi memohon bantuan peguam.

“Mereka yang menyaman tahu setakat mana kemampuan Bonda untuk melantik peguam, tapi Alhamdulillah peguam Bonda sangat bersemangat bila terima surat saman ini kata ‘Saya dah lama tunggu saman ni, dah agak diorang saman. Tak apa kita counter’.




“Selama 5 bulan saya bersama peguam bonda, bonda tahu bagaimana @mahmud_jumaat menjalankan tugas dan difahamkan kos guaman bukanlah murah..bonda tak nak amik kesempatan atas kebaikan orang lain

“Memandangkan bonda sudah disaman, bonda berhajat utk membuat saman balik ke atas mereka. Ramai pihak yang mencadangkan dan bertanyakan tentang bagaimana boleh membuat sumbangan bagi membantu bonda dalam kes guaman. Bonda mencadangkan agar sumbangan orang ramai boleh disalurkan secara terus kepada peguam bonda,” tulisnya.

Sebelum ini, Izreen meluahkan rasa hilang sabar serta mendakwa Intan berhalusinasi kerana tidak henti memfitnah dirinya menganggu bekas isteri, Ude.



Terdahulu, Intan mendedahkan dia menerima surat tuntutan daripada Izreen dan Ude Wahid.

Sekadar info, kontroversi antara usahawan dan pempengaruh, Intan Saleh bersama pelakon, Izreen Azminda sebelum ini hangat menjadi perhatian ramai di media sosial.



Malah pada Januari lalu, Izreen tampil membuat perkongsian di Instagram mendakwa dia akan mendedahkan perangai sebenar Intan.

Isu tersebut muncul selepas Izreen mendakwa Intan masih belum boleh melupakan bekas suaminya, Ude Wahid. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 18-12-2023 11:47 AM
wei haramjadah dua ekor ni, diam bleh?

antara engkau 2 orang saja bleh? semaklah!

n nk minta fund? ko saper?
Quote ayukpingu 18-12-2023 11:50 AM
Edited by ayukpingu at 18-12-2023 03:52 AM

Lah...ex bini, ex laki dan penyondol punya masalah, apsal nak kena mintak sumbangan bagai..apa kepentingan korang sampai nak minta derma ni? dah memasing ego bodoh tanak kalah dan berbalas statement, hadap la sendiri.
Quote aciksenah 18-12-2023 11:52 AM
ayukpingu replied at 18-12-2023 11:50 AM
Lah...ex bini, ex laki dan penyondol punya masalah, apsal nak kena mintak sumbangan bagai..apa kepen ...

Senang je diorang nak dapat duit segera ye.

Quote LadyCarefree 18-12-2023 11:53 AM
Mudahnya minta duit kat orang. Pastu akan ada yg bangang pi bagi.
Quote ayukpingu 18-12-2023 11:55 AM
aciksenah replied at 18-12-2023 03:52 AM
Senang je diorang nak dapat duit segera ye.

tu lah...asbab kebodohan dia dan madu memasing, minta sumbangan kat org luar pulak..mcm la kita ni semua share dgn SATU LELAKI tak guna iaitu kuda... kahkahkah
Quote minguk 18-12-2023 11:55 AM
lah. nak melawan tak ada duit, lepastu meminta pula? baik duduk diam je la.
Quote anony-mous 18-12-2023 11:56 AM
Dont worry, intan ni ramai worshipper , nanti penuh la tabung tu. boleh cari dkt benang2 yg lepas ramai yg sokong intan.

Yg pasti bkn iols
Quote Mary_jane 18-12-2023 12:02 PM
Huntonglah ada kipas berani mati yang sanggup spend money bayarkan loyer. Dah diorang yang sakan bergaduh, sebab manusia je tu gaduhnya. Astaga.
Quote immaryjane 18-12-2023 12:03 PM
Lawo nye sheols baju putih tu.
Quote tombolpintu 18-12-2023 12:06 PM
Aku dah lost dah apa masalah depa ni...kalau depa duk diam2 je tak leh ka
Quote makadek 18-12-2023 12:07 PM
Lantakla sapa nk bg duit
Quote farlis 18-12-2023 12:08 PM
Dh tak relevan... samankan je dua2 ni..
Biar senyap terus
Quote Thunderclouds 18-12-2023 12:10 PM
Hahaha...
Gaduh² sampai nk pasang loyar tp sengkek.
Hadap penyembah lak tanggung kos gaduh hg.
Sapa huloq dia bingai.
Quote kaseh80 18-12-2023 12:23 PM
Nape meminta minta pada netizen utk sumbangan
Marhaens pun susah
Just GET ON  with your life
Buat ape nak bergaduh demi sebatang PENsil
Quote rosevelvet 18-12-2023 12:24 PM
anony-mous replied at 18-12-2023 11:56 AM
Dont worry, intan ni ramai worshipper , nanti penuh la tabung tu. boleh cari dkt benang2 yg lepas ra ...

Baik lg sumbang duit kt family budak meninggal kena langgar polis tu. Ego memasing punya psl pun hrp sumbangan
Quote prettyuglybabe 18-12-2023 12:24 PM
jalan merata ada duit..
cari pasal gaduh sana sini ujung-ujung minta duit orang..
Quote freyayong 18-12-2023 12:24 PM
hauknye smpai nak mintak sumbangan. sapa2 yg sumbang tu baik la korg fikir masak2 apa kebaikan menyumbang kat dia ni. byk lagi tempat/org lain yg boleh bagi sumbangan. ni hal personal diorg. pepandai la setel sendiri. eh angin pulak aku
Quote Dolmat 18-12-2023 12:28 PM
Edited by Dolmat at 18-12-2023 12:32 PM

Gi holiday bolehhhh duit lawyer mintak sumbangan...

Kerana kotek KO dua ekor mak budak dah kluar kepala anak Kita nak layan?

Lamberttttttt lagi ler..
Ikutkan Surat lawyer tu tak payah layan bongoks!

Bonda bonda...KO ingat korang ni darah raja!



Quote Kacangmanis 18-12-2023 12:31 PM
Korang² semua, baik duit tu bagi ngan mak ayah, adik, adik beradik, saudara mara dan jiran² terdekat yg susah. Apooo menyumbang duit untuk orang yg tengah bergaduh.

Lihat semua komen(238)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.136671 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top