CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sufian Suhaimi Tarik Diri SFMM38

17-12-2023 04:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14508| Komen: 14

Description: Tiada angin tiada ribut, penyanyi Sufian Suhaimi membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri beberapa jam sebelum berlangsungnya Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM), hari ini.Tanpa menjelaskan ...
Tiada angin tiada ribut, penyanyi Sufian Suhaimi membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri beberapa jam sebelum berlangsungnya Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM), hari ini.

Tanpa menjelaskan lebih lanjut tindakan tersebut, Sufian, 31, yang sepatutnya membawakan lagu Budi itu hanya menzahirkan penghargaan terhadap sokongan peminat.



“Assalamualaikum. Berat hati saya ingin memaklumkan lagu Budi tidak akan bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik kali ini.

“Terima kasih buat semua yang mengundi dan memberikan sokongan buat lagu Budi,” katanya menerusi perkongsian Instagram hari ini.

Sementara itu, pelantun lagu Terasa Ada itu tidak ketinggalan menitipkan pesanan buat rakan-rakan seperjuangan lain.

“Tahniah dan selamat maju jaya buat rakan-rakan yang bertanding,” tulisnya lagi.

Lagu Budi yang sepatutnya dipertandingkan hari ini merupakan single nyanyian Sufian bersama-sama Luca Sickta dan Kmy Kmo.


Selain Budi, ada enam lagu lagi yang bakal bertanding di studio NTV7 Glenmarie petang ini iaitu Santai, Berubah, Selagi Ku Ada, Bintang, Darah, Aku, Hati Dan Perasaan, Di Sebalik Rahsia dan Dua Darjat.

Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan lanjut daripada penyanyi itu bagi menjelaskan tindakannya itu.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 17-12-2023 04:12 PM
Buang kuota sfmm je..adoii
Quote September14 17-12-2023 06:05 PM
Last minit lak eh tarik diri kalau awal2 tarik diri leh bagi lagu org lain masuk semi… apalah
Quote Body_language 17-12-2023 06:53 PM
Kalau ikut kenyataan Pian, dia pon baru tahu lagu Budi digugurkan
Quote rayna_raynes 17-12-2023 06:55 PM
Confirm ah technical issues. Harap bukan mcm kontroversi lagu Naim Daniel dulu tetiba ada org mengaku pencipta bersama
Quote imransulaiman 17-12-2023 07:24 PM
Body_language: Kalau ikut kenyataan Pian, dia ...


Pulak dah. Digugurkan? Bukan tarik diri lah ye?
Quote Body_language 17-12-2023 08:03 PM
imransulaiman replied at 17-12-2023 07:24 PM
Pulak dah. Digugurkan? Bukan tarik diri lah ye?

yup. Kalau ikut logik pun, pian tu cuma 1/3 dari retis yg akan persembah lagu ni. kalau Pian tarik diri, mcm la xde org yg boleh ganti dia.


kalau ikut berita lain kat Kosmo, dia sendiri keliru mcm mana lagu tu digugurkan last minute. Dah ler xde org bgtau dia. dgr dr org lain. Dia lak kene talipon tanya keluhu kelihir betul ke lagu tu kene gugur

https://www.kosmo.com.my/2023/12/17/sufian-suhaimi-keliru-sebab-lagu-budi-ditarik-dari-sfmm38/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter&utm_campaign=kosmo_online
Quote Mary_jane 18-12-2023 12:42 AM
Baby pian dah announce belum pasal tunang?
Quote emera 18-12-2023 12:52 AM
Mary_jane replied at 18-12-2023 12:42 AM
Baby pian dah announce belum pasal tunang?

Aku tunggu yg ni jugak.
Quote asma87 18-12-2023 01:01 AM
Mary_jane replied at 18-12-2023 12:42 AM
Baby pian dah announce belum pasal tunang?

Kenapa putus tunang lagi ke?? Kalau betul, mmg kena bawak mandi bunga la baby pian
Quote Catpaw 18-12-2023 01:09 AM
Elok le, suara kau x sedap, ganti orang lain lagi baik
Quote I.K.A888990 18-12-2023 01:12 AM
knp psl tunang tu?????
Quote immaryjane 18-12-2023 01:19 AM
Aah la dh tde gmbr tunang, tp dia still follow tunang dia. Rania ape nth
Quote Mary_jane 18-12-2023 01:33 AM
asma87 replied at 18-12-2023 01:01 AM
Kenapa putus tunang lagi ke?? Kalau betul, mmg kena bawak mandi bunga la baby pian

Tak, maksud i announce pasal majlis tunang dia hari tu. Saja kepochi.
Quote sleepandream 18-12-2023 02:28 AM
ikut quote heols dalam berita ni heols cakap lagu budi tidak akan bertanding... bukan willingness heols yg nak tarik diri... reporter salah pemahaman ka?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.223961 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top