CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisha Retno Menangis Masuk Muzik Muzik 38

16-12-2023 09:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 30874| Komen: 50

Description: Penyanyi, Aisha Retno menitiskan air mata sebaik selesai membuat persembahan ketika membawakan lagu Sutera di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38).Aisha, 23, berkata, tangisan itu bukan kerana ...
Penyanyi, Aisha Retno menitiskan air mata sebaik selesai membuat persembahan ketika membawakan lagu Sutera di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38). 

Aisha, 23, berkata, tangisan itu bukan kerana tidak membuat persembahan terbaik, sebaliknya adalah tangisan kegembiraan.



"Saya terharu kerana pentas ini adalah impian saya sejak mula melancarkan lagu ini. 

"Ketika merakamkan lagu ini saya dan komposer, MFMF memang berharap dapat membawa Sutera ke peringkat yang lebih tinggi. 

"Pada masa sama, saya gembira kerana ini bukan usaha saya semata-mata tetapi semua pasukan Sutera," katanya selepas selesai SFMM38 di Studio ntv7, Glenmarie, di sini, hari ini. 

Terkejut dengan pencapaian lagi Sutera yang dinobatkan sebagai Lagu Terbaik, pemilik nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam akui berasa kerdil apabila melihat kredibiliti peserta lain yang bertanding. 


"Sejujurnya, ramai peserta lain yang hebat-hebat pada hari ini.  Terasa kerdil tetapi saya sudah tanamkan dalam fikiran untuk lakukan persembahan terbaik memandangkan single ini adalah paling saya sayang. 

"Lagu ini pada saya unik kerana menggabungkan genre etnik dan EDM selain mengangkat tema memperkasakan wanita," katanya.

Dalam pada itu, Aisha berkata, dia puas dengan pencapaian yang diraih selain akur sekiranya tidak layak ke Anugerah Juara Lagu 38.

Saingan hari kedua SFMM38,hari ini, Aisha yang membawakan lagu Sutera berjaya memenangi Lagu Terbaik.

Esok, SFMM38 bakal menyaksikan lapan buah lagu lagi akan bertanding di pentas yang sama. 

Barisan juri bagi SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail ialah komposer, LY; pemuzik, Datuk Wah Idris; penyanyi rap, Cat Farish; komposer, Helen Yap dan penulis lirik terkenal, Azmeer. 


Sumber: Harian Metro

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahmenjuyah 16-12-2023 09:27 PM
Azmeee penulis lirik terkenal? Bukan multi award composer ke?
Quote September14 16-12-2023 11:50 PM
Ko rilex2 dah dik ini tkinja2 lps mnng tu… apoooo
Quote ashilalat 17-12-2023 12:29 AM
Oklah..at least lagu dia lain sikit dari yg lain. Dgn step tarian dan kepelbagaian teknik vokal, kalau dia cemerlang live AJL nanti, pasti berjaya.

Balik balik lagu terjerit jerit terlolong lolong template sama setiap tahun, so 90s yach! So boring. Sekali sekala oklah. Tp smpai 5,6 kali serupa jah, eloklah tanam sekali juri dgn telinganya.
Quote scrocth 17-12-2023 07:31 AM
ashilalat replied at 17-12-2023 12:29 AM
Oklah..at least lagu dia lain sikit dari yg lain. Dgn step tarian dan kepelbagaian teknik vokal, kal ...

Louder sis louder!! Xkanlah tiap2 tahun nk dengar lagu2 melolong jer di AJL. Dah xde ke composer yang reti buat beautiful ballads mcm lagu Curiga, Awan Nano, Bunga2 Cinta, Elegi Sepi? Ni template lagu dhlaa pop leman, pastu memekik memekak mcm kena rasuk. Dinch yach?
Quote pencintaABC 17-12-2023 07:56 AM
scrocth replied at 17-12-2023 07:31 AM
Louder sis louder!! Xkanlah tiap2 tahun nk dengar lagu2 melolong jer di AJL. Dah xde ke composer y ...

Itu la ballad sekarang baik nyanyian Dayang, Liza Hanim, Ernie, Marsha & Aina semua pun template jerit2. Harap lagu2 yg modern mcm Sutera ni dipandanglah oleh juri kertu Tok Mokhzani, Azmeer, Helen Yap.
Quote scrocth 17-12-2023 08:05 AM
pencintaABC replied at 17-12-2023 07:56 AM
Itu la ballad sekarang baik nyanyian Dayang, Liza Hanim, Ernie, Marsha & Aina semua pun template j ...

Yes. Meols xpnh dgr aishah retno sblm ni, terperanjat jua dgr kualiti vokal she plus showmanship. Sgt well polished dan balanced. Sbb ernie tu meols terganggu dgn fake belting yg dok pakai head voice manakala aina pulak asyik melolong sampai xleh nk feel lagu tu. Aishah Retno is certainly a diva in the making yach, menurut meols. Hopefully SUTERA menang AJL tahun ni
Quote Piramida 17-12-2023 09:27 AM
ashilalat replied at 17-12-2023 12:29 AM
Oklah..at least lagu dia lain sikit dari yg lain. Dgn step tarian dan kepelbagaian teknik vokal, kal ...

Tp ada part melody mcm puteri gunung ledang Asmradana.
But oklah muka baru di bagi peluang menang.
Quote heythere123 17-12-2023 10:35 AM
okay jugak persembahan sheols. Kalau ada rezeki ke AJL pon layak je
Quote asma87 17-12-2023 10:38 AM
Retno Ernie aina dari segi vocal 2-2 leh akrobatik la kan...tapi kalau nk tengok dari segi intellectual n showmanship cm lebih ke arah retno cuma retno ni fanz xseramai cm ernie n aina so mmg amik masa la nak jadi sweetheart netizen cm nana
Quote ashilalat 17-12-2023 11:18 AM
Piramida replied at 17-12-2023 09:27 AM
Tp ada part melody mcm puteri gunung ledang Asmradana.
But oklah muka baru di bagi peluang menang. ...

Bukan ke part tu dipanggil tembang dalam budaya jawa? Kira mcm syair dalam budaya melayu. Pastu ia dicedok ke dalam lagu. Aku rasa lah. Sebab tu kedengaran sama mcm Asmaradana. Aku teka² je.

Quote ashilalat 17-12-2023 11:20 AM
scrocth replied at 17-12-2023 07:31 AM
Louder sis louder!! Xkanlah tiap2 tahun nk dengar lagu2 melolong jer di AJL. Dah xde ke composer y ...

Seriously bosan dgn lagu² jerit jerit yg konon nak show off not tinggi. Hello, x merdu pon sbnrnya. Org nak kemerduan dan kemanisan dalam lagu. Bukan stress tgk urat terkeluar sambil tahan berak menjerit²...x sedap yach!
Quote cicicumel 17-12-2023 11:31 AM
Aisha ni nyanyi lagu W.H.U.T live kat studio Indoesia tu mmg perfect gila..ramai jugak buat video react ..uols yg blum tgk ,sila tgk yach
Quote LaskarHijayu 17-12-2023 11:51 AM
Retno tu mmg nama dia ehhh... aku baru tau. Neway tahniah aisha. Moga tembus ke final. Malam ni la penentu kan.

Teringat bella reply komen dia isu sophie pegi konsert GV tu. Pdn muka bella...
Quote asma87 17-12-2023 12:03 PM
LaskarHijayu replied at 17-12-2023 11:51 AM
Retno tu mmg nama dia ehhh... aku baru tau. Neway tahniah aisha. Moga tembus ke final. Malam ni la p ...

Haha kesian dgn retno sekali kena tempias
Quote fadz84 17-12-2023 12:39 PM
LaskarHijayu replied at 17-12-2023 11:51 AM
Retno tu mmg nama dia ehhh... aku baru tau. Neway tahniah aisha. Moga tembus ke final. Malam ni la p ...

Mak dia Jean Retno Aryani penyanyi Indonesia yg popular dgr genre keroncong sekitar tahun 1980-an.. Aisha ni bdk pandai juga, graduan ekonomi UM..
Quote miznora 17-12-2023 01:37 PM
Aku je ke sorang yang tak kenal aishah retno ni. Tepaksa gugel nak tau lagu sutera tu macamana
Quote sukacactus 17-12-2023 01:43 PM
miznora replied at 17-12-2023 01:37 PM
Aku je ke sorang yang tak kenal aishah retno ni. Tepaksa gugel nak tau lagu sutera tu macamana

Kenal dia sebab tgk big stage dl
Best tgk improvisation lagu yg dia buat dlm tu
Juri2 impressed tp elica paujin yg menang undi
Quote miznora 17-12-2023 01:47 PM
sukacactus replied at 17-12-2023 01:43 PM
Kenal dia sebab tgk big stage dl
Best tgk improvisation lagu yg dia buat dlm tu
Juri2 impressed tp ...

Oh patutlah. Daku memang tak penah tengok big stage walau 1 episod pun.. Walaupun dah brapa kali edisi big stage

Quote DainaEli 17-12-2023 01:50 PM
Ponen2 je yg dok memuja lolongan belting diva2 dorang tu. Masih stuck dgn ideologi terpaling kuat lolong itulah yg layak juara

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.049237 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top