CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sherry Alhadad Tak Tamak Duit, Malas Nak Reviu Produk "Sibuk Sangat Sampai Tidur Pun Tak Cuci Solekan"

15-12-2023 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10070| Komen: 13

Description: Sherry Al Hadad tak buat reviu produk di media sosial.
Sherry Al Hadad tak buat reviu produk di media sosial. 

Katanya dia bukanlah seorang selebriti yang mahu mengejar wang sehingga sanggup membebankan diri melakukan kerja sebanyak-banyaknya dalam satu masa. 


Foto: IG

“Entahlah, saya ini bukan seorang yang nak sangat fokus pada kerja-kerja buat reviu. Bukan tiada, tetapi tidak semua saya ambil.

“Sejujurnya saya agak selektif untuk buat reviu dan antara yang saya akan terima biasanya produk makanan. Selebihnya buat kerana nak bantu kawan-kawan.



“Bila tak perlu, saya memang tak buat apatah lagi untuk produk atau benda yang saya tak pakai. Namun yang paling penting, biasanya saya tak suka sangat nak buat sebab dalam otak saya ini sudah sarat dengan skrip lakonan dan tugas pengacaraan. 

“Kadangkala, apa yang saya fikir bila sudah selesai kerja hakiki cuma nak balik tidur saja. Ada ketika, solekan tak dicuci lagi pun saya dah tertidur. Jadi bila masa nak buat reviu?,” katanya kepada Utusan.



Mengakui jadual kerjayanya begitu padat, Sherry sedar dia tidak perlu menjadi individu yang tamak dengan membolot semua perkara atas tiket mahu mencari wang. 

“Misal kata diberi tawaran yang tinggi pun, saya tak ambil. Saya ini bukannya mata duitan, lebih selesa hidup sederhana. Malah saya jenis tak pakai barangan berjenama sangat pun. 

“Hal ini bukan cuma pada soal buat reviu atau tidak saja, dalam soal kerja lakonan atau mengacara sekali pun, kalau saya lihat ia tak sesuai dengan penampilan dan falsafah hidup saya, maka tidak akan saya buat,”katanya. 



Dalam pada itu, melihat kepada prestasi wanita ini dalam bidang pengacaraan, tidak dinafikan, sememangnya Sherry cemerlang dan semakin kukuh berada di kedudukannya sekarang.

Kerap kali diberi kepercayaan untuk mengendalikan program-program besar dan berprestij, Sherry, seakan tidak tersaingi oleh sesiapa pun setakat ini. 

Pun begitu, dalam kerendahan hati, Sherry berkata, dia tidak pernah meletakkan dirinya paling atas kerana sedar mengikut arus zaman, setiap selebriti termasuk pengacara itu akan ada pelapisnya.



“Sebenarnya ramai sahaja pengacara baharu dalam industri ini yang saya tengok berbakat. Bagaimanapun saya percaya semuanya terserah pada waktu yang tepat. 

“Saya pun bermula dari bawah dan masih lagi ingat, Anugerah Skrin 2013 menjadi titik tolak di mana saya kemudiannya diberi kepercayaan ramai untuk bergelar pengacara. Allah SWT telah menetapkan waktu itu untuk saya mekar sebagai pengacara.

“Maksudnya ia sudah tertulis. Pun begitu, saya juga percaya bahawa stesen televisyen juga perlu beri peluang buat bakat-bakat baharu ini mencuba nasib. Jika tidak bagaimana kita nak dapatkan pelapis muda,” katanya. 

Dalam pada itu, Sherry menasihatkan pelapis baharu dalam dunia pengacaraan supaya menanam sikap ingin belajar dan mahu memperbaiki diri sekiranya terdapat kelemahan. 


Katanya, ini penting kerana jika seseorang itu cuma bersandar kepada bakat semata-mata, ia bukan penentu jalan kerjaya yang sempurna.

“Ada orang, sekali dia buat terus lancar perjalanannya untuk jadi apa yang dia mahukan. Tetapi ada orang pula waktunya lambat. Jadi mahu atau tidak, kena sentiasa perbaiki kelemahan diri dan tanam sikap nak belajar.

“Satu lagi, personaliti anda sendiri yang akan membuatkan seseorang pengacara menyerlah. Kalau ada bakat tapi tiada personaliti susah juga, jadi kena seimbangkan kalau nak berjaya,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_PariS 15-12-2023 02:27 PM
good for u dear
Quote likilu 15-12-2023 03:06 PM
Gitu je dia parking tek atas meja makan
Nak perli lembaga atau yonah azhar?
Quote pearl.silver 15-12-2023 10:42 PM
Makin kuwus dah dia
Quote jihyomelly 15-12-2023 10:45 PM
pandai bergaya sherry ni..elok terletak baju2 dia pakai..
Quote ezacbee 15-12-2023 11:24 PM
likilu replied at 15-12-2023 03:06 PM
Gitu je dia parking tek atas meja makan
Nak perli lembaga atau yonah azhar?

Xpasal aku trus scroll atas..

Xpelah yam janji happy.

Quote sangbara2020 18-12-2023 08:07 AM
suka juga dia nih
xbyk gusip
Quote September14 18-12-2023 09:10 AM
Btul tu payment jd host pun dah masyuk n dia bujang lak

Mcm dyg n anuar jgkla tgk rilex2 je muka pun x bsepah
Quote adeqbun 18-12-2023 10:48 AM
mekap dan baju die semua onpoint..kene ngan bdn..
tp x cuci mekap sblm tdo..serius la sherry...jgn mls sgt la
Quote rosevelvet 18-12-2023 10:57 AM
Bagus sherry. Selective n nmpk mahal. Nmpk la dia x gila duit. Xde ler nye dia nk berniaga kt tiktok bagai
Quote marchikobonzo 18-12-2023 04:39 PM
Suka sherry ni..dia tak over & pandai bawa diri..lagi satu dia cantik
Quote Komenga 18-12-2023 05:16 PM
Stay classy Sherry!
Quote She-Ra 18-12-2023 05:19 PM
antara retis yg iols suka
bakat seiring dgn penampilan.. dia manis je, dan takde rasa diri tu ratu ke diva segala
Quote lilcountess 18-12-2023 06:17 PM
bagus lah. tak macam sesetengah retis. nampak desparate sbb sanggup gadai maruah diri buat aksi & berdialog separa lucah semata-mata tuntutan kerja kononnya

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.105671 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top