CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Isteri Hamil Makan Hati Dengan Perangai Hauk Suami- Tak Buat Kerja Rumah, Suruh Belikan Makanan Pun Tak Nak

4-12-2023 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8301| Komen: 14

Description: Seorang isteri hamil terpaksa 'makan hati' gara-gara sikap suaminya.
Seorang isteri hamil terpaksa 'makan hati' gara-gara sikap suaminya.

"Saya seorang suri rumah anak satu, sekarang tengah pregnant enam bulan. Baru-baru ni saya bergaduh dengan suami sebab saya kejut dia pukul 1 pagi. Saya lapar sangat-sangat malam tu.


"Dia asyik suruh saya order Foodpanda sedangkan duit dalam bank tinggal RM60 nak survive sampai hujung bulan. Saya suruh dia bungkus roti canai dekat mamak jarak 100 meter je dari rumah.


Gambar Hiasan

"Memang saya terasa sangat-sangat. Dah la saya pregnant anak dia. Lepas tu saya pergi dapur makan biskut yang tinggal tiga keping, buat air.

"Dia siap-siap nak keluar, saya cakap tak payah beli... kalau beli juga saya memang takkan makan. Dia keluar beli juga. Memang tak lalu dah nak makan bila dia bawa balik roti canai tu. Dia cakap kalau tak nak makan tak payah kejut dia. Sedihnya hati ni," luahnya di media sosial.

Tambah wanita tersebut, kesedihannya menjadi semakin berganda apabila suaminya bukan hanya tidak memujuk, malah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.


"Esok tu sepatutnya ada kenduri kahwin kawan dia. Saya tengah siap-siap, biasanya memang saya akan siap lambat sebab kena siapkan anak sulung dulu.

"Saya sakit hati dengan ayat dia, 'pukul 2 tak siap tinggal'. Masa tu ada lagi 10 ke 15 minit lagi nak pukul 2.

"Saya terus cakap tak nak pergi. Memang tak ada mood. Hal gaduh semalam pun tak selesai lagi, lepas tu tambah buat saya bad mood. Macam mana nak pergi dengan keadaan air mata ni mengalir saja," katanya.

Ujarnya lagi, dia dapat merasakan layanan suaminya ketika dia hamil anak kedua ketika ini amat berbeza dan tidak seperti kali pertama mereka menimang cahaya mata sulung.

Malah kata wanita ini, dia ada kalanya merasakan dirinya seakan-akan beban yang hanya menyusahkan suami.

"Sepanjang saya pregnant kali ni, saya memang banyak makan hati. banyak kali saya suruh tolong urut kaki, sapu minyak dekat belakang. Dia tak buat pun. Kerja rumah lagi 'hauk'. Sanggup biar isteri yang bawa perut ni buat semua benda.

"Entahlah, suami saya tak macam yang saya kenal dulu. Dia dah berubah sangat-sangat. Masuk hari ni dah tiga hari kami tak tidur sama.

"Saya ada chat, buat video call... dia reject. Makin terluka hati saya ni. Saya rasa macam tak boleh nak hadap dah. Baik saya hidup dengan anak je. Tapi masalahnya, saya tak ada duit langsung.

"Family saya toxic. Kalau jadi apa-apa memang akan salahkan saya je la. Manalah saya nak pergi. Nak bertahan tapi sakit hati ni makin parah je. Nak pergi tapi tak tahu nak ke mana," luahnya di grup Facebook Luahan Hati Seorang Isteri.

Ramai yang memberikan kata-kata sokongan dan nasihat buat wanita berkenaan agar tabah menghadapi ujian rumah tangga.

"Sabar sis... slow talk dengan suami. Minta maaf dulu. Then cakap apa yang terpendam selama ni. Jangan simpan lama-lama, parah emosi jadi murung.

"Standby makanan frozen dekat rumah banyak-banyak. Asal lapar aje boleh panaskan dan makan. Kita pregnant memang perangai pelik, tengah-tengah malam lapar tak boleh bawa bincang.

"Kalau nak ikut mood sangat-sangat tu, cepat-cepat istighfar. Faham puan merajuk, sedih, terasa hati. Tapi cuba istighfar banyak-banyak. Kadang emosi mengandung ni memang tak berapa stabil," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epuepy 11-12-2023 10:54 PM
Mengada nye pempuan ni! Aku pn ngandung gak. Tp takde la mengada mcm ko. Ko tak reti nk masak nasik ke pukul 1 pagi? Dh kejut laki ko pagi2, pastu tak nak makan.

Manja sgt!
Quote epuepy 11-12-2023 10:58 PM
Pernah je aku lapa mlm2 pukul 2 pagi time ngandung skrg. Masak nasik sendiri beb. Aku keje, laki aku pn keje. Sama2 penat. Tp style aku, takyah susah kan org sgt. Bkn ko tahap tak boleh jalan pn
Quote miznora 11-12-2023 11:07 PM
epuepy replied at 11-12-2023 10:54 PM
Mengada nye pempuan ni! Aku pn ngandung gak. Tp takde la mengada mcm ko. Ko tak reti nk masak nasik  ...

Dah mood dia masa mengandung gitu nak buat macamana.. Kadang2 nasib orang mengandung ni tak sama. Anak kali petama gini.. Anak kedua gitu pulak..

Mungkin dia tak bole bau masak nasik macam ko. Bukan ngade saja2
Quote epuepy 11-12-2023 11:54 PM
miznora replied at 11-12-2023 11:07 PM
Dah mood dia masa mengandung gitu nak buat macamana.. Kadang2 nasib orang mengandung ni tak sama.  ...

Nah, to me, it just your mentality. And yes, second pregnancy pn aku tak larat nk masak. Hari2 order food panda sbb tak larat.

Tp sape yg nk tlg ko kalo bkn diri ko sendiri beb? Like perut ko lapar, masak nasi n goreng telur je la. Janji alas perut.
Quote brego 12-12-2023 05:41 AM
Edited by brego at 12-12-2023 05:52 AM

orang lain kawen, ko pun sebuk nak kawen

elok la duduk sorang2

Saya seorang suri rumah anak satu, sekarang tengah pregnant enam bulan. Baru-baru ni saya bergaduh dengan suami sebab saya kejut dia pukul 1 pagi. Saya lapar sangat-sangat malam tu.

"Dia asyik suruh saya order Foodpanda sedangkan duit dalam bank tinggal RM60 nak survive sampai hujung bulan. Saya suruh dia bungkus roti canai dekat mamak jarak 100 meter je dari rumah.

"Memang saya terasa sangat-sangat. Dah la saya pregnant anak dia. Lepas tu saya pergi dapur makan biskut yang tinggal tiga keping, buat air.

"Dia siap-siap nak keluar, saya cakap tak payah beli... kalau beli juga saya memang takkan makan. Dia keluar beli juga. Memang tak lalu dah nak makan bila dia bawa balik roti canai tu. Dia cakap kalau tak nak makan tak payah kejut dia. Sedihnya hati ni," luahnya di media sosial.

mengada ngada nya la hai
laki tengah tido di kejut suruh pi kedai mamak
bila laki nak beli, dia kata tak payah
lepas beli, dia taknak makan pulak

memang saje mintak kena maki
pagi2 buta pun nak bikin drama
Quote ninja boy 12-12-2023 06:11 AM
Edited by ninja boy at 12-12-2023 06:14 AM

Kawen dgn si miskin duit tinggal 60, stok mknn kering biskut jah, miskin support emosi logik, miskin adab tolak ansur, janji berlaki. Nak tidur mlm mengacau mau makan, patutlah org bekeluarga bangun jam 4 pagi 5 pagi masak2 memekak menganggu jiran tidur jam 12-6
Quote she 12-12-2023 06:15 AM
Dapat apa ye cerita2 kisah suami kat medsos?

Teringat 1 komen kat IG
Pasal post mak mertua baik
Tiber ada mangkuk hayun ni komen
Kutuk2 mertua dia

Pastu ramai tegur dia
Kata tak baik kutuk mertua
Pastu dia salahkan orang
Tak faham dia bergurau

Quote Kipaskiok 26-1-2024 10:04 PM
budaya yg ni kena kikis dh..budaya meRAJAkan lelaki@ suami
Quote Kipaskiok 26-1-2024 10:04 PM
zmn dulu lainlaa..zmn skrg...kaum hawa sama naik mencari rezeki dliuar utk keluargaa
Quote Kipaskiok 26-1-2024 10:04 PM
apala salahnya bantu isteri tu..dh la isteri tu tgh hamil
Quote shernazz 26-1-2024 10:36 PM
Hahaha..
Wei..iols.pernah tau tetiba.mengalir air Mata sebab takde orang layan.iols nak.beli kasut...
Masa pregnant sulung...hahahah..
Tapi tu.lah...lepas.tu.iols.blah.la..gi.makan...
Nak sentap lama lama buat apa...
Kenyangkan.perut aje...senang Hati..


Iols paham..mmg ada.kekadang sensitive tu terlebih buat pompuan pregnant Ni...tapi jangan la.tunjuk sangat...dah laki Kau siap.siap nak gi beli..biarkan dia..
Kau Kata tak.nak..dia.mmg.sambung tido la
Pastu ringankan mulut Kata tolong...
Jangan buat seperti Kita perintah dia...

Vavavaaa.
Quote edayildiz 26-1-2024 10:51 PM
kesiannnnnnnnnnn....
org gini jgk la yg suka flex kt medsoc betapa bahagia nyaaa mereka
mcm kakak ofis i itu tiber tlps ckp psl laki dia kt i..sblm ni kemain puji laki
Quote dani-rox 26-1-2024 11:11 PM
If a man is treating you like he hates you it’s because he does.
There is no deeper meaning and even if there were it’s not your job to investigate it.

Quote kucingTomey 13-2-2024 02:01 PM
bini kita dia ngandong  anok kite....ngada2 tu biasa doh ..org puang ngade mmg gitu..tapi dia jugok la bergadai nyawa lahir zuriat kite...ngendong perut 9 bulan 10 hari...bende kecik nok gadoh...aku napor sekor2 kang

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048187 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top