CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Suami Kantoi Nikah Di Songkhla, Pukul Isteri Pertama Sampai Koyak Kepala

1-12-2023 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12117| Komen: 59

Description: Seorang wanita mendedahkan dia dimadukan oleh suami secara senyap-senyap.
Seorang wanita mendedahkan dia dimadukan oleh suami secara senyap-senyap.

Menerusi temu bual oleh sebuah stesen radio, Shelly berkata tindakan suaminya itu terbongkar apabila dia melihat perubahan terhadap tingkah laku lelaki tersebut sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.


Gambar Hiasan

"Kami kan suami isteri, satu rumah dengan dia jadi perubahan dia semua saya nampak. Saya dapat rasakan sesuatu yang tidak baik. Sebulan selepas itu, saya ternampak sijil kahwin dia di Songkhla.

"Saya ada tanya dia tapi dia tak mengaku jadi saya buat keputusan untuk tarik diri daripada perkahwinan itu. Saya tak boleh nak berkongsi suami walaupun suami saya nak pertahankan rumah tangga."

Walaupun sudah bercerai namun dia engakui terkesan dengan kisah poligami yang sedang hangat diperkatakan sepanjang minggu ini.

"Yang mengalami sahaja yang tahu bagaimana perasaan bila dapat tahu suami pergi kahwin dekat Songkhla.


"Sampai bila nak sorok? Lama-lama akan tahu juga dan naluri kita kuat.

Shelly berkata dia mengambil masa beberapa tahun untuk memupuk semula kepercayaan terhadap kaum lelaki.

Walau bagaimanapun, dia mengucapkan rasa syukur apabila bertemu jodoh sekali lagi namun trauma daripada perkahwinan terdahulu menyebabkan dirinya masih ada perasaan takut terhadap pasangan.

"Alhamdulillah tapi masih ada perasaan takut dengan apa yang pernah terjadi. Kadang suami saya cakap tak perlu ingat lagi kisah lama tapi sebagai seorang perempuan dan pernah mengalami keadaan macam itu, lagilah bila kena pukul dulu..jadi memanglah teringat.

"Saya kena pukul sampai koyak kepala."

Di ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati terhadap Shelly dan mendoakan kebahagiaannya selain ada juga yang turut berkongsi kisah poligami keluarga mereka. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 1-12-2023 05:55 PM
Skurang2 nya kau bagos..kau bijak..lari segera dr laki mcm tu.. ecah skrg ni bodo lembap. Wanita bijak bkn taat xbetempat mcm ecah tu. Nabi muhammad dulu pun x izin laki mana nth dtg nk melamar fatimah utk wife kedua rasanya aku kurang pasti.xbapa ingt tp ada la kisah nbi muhammad x izin. Kau ni shelly dpt 10bintang dri aku sbb kau bijak, berani, minda terbukak. Jgn tutup minda tu ingt jntan dlm dunia ni ada sekor je
Quote _blackbird 1-12-2023 07:22 PM
Manusiabesa replied at 1-12-2023 05:55 PM
Skurang2 nya kau bagos..kau bijak..lari segera dr laki mcm tu.. ecah skrg ni bodo lembap. Wanita bij ...

Rasa abu bakar kot, tak pon umar yg pi pinang fatimah
Quote Manusiabesa 1-12-2023 07:59 PM
_blackbird replied at 1-12-2023 07:22 PM
Rasa abu bakar kot, tak pon umar yg pi pinang fatimah

Ha,ah ada kan? Poligami ni benda yg baik jika pembawakan dia baik. UAI poligami kena dgn cara. Salleh yaakob bkn ahli agama tu pun jaga adab utk mula berpoligami. Islam memuliakan wanita, wanita tmptnya tinggi. Perlu jaga maruah, harga diri.

Jika suami dh kantoi menikah kt siam, suami isytihar madukan kita sewaktu kita hamil, sewaktu kita nk sambut aniversary lg 4hari...suami pukul kita..suami guna harta kita utk wanita lain diam2.... ni namanya tindakan pengkhianat. Hati isteri bkn retak lg dh tp hancur mcm kena kisar. Paling mnjtuhkan maruah isteri, bila suami umum pd 1 malaysia dgn bangganya dia berpoligami. Nauzubillah, hasbunallah... la hau la wala...

Klu nk terus biar maruah dipijak2.. tu namanya bodoh.

TENKIU UNCLE BLACKBIRD SAMA2 PKIR DGN AKU KISAH FATIMAH ANAK RASULULLAH TADI.
Quote white_musk 1-12-2023 09:05 PM
Manusiabesa replied at 1-12-2023 07:59 PM
Ha,ah ada kan? Poligami ni benda yg baik jika pembawakan dia baik. UAI poligami kena dgn cara. Sal ...

walaupun adik kata lelaki itu pengkhianat tetapi dia tetap tidak berdosa.
malah kita semua kena sokong tindakan lelaki itu kahwin.

senang kata lelaki buat apa pun boleh. tiada dosa.

Quote edayildiz 1-12-2023 09:21 PM
Edited by edayildiz at 1-12-2023 09:35 PM

ramainya mcmni kn...apo la nasib badan...kawen la ngn mat saleh..dorg romantic sampai tua....dh la tahu menghargai isteri...u guys shud try mengorat laki kokusen...laki melayu pantang berduit sikit msti nk cari madu..kalau dpt yg upgrade xpe gak..ini muka mcm gitu je..bini no 2 teega tu xcantik lngsg..nk banding ngn bini no 1..jauhh bethol....muka gitu pun blh jd penyondol? mebi pandai amek hati zantan tu?
Quote jazaa100 1-12-2023 09:25 PM
edayildiz replied at 1-12-2023 09:21 PM
ramainya mcmni kn...apo la nasib badan...kawen la ngn mat saleh..dorg romantic sampai tua....dh la t ...

Tak yah kokesen....kwin dgn cina pun ok....
Dah lah byk duit....sayang ank²....
Dorang klu nk buat apa2 pikir byk kali takut org cari bini & anak² dia....

Melayu pulak, memang di suruh cari bini klu dia berhutang
Quote amyza 1-12-2023 09:28 PM
Manusiabesa replied at 1-12-2023 05:55 PM
Skurang2 nya kau bagos..kau bijak..lari segera dr laki mcm tu.. ecah skrg ni bodo lembap. Wanita bij ...

tak silap Saidina Ali yg nak nikah 1 lagi. Fatimah merajuk. Nabi tak izinkan sbb menyakitkan hati fatimah. Sape sakitkan hati fatimah umpama sakitkan hati nabi jugak.
Quote edayildiz 1-12-2023 09:38 PM
jazaa100 replied at 1-12-2023 09:25 PM
Tak yah kokesen....kwin dgn cina pun ok....
Dah lah byk duit....sayang ank²....
Dorang klu nk bua ...

kann ..betul betul
Quote jazaa100 1-12-2023 09:48 PM
amyza replied at 1-12-2023 09:28 PM
tak silap Saidina Ali yg nak nikah 1 lagi. Fatimah merajuk. Nabi tak izinkan sbb menyakitkan hati  ...

Bkn lah....
Nabi tak bg sbb pompuan yg saidina Ali nk tu keturunan Abu Lahab.....org yg kuat menentang islam
Quote pocongkiutss 4-12-2023 08:37 AM
Tp kalau dpt cina ala2 view chin..sama jugak mkn hati [em:3:]
Quote Decaffeinated 4-12-2023 11:52 AM
Sebulan selepas itu, saya ternampak sijil kahwin dia di Songkhla.

"Saya ada tanya dia tapi dia tak mengaku ...


dah nampak sijil kawin pengakuan apa lagi yang ko nak? dalam bijak ada juga bodohnya ko ya
Quote Decaffeinated 4-12-2023 12:22 PM
_blackbird replied at 1-12-2023 07:22 PM
Rasa abu bakar kot, tak pon umar yg pi pinang fatimah

abu bakar kan bapa mertua nabi. motif nak meminang anak kepada menantu sendiri? otak p ramlee sangat ko ni

Quote Redskin 4-12-2023 01:04 PM
Manusiabesa replied at 1-12-2023 07:59 PM
Ha,ah ada kan? Poligami ni benda yg baik jika pembawakan dia baik. UAI poligami kena dgn cara. Sal ...

[youtube]JaJbaEPfNT4?si=IlkudabBJKmfvq6T[/youtube]
Quote Prickford 4-12-2023 01:56 PM
Manusiabesa replied at 1-12-2023 11:59 AM
Ha,ah ada kan? Poligami ni benda yg baik jika pembawakan dia baik. UAI poligami kena dgn cara. Sal ...

Betul. UAI poligami, kita tak dengar pon apa2 cerita dari heolls yg tak best. Hal rumahtangga, sebarang masalah, selesai sendiri. Yg ni lava berjambang dgn si ecah ni, masing2 muda trang tang2, ecah baru 25, muda mudi sokmo, laki 29, tah apa sebab nak kawin 2.

Quote azimodin 4-12-2023 02:12 PM
Yg aku x faham kenapa bila kantoi berskandal/kawen lagi mesti nak naik tangan. Nak tunjuk "jantan la tu".
Quote I.K.A888990 4-12-2023 05:21 PM
bagus kak jgn bagi laki pijak2 kita mcm haiwan
dah knp kau nak angkat tangan kau kat pompuan
takde telur ke apa
Quote kepompong 4-12-2023 05:33 PM
edayildiz replied at 1-12-2023 09:21 PM
ramainya mcmni kn...apo la nasib badan...kawen la ngn mat saleh..dorg romantic sampai tua....dh la t ...

apa "you guys" ???? ayat tu tuju kat diri sendiri lah kan .. eda
Quote dani-rox 4-12-2023 05:38 PM
edayildiz replied at 1-12-2023 09:21 PM
ramainya mcmni kn...apo la nasib badan...kawen la ngn mat saleh..dorg romantic sampai tua....dh la t ...

jantan kokesen pun ada 2x5 haprak, sis. nih kes pompuan thai mati dibunuh lakinya di UK, bertahun2 sampai sekarang takda pembelaan.

[youtube]q_LKviMjfyI[/youtube]


bg ai apa yg penting, kaum wanita berhati2lah dlm memilih pasangan. Dan wanita harus ada pendidikan, kerjaya dan duit simpanan sendiri - apa2 yg terjadi, senang ko nak blah.



Quote otai_g 4-12-2023 05:45 PM
Apa salahnya berkongsi seperti kita berkongsi Dunia ni sesama manusia.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.058145 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top