CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Dah Penat-Penat Sediakan, Ibu Bengang Kekasih Anak Langsung Tak Nak Jamah Makanan Yang Dimasak

4-12-2023 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8049| Komen: 20

Description: Seorang ibu tak senang dengan kekasih anak lelakinya selepas gadis itu tidak mahu menjamah atau memakan masakan yang dimasaknya.
Seorang ibu tak senang dengan kekasih anak lelakinya selepas gadis itu tidak mahu menjamah atau memakan masakan yang dimasaknya.

Dakwanya dia sangat terasa hati serta tersinggung dengan perbuatan wanita itu.


Menurutnya anak lelakinya dan kekasih telah enam tahun bersama dan sepanjang dia datang melawat mereka lalu memasak di rumah, wanita itu tidak pernah mahu memakan masakannya.


Gambar Hiasan

“Sebenarnya saya cuba memahami situasi. Kami datang dari latar belakang berbeza dan menggunakan banyak rempah dalam masakan.

“Mungkin dia memang tidak memakan masakan yang banyak menggunakan rempah.

“Jadi saya cuba memasak menu yang ringkas tetapi dia juga langsung tidak menjamahnya.

“Apabila saya tanya kepada anak, dia kata kekasihnya seorang yang sangat memilih makanan,”katanya seperti dipetik di DailyMail.uk

Dia juga mengatakan tidak akan memasak untuk anaknya dan kekasih yang ingin pulang menziarah. 


"Saya katakan saya hanya akan pesan piza.

“Anak saya berasa kesal kerana dia sudah lama tidak menikmati masakan saya.

“Adakah saya seorang ibu yang teruk apabila menolak untuk memasak buat tetamu yang tidak akan memakan masakan saya?”tanyanya.

Luahan dan pertanyaan tersebut kemudian dijawab dengan pelbagai reaksi namun kebanyakannya menyokong tindakan wanita itu untuk tidak memasak buat pasangan tersebut. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 4-12-2023 06:50 PM
Ni mesti bf paki atau babas
Quote ketambangkang 5-12-2023 07:28 AM
"i eat clean la aunty"
Quote airmineral 5-12-2023 09:46 AM
haiyaaaa
elok macik xyah order piza tu
biar drg dtg bawa mknn sendiri
Quote mamajawie 5-12-2023 12:39 PM
jangan sampai da kawen da la..abang ipar i langsung xpenah jamah makanan mak i siap x penah duduk rumah mak i lagi padahal da 10 tahun kawen da ada 4 anak da
Quote Supersirap 8-12-2023 12:21 PM
Macam mana nak dijadikan menantu, kenalah pandai jaga hati bakal mertua
Quote kucingitam 8-12-2023 12:28 PM
mungkin bakal menantu makcik fruitarian..
Quote Meiizu 26-12-2023 10:07 AM
mamajawie replied at 5-12-2023 12:39 PM
jangan sampai da kawen da la..abang ipar i langsung xpenah jamah makanan mak i siap x penah duduk ru ...

Kenapa tak makan?geli ke?
Apa excuse dia bagi tiap kali time makan
Quote mamajawie 26-12-2023 10:43 AM
Meiizu replied at 26-12-2023 10:07 AM
Kenapa tak makan?geli ke?
Apa excuse dia bagi tiap kali time makan

tah la sis nak kata geli takde lak letak lipas ke kulat dalam masakan..memang dari sejak kawen cmtu

Quote kechikchomel 27-12-2023 09:51 AM
mamajawie replied at 5-12-2023 12:39 PM
jangan sampai da kawen da la..abang ipar i langsung xpenah jamah makanan mak i siap x penah duduk ru ...

kalau balik rumah mak uolss, dia tido hotel la? ataupun rumah dia dekat, so dia balik hari je?
Quote mamajawie 27-12-2023 09:54 AM
kechikchomel replied at 27-12-2023 09:51 AM
kalau balik rumah mak uolss, dia tido hotel la? ataupun rumah dia dekat, so dia balik hari je?

dia datang balik hari..kalau datang siang maghrib da balik

Quote miznora 29-12-2023 07:05 AM
U suruh kakak u jangan makan umah mertua dia. Apa dia rasa.. Tapi tak lapar pulak ye tak makan. Dari siang ke magrib ada breakfast lunch dengan minum petang. Kalau umah mak aku ada kakak2 or abang balik lengkap semua waktu makan. Jadi sentiasa ada makanan
Quote SalenaGomez 29-12-2023 02:26 PM
SG suspect gf dia tu geli nak makan sebab maybe dia nampak rumah atau dapur kotor. Mmg ada org yg fussy mcm ni sbb dia akan membayangkan penyediaan makanan tu

Makcik tu pon boleh je masak mcm biasa, maknan kegemaran anak dia. Utk gf anak nya tu beli lah fastfood mcm piza ke, ayam goreng ke. Pastu ikutlah nak makan ke x. X nak makan pon x rugi apa2. Xperlu nak waste kan mental emosi kita pada benda yg temeh2…sebab setiap manusia tu ada preferences masing2 dan sometimes ada yg x boleh nak tolerate
Quote Missjass 23-1-2024 07:05 PM
SalenaGomez replied at 29-12-2023 02:26 PM
SG suspect gf dia tu geli nak makan sebab maybe dia nampak rumah atau dapur kotor. Mmg ada org yg fu ...

Kan dia masak je la fav anak dia tu yang untuk gf nya tu klau dia nak masak jgk tnya la anak dia tu orang tu selalu makan apa so dia masak makanan yang gf dia tu makan tkpun suruh je order sendiri takyah susah2 pstu kecewa orang tk makan
Quote Kipaskiok 26-1-2024 10:03 PM
mmg klu dh penat masak, tukang masak ni kan satu perangainya..dia akn rs kenyang klu masakan dia hbis..dia xmkn pn xpe
Quote Zack8hunter 27-1-2024 06:25 AM
Ajak jer budak pompuan tu ke dapur, suruh dia potong2 bawang sambil tanya apa masakan yg dia suka dan pandai masak.. Acik pun boleh belajar menu baru..
Quote HuoJingJue 28-1-2024 09:07 AM
apa susah, tak yah masak..benda simple sampai pecah kepala nak pikir kenapa dia tak nak makan.,..hehehehe
Quote eyansss 3-2-2024 10:07 PM
miznora replied at 29-12-2023 07:05 AM
U suruh kakak u jangan makan umah mertua dia. Apa dia rasa.. Tapi tak lapar pulak ye tak makan. Dari ...

lelaki senang, kalau lapar terus start engine pastu pi kedai makan...  kalau perempuan buat camtu, kena pulak dah ada anak, mau kena umpat maki caci cerca sampai mati...  hahahaha...
Quote plywood 5-2-2024 09:47 PM
SalenaGomez replied at 29-12-2023 02:26 PM
SG suspect gf dia tu geli nak makan sebab maybe dia nampak rumah atau dapur kotor. Mmg ada org yg fu ...
Xperlu nak waste kan mental emosi kita pada benda yg temeh2…sebab setiap manusia tu ada preferences masing2 dan sometimes ada yg x boleh nak tolerate
Xperlu nak waste kan mental emosi kita pada benda yg temeh2…sebab setiap manusia tu ada preferences masing2 dan sometimes ada yg x boleh nak tolerate
Xperlu nak waste kan mental emosi kita pada benda yg temeh2…sebab setiap manusia tu ada preferences masing2 dan sometimes ada yg x boleh nak tolerate

Xperlu nak waste kan mental emosi kita pada benda yg temeh2…sebab setiap manusia tu ada preferences masing2 dan sometimes ada yg x boleh nak tolerate
Quote orangbiasaje 8-2-2024 01:40 PM
budak laki tu pun satu hal...sayang tak mak? abus nape biar awek slalu buat mak mcmtu setiap kali lawat? sayang x awek? abus kenapa tak explain in detail kat mak, kenapa dia memilih makan (cara penyediaan ke, dietary pemakanan ke)? xde lak cdgkan kat awek bawak makanan sendiri bila pergi lawat mak, biar mak rasa camne jenis mknan yg awek dia suka, mcm potluck gitu? ni biar je mak makan hati, biar je awek disalahfaham.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-3-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047934 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top