SHAH ALAM – Kemunculan Syamel dan Ernie pada malam kemuncak Famili Duo musim ketiga (FD3) menggamatkan Studio ntv7 yang disambut sorakan penonton. Pasangan itu tampil membuka pentas akhir FD3 dengan menyanyikan lagu Rindu dan Selangit nyanyian asal Mas Idayu.
Sebaik sahaja Ernie dan Syamel membuka mulut, suara merdu mereka ternyata berjaya membuat audiens bersorak. Usai persembahan, pengacara Janna Nick sengaja menyuruh barisan juri untuk memberi komen kepada pasangan tersebut yang kononnya bakal bertanding pada musim hadapan. Mas Idayu yang secara spotan memberi ‘standing ovation’ kepada pasangan itu berkata vokal Ernie dan Syamel serasi dan sempurna.
|
ADVERTISEMENT