CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10821|Reply: 1

Nyanyian Sangat Sempurna, Mummy Suka! Syamel Dan Ernie Zakri Masuk Famili Duo Tahun Depan?

[Copy link]
Post time 4-12-2023 02:14 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Kemunculan Syamel dan Ernie pada malam kemuncak Famili Duo musim ketiga (FD3) menggamatkan Studio ntv7 yang disambut sorakan penonton.


Pasangan itu tampil membuka pentas akhir FD3 dengan menyanyikan lagu Rindu dan Selangit nyanyian asal Mas Idayu.


Foto: IG




Sebaik sahaja Ernie dan Syamel membuka mulut, suara merdu mereka ternyata berjaya membuat audiens bersorak.


Usai persembahan, pengacara Janna Nick sengaja menyuruh barisan juri untuk memberi komen kepada pasangan tersebut yang kononnya bakal bertanding pada musim hadapan.


Mas Idayu yang secara spotan memberi ‘standing ovation’ kepada pasangan itu berkata vokal Ernie dan Syamel serasi dan sempurna.




  



“Untuk nyanyian ini sangat sempurna, Mummy suka!,” komen Mas Idayu.


Senada dengan Mas Idayu, Ajai juga turut memberi komen positif.


“Gila sedap, versi ini terlalu sedap,” komen Ajai.




  



Di media sosial, rata-rata neziten kagum dengan persembahan Ernie dan Syamel sekali gus menyuruh pasangan serasi itu untuk menyertai Famili Duo musim keempat nanti.


“Sedap sungguh suara Ernie dan Syamel, sila masuk FD4 tahun depan!,” komen netizen.




  



“Pasangan serasi yang tidak dapat disangkalkan lagi, tolong masuk musim hadapan, gerenti menang,” demikian komen seorang lagi netizen.


Program lapan episod itu memilih pemenang mingguan bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian di Tonton membabitkan 30 peratus. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2023 02:52 PM | Show all posts
bagus laa klu dorang ni masuk. better yg boleh nyanyi jela masuk. content creator ke ape tak payah la semak masuk duo ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.670381 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list