CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kereta Terbakar Di Lebuh Raya- Nasib Roy Azman, Isteri Dan Anak Sempat Keluar

4-12-2023 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8702| Komen: 30

Description: Kereta dinaiki Roy Azman bersama isteri dan anak bongsu terbakar sewaktu kenderaan mereka dipercayai melalui sebuah lebuh raya.
Kereta dinaiki Roy Azman bersama isteri dan anak bongsu terbakar sewaktu kenderaan mereka dipercayai melalui sebuah lebuh raya.

Kejadian itu dimaklumkan oleh Roy pada Instagramnya kira-kira satu jam lalu bersama beberapa gambar dan video keadaan keretanya yang terbakar.




Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan waktu kejadian dan lokasi tersebut, selain memberitahu mereka sekeluarga selamat.

“Salam semua, alhamdulillah saya, isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta, syukur.


“Terima kasih Datuk Eg, Datin Heykal, Faezah, Yusof dan akmal datang teman buat laporan,” katanya ringkas pada hantaran itu hari ini.

Turut kelihatan, bomba di tempat kejadian bagi melakukan kerja pemadaman. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 4-12-2023 10:05 AM
Toka ape ni.. mcm toka mewah
Quote ketupatnasi 4-12-2023 10:10 AM
alhamdulillah selamat. mujur tak panik. hari tu kete anak dara nonis terbakar.
Quote slyfynx 4-12-2023 10:13 AM
Buritan replied at 4-12-2023 10:05 AM
Toka ape ni.. mcm toka mewah

Tgk pada lampu and side nampak macam Honda CRZ
Quote tomet05 4-12-2023 10:19 AM
Buritan replied at 4-12-2023 10:05 AM
Toka ape ni.. mcm toka mewah

peugeot BRZ ni kalau x silap.
Quote Suchi 4-12-2023 10:45 AM
slyfynx replied at 4-12-2023 10:13 AM
Tgk pada lampu and side nampak macam Honda CRZ

Terkejut pg td buka ig dia nampak pasal ni
Dia baru update video jelaskan cerita
Kereta tu dia baru ambil kt bengkel kat ampang
Hantar utk overhaul
Pastu pi puncak alam mkn2 ngn kawan dia otw nk balik umah,org duk hon sbb kereta dia kuar api.
Mula tu tak perasan bila dh perasan nmpak api tu brek tak mkn plak mujur handbrake ok
Syukur juga la dia berjaya selamat, berpantang maut sebelum ajal.
Seram wehhh
Quote Fly_over 4-12-2023 10:47 AM
ketupatnasi replied at 4-12-2023 10:10 AM
alhamdulillah selamat. mujur tak panik. hari tu kete anak dara nonis terbakar.

haritu tgk kt tt kereta tbakar. baby dlm carseat xdpt dikeluarkan. ya Allah kesian sgt dgr meraung2 ibu bapa tu dpn kereta. si bapa pn dah tbakar badan.
Quote annadonna 4-12-2023 10:50 AM
Allahu mujur selamat. Klu baru keluar bengkel agaknya ada la wiring system terganggu tu.
Quote deebiz14 4-12-2023 10:52 AM
Allahuakbar seram weh. Mujur dapat selamatkan diri.
Quote beni_nikaido 4-12-2023 11:26 AM
Suchi replied at 4-12-2023 10:45 AM
Terkejut pg td buka ig dia nampak pasal ni
Dia baru update video jelaskan cerita
Kereta tu dia bar ...

Ya Tuhan....
brek tak makan tu sangat menyeramkan hokeyyyy
Alhamdulillah diorg selamat.
kete baru kuar bengkel so bengkel tu mesti kena menjawab jugak
Quote ketupatnasi 4-12-2023 11:40 AM
Fly_over replied at 4-12-2023 10:47 AM
haritu tgk kt tt kereta tbakar. baby dlm carseat xdpt dikeluarkan. ya Allah kesian sgt dgr meraung ...



aku tgk budak terjatuh dari tingkap kete masa kete belok lepas lampu isyarat...
yang driver bila dgr org sblh hon lagi dipecut kete. uwaaaaaa

Quote buragazz 4-12-2023 11:49 AM
K;u base on cakap dia api start bawah belakang.. macam kat fuel tank..ada possibility kesan minyak petrol yang maybe leak...
Quote black_handbag 4-12-2023 11:52 AM
seramnya baca. apa punca api keluar mcm ni ek.. nasib baik anak beranak sempat keluar
Quote Nenolen 4-12-2023 11:55 AM
innalillah…moga dipermudahkan urusan abg roy azman dah keluarga…ngeri nyer…
Quote nuryakmal 4-12-2023 12:05 PM
slyfynx replied at 4-12-2023 10:13 AM
Tgk pada lampu and side nampak macam Honda CRZ

bukan. lampu crz lain. i pakai crz..
Quote prettyuglybabe 4-12-2023 12:16 PM
sebab tu la i takut main masuk je mana-mana workshop...
sanggup gi service centre even mahal pun..
Quote Suchi 4-12-2023 12:18 PM
Fly_over replied at 4-12-2023 10:47 AM
haritu tgk kt tt kereta tbakar. baby dlm carseat xdpt dikeluarkan. ya Allah kesian sgt dgr meraung ...

Tak duk carseat pun baby tu
Dah ada yg bitau sedara dia ke sapa tah
Baby tu duk dlm pangkuan mak
Tp bila berlaku eksiden normal kita akan campak apa saja kt depan kita ni bila terkejut
So baby tu maybe tercampak terselit kat bhgn susah nk di ambil ke apa.

Quote Suchi 4-12-2023 12:19 PM
beni_nikaido replied at 4-12-2023 11:26 AM
Ya Tuhan....
brek tak makan tu sangat menyeramkan hokeyyyy
Alhamdulillah diorg selamat.

Iols rasa masa tu dia mesti pikir
Adakah aku akan selamat ke tak nih
Depa kuar bertiga je ngn anak bongsu so anak2 lain yg besar mesti ada kt umah kan.
Mujurlah selamat, keta tu takpelaa yg penting nyawa tu
Quote kalchi 4-12-2023 12:22 PM
So sbb dia overhaul tu ke apa. Takutnya
Quote edoraixora 4-12-2023 12:37 PM
ya Allah...trauma jugak dibuatnya nih
Alhamdulillah sempat keluar semua
mesti panik ya amat

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.397720 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top