CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Famili Duo 3: Menyanyi Pun Syaiful Dan Sharif Boleh Buat Orang Gelak

4-12-2023 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9173| Komen: 38

Description: Menjadi juara keseluruhan program Famili Duo 3 (FD3) pada Ahad, pelawak dua beradik Syaiful dan Sharif kini mahu meluaskan bakatnya dalam bidang nyanyian.
Menjadi juara keseluruhan program Famili Duo 3 (FD3) pada Ahad, pelawak dua beradik Syaiful dan Sharif kini mahu meluaskan bakatnya dalam bidang nyanyian.

Kata Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 33, mereka bukan sahaja mampu menghiburkan orang ramai melalui lawak jenaka, malahan dalam bidang nyanyian juga terbukti membuatkan penonton tertawa.


Foto: IG

"Apa yang kami lihat beberapa minggu lepas (semasa FD3), saya nampak kami boleh hiburkan orang dalam nyanyian. Jadi, mengapa tidak kalau kami ambil benda ini (nyanyian) secara serius.

"Mungkin selepas ini kami akan keluar dengan band... Kita tidak tahu. Perancangan saya selepas ini kena teruskan menyanyi sebab peminat ada yang suka kami menyanyi selain melawak," katanya kepada mStar.



Dalam masa sama, Sharif memaklumkan, mereka juga sudah merakamkan satu lagu baharu hasil kerjasama bersama Ajai.

Bagaimanapun, single tersebut belum dapat dilancarkan memandangkan video muzik (MV) belum sempat dilakukan disebabkan jadual kerja yang padat.

"Projek dengan Ajai (lagu) ini sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) lagi. Lagu telah habis dirakam, tinggal nak buat MV sahaja.

"Bila tamat PKP, nak rakam MV, kami pula sibuk bekerja. jadi selepas ini mungkin akan buat MV," ujarnya.



Sementara itu, Sharif pula memberitahu pada awalnya mereka tidak menjangkakan kemenangan tersebut disebabkan saingan sengit dua lagi pasangan duo.

Menurut pelawak yang berasal dari Sabah itu, pada malam akhir tersebut mereka hanya mahu menyampaikan sebaik mungkin selain menghiburkan penonton.

"Kami memang tidak jangkakan kemenangan ini sebab semasa raptai, kita tengok duo Adira, Emma dan juga duo Haqiem, Arif memang all out.

"Namun Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya dan malam ini menjadi satu sejarah dalam hidup kami. Sebelum ini kami dekat pentas lawak, namun sekarang orang sudah terima kami di pentas nyanyian.



"Kami juga tadi berasa sebak sebab semasa persembahan, ramai yang berdiri dan hargai apa yang kami persembahkan," ujarnya.

Sharif dan Syaiful muncul sebagai juara Famili Duo musim ketiga dan berjaya membawa pulang trofi serta wang tunai sebanyak RM100,000.



Pada malam itu, mereka membawakan lagu Kong Kali Kong nyanyian asal Namie dan Floor88 pada pusingan pertama manakala di pusingan kedua iaitu tema bebas pula mereka membawa lagu medley Lemak Manis (Roslan Madun), Umpan Jinak Di Air Tenang (Ahmad Jais) dan Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay).

Pasangan tersebut mendapat markah keseluruhan sebanyak 81 peratus sekali gus menewaskan duo Adira dan Emma Suhaimi yang memperoleh 60.6 peratus serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (58.3 peratus). -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 4-12-2023 11:42 AM
Hrtu husband buka kt mn ntah.. youtube or tt x pasan.. dorg bdua di interview.. Ya Allah., mmg tmpt dorg x maju.. bygkn klau ada kematian.. mmg x lengkap segala benda tmasuk kain kapan.. so yg lagi sorg tu (bkn yg bdua nie) ada kn van jenazah dan segala keperluan hga kebumi.. i ols rasa tsentuh yg amat.. dh tahun 2023.. rakyat sendiri yg berbakti pada tmpt sendiri bila mereka kaya.. katanya lg dorg adik beradik mmg selalu berkongsi rezki.. bg brg dapur pada org2 kampung.. moga bertambah rezki dan bertambah sukses utk adik beradik 3 org nie.. amin yra..
Quote irsa 4-12-2023 12:03 PM
Iols suka tgk diaorg menang Jadi juara berbanding yg lain. Boleh nmpk keikhlasan deols semasa buat persembahan . Iols pon  vote sekali utk final nak bg markah byk kat deols Tahniah Zero Bros
Quote oklatu85 4-12-2023 12:04 PM
babelina replied at 4-12-2023 11:42 AM
Hrtu husband buka kt mn ntah.. youtube or tt x pasan.. dorg bdua di interview.. Ya Allah., mmg tmpt  ...

Waktu diaowg menang raja lawak pun .. duit Tue..diaowg kongsi beli sampan2 utk org kampung..sebab Tu rezeki diaowg murah.. kalau nak pentingkan diri..Rasa hidup senang jgk diaowg..tapi.. tgk diaowg hidup sederhana je.. Yang beli van jenazah Tue.. abang dia Atu.. hasil Dari jualan kek batik dia.. iols x peminat sangat zero nie.. tapi rajin Dan usaha keras.. at least adalah bakat utk ditampilkan
Quote sranua 4-12-2023 12:23 PM
Bagusnya hidup bermasyarakat macam tu..ada lebih...ada yg disumbangkan. Hidup sederhana..takde la nak keluar berita baru ambik kereta mewah sejuta lebih.
Quote oklatu85 4-12-2023 12:26 PM
sranua replied at 4-12-2023 12:23 PM
Bagusnya hidup bermasyarakat macam tu..ada lebih...ada yg disumbangkan. Hidup sederhana..takde la na ...

Betul... Kalau bukan kita menyumbang balik pada masyarakat sapa Lagi Kan.. nak harapan yb2 alahai...Kenyang perut sendiri je..kalau nak ikutkan if duit sampai ke masyarakat.. X Kan la sabah sarawak Masih mundur mcm tue
Quote myrandapv 4-12-2023 12:36 PM
Xnk komen pasal yg menang.. Nk komen pgacara dgn juri.. Tpekik2 si janna ni.mas idayu pon sama. X hbs2 nk sergah2.. Rancangan tu jd bingit gile sbb perangai low class doang...
Quote tuntasha 4-12-2023 12:42 PM
Bagusss!  Asalkan  bukan dak dak kampung Langat yang menang
Quote sranua 4-12-2023 12:52 PM
oklatu85 replied at 4-12-2023 12:26 PM
Betul... Kalau bukan kita menyumbang balik pada masyarakat sapa Lagi Kan.. nak harapan yb2 alahai. ...

Kawan aku ada cerita, abang dia kontraktor besar..jadi rapatlah dengan menteri dari Sabah ni. Menteri nk kalau balik Sabah dia ikut. Nanti menteri panggil org kampung beratur depan rumah..dia bagi la kat org kg sorang RM50.00...wah bukan main suka lagi org kg. Mmg org kg pandang tinggi mentri tu. Tp syaratnya kg tu jangan dibangunkan....jalan tanah merah....lampu trafik tak pernah tengok..biarkan dalam kemiskinan.
Supaya org kampung bergantung penuh berharap pada mentri ni. Jadi kekalla mentri wp dia kaya raya, kawin artis cantik jelita. Beli rumah berjuta2.


Quote nordin84 4-12-2023 01:02 PM
sranua replied at 4-12-2023 12:52 PM
Kawan aku ada cerita, abang dia kontraktor besar..jadi rapatlah dengan menteri dari Sabah ni. Ment ...

ptt la sabah mundur je..bong cikebong melabur pki duit felcra insentip juta2 dia ambik
Quote oklatu85 4-12-2023 01:05 PM
sranua replied at 4-12-2023 12:52 PM
Kawan aku ada cerita, abang dia kontraktor besar..jadi rapatlah dengan menteri dari Sabah ni. Ment ...

Kawan iols org Sabah pun cakap Gitu jgk.. balik kg bagi duit.. infrastructure semua x payah pikir..hope da ramai anak2 muda Dari Sabah sarawak Yang berpendidikan tinggi terbuka la Dalam memilih calon Yang betul2 blh bangunkan negeri diaowg.. tapi Risaunya kebanyakkan yg Naik....nampak duit banyak.. Terus lingkup jgk
Quote I.K.A888990 4-12-2023 01:11 PM
wah tahniah tahniah
mmg boleh agak antara hakiem atau dorang ni menang
next FD aku nk tgk siapa lagi la yg dorang amik..kdg tak percaya je ada yg tiber jd sepupu rapat la jauh la haha
Quote flipolivio 4-12-2023 05:15 PM
I.K.A888990 replied at 4-12-2023 01:11 PM
wah tahniah tahniah
mmg boleh agak antara hakiem atau dorang ni menang
next FD aku nk tgk siapa lagi ...

Khuenn..tetiba masing2 rupanya sepupu/sedara..tah betul ke x tah..
Quote I.K.A888990 4-12-2023 05:17 PM
flipolivio replied at 4-12-2023 05:15 PM
Khuenn..tetiba masing2 rupanya sepupu/sedara..tah betul ke x tah..

senang je FD gula2 kan org..merepek
tak sabar aku nk tgk next yr sepupu instant muncul
Quote bintangct 4-12-2023 05:58 PM
eh kjap je dh final
Quote VespaSilbe 4-12-2023 06:23 PM
Tahniah walaupun iols tak tgk
Quote fadz84 4-12-2023 06:45 PM
flipolivio replied at 4-12-2023 05:15 PM
Khuenn..tetiba masing2 rupanya sepupu/sedara..tah betul ke x tah..

Mmg aqiem & Arif tu sepupu ke? X pernah plk dgr dorg bercerita sblm ni..
Quote Zeatyisaac 4-12-2023 06:55 PM
Zero memang pandai menyanyi. Suara pun sedap di dengar tiga beradik tu. Mereka jujur dan ikhlas, sebab tu mereka menang.
Quote AWEKSAMURAI 4-12-2023 07:05 PM
Patut lah menang mmg dh ada projek lagu dgn Ajai .. hehehe
Quote AWEKSAMURAI 4-12-2023 07:06 PM
babelina replied at 4-12-2023 11:42 AM
Hrtu husband buka kt mn ntah.. youtube or tt x pasan.. dorg bdua di interview.. Ya Allah., mmg tmpt  ...

Van dgn kelengkapan jenazah tu atu punya n usaha kan tapi donation dari netizen juga bukan atu sendiri punya duit dia cuma tolong kutip n laksana kan tu je .. alhamdulillah aku pun salah sorang yang pnah join program Atu ni

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.198835 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top