CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lantang Isu Palestin, Warner Music Dikecam Sebab Tamatkan Kontrak Kaka Azraff

4-12-2023 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6878| Komen: 1

Description: Syarikat rakaman Warner Music Malaysia dikeca, selepas tular berita mendakwa kononnya kontrak penyanyi Kaka Azraff ditamatkan berkuat kuasa mulai 31 Disember ini.
Syarikat rakaman Warner Music Malaysia dikeca, selepas tular berita mendakwa kononnya kontrak penyanyi Kaka Azraff ditamatkan berkuat kuasa mulai 31 Disember ini.

Keputusan tersebut dikatakan berpunca kelantangan Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 34, mengecam tindakan tidak berperikemanusian dilakukan Israel terhadap Palestin.


Foto: IG

Gara-gara berita tular itu, Instagram Warner Music Malaysia menerima komen kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati dan mahukan penjelasan lanjut daripada syarikat rakaman berkenaan.

Malah ada juga yang meluahkan rasa marah dan meminta syarikat itu menghentikan operasi di negara ini.


"Warner Music secara terangan menyokong Israel dengan membuang Kaka. Mohon keluar dari Malaysia.

"Duduk Malaysia tak perlu nak jadi lembu dicucuk hidung Zionis sangat.



"Memang silap besar Warner Music. Dia tak tahu netizen Malaysia macam mana," komen netizen di posting terbaharu label berkenaan.

Sebelum ini nama Kaka menjadi bualan hangat selepas dia disenaraikan oleh sebuah laman sosial, Jew Hate Database sebagai artis pro Palestin.

Perkara itu bermula susulan tindakan berani Kaka meninggalkan komen mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic beberapa minggu lalu.



Laman sosial berkenaan juga menjalankan kempen menjatuhkan Kaka dan memperkenalkannya sebagai penyanyi yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia.

Dalam temubual bersama mStar pada Jumaat lalu, Kaka memilih untuk tidak mengulas tentang isu penamatan kontrak tersebut dan mohon diberi masa sebelum membuat sebarang kenyataan.



Sementara pada 13 Oktober lalu, syarikat Warner Music Group memuat naik hantaran Instagram yang menyatakan sokongan terhadap Israel selain turut melabelkan Hamas sebagai kumpulan pengganas. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 4-12-2023 11:59 AM
Masa ni la nak tunjuk ke"power"an Netizen Malaysia.. buat sampai Warner Music bungkus.. kau ingat kau jer leh terasa.. Rakyat Malaysia pun boleh.. tak silap Mak Iti pun ada terpalit pasa edaran album dia Warner yang handle kan.. klu betul apsal tak berani tamat contract Mak Iti..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.115679 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top