CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Scha Alyahya Sangat Tegas, Lara Alana Sampai Takut Balik Rumah Nak Tunjuk Keputusan Ujian

1-12-2023 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19145| Komen: 105

Description: Scha Al-Yahya mengakui dirinya adalah seorang yang begitu tegas dan sangat menitikberatkan soal pembelajaran anaknya, Lara Alana.
Scha Al-Yahya mengakui dirinya adalah seorang yang begitu tegas dan sangat menitikberatkan soal pembelajaran anaknya, Lara Alana.

Scha juga pernah terfikir adakah dia terlalu berkeras terhadap Lara dalam bidang pelajaran apabila anaknya itu pernah menangis sehinggakan tidak mahu pulang ke rumah kerana takut untuk menunjukkan keputusan peperiksaannya kepadanya.


Foto: IG

"Saya sentiasa mengambil berat mengenai akademik Lara tapi kadang-kadang tu saya rasa macam, ‘Adakah saya terlalu berkeras dengan dia?’

"Pernah sekali dia takut nak balik rumah dan menangis sebab dia kata dia takut untuk tunjuk keputusan peperiksaan dia pada saya.



"Benda itu buatkan saya terfikir kenapa dia sampai takut begitu kan? Nak kata saya terlalu garang dengan dia itu tidaklah. Saya ni memang garang tapi tak adalah sampai nak mendera tu, tidaklah.

"Tapi saya rasa Lara jadi begitu mungkin sebab saya ini selalu duduk dengan dia untuk pastikan setiap perkara yang berkaitan dengan akademik dia teratur dan dalam keadaan yang sepatutnya," katanya seperti dipetik di OhBulan.


Dalam pada itu, pelakon filem ‘Histeria’ tersebut memaklumkan bahawa dia tidak akan mengatur cita-cita Lara namun akan sentiasa memberikan terbaik dalam pembelajarannya.


"Pada saya, saya nak dia fokus bab akademik ni. Lara nak jadi apa bila besar nanti itu terpulang pada dia, tapi selagi saya ada tanggungjawab untuk mendidik dia, saya akan buat sebaik mungkin.



"Dah habis sekolah nanti, ‘Girl you are on your own’. Apa sekali pun dia nak jadi nanti, dia boleh buat keputusan sendiri."


Untuk rekod, Scha telah mendirikan rumahtangga dengan Awal Ashari pada Mei 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 9, dan Lyla Amina, 2. -CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 1-12-2023 05:55 PM
bgs la..ank2 pn membesar secara normal xde la jd org tua sblm wktu

akademik tu lg penting
Quote armin 1-12-2023 07:50 PM
Ni baru kehidupan t20 normal bukan asyik ajar anak melaram je 24 jam
Quote QueenIsolde 1-12-2023 07:52 PM
Dlm gamba2 kat atas nmpak si awal dondang lak mcm mak, scha nmpak cm daddy2
Quote Sachacha 1-12-2023 08:02 PM
Nampak berajar budaknya sopan n bijak..
Quote stingergrumpy 1-12-2023 08:38 PM
Sachacha replied at 1-12-2023 08:02 PM
Nampak berajar budaknya sopan n bijak..

Tak sesia cempaka school sponsored lara alana kheun?
Quote stingergrumpy 1-12-2023 08:40 PM
Smart girl....

Bye bye nyanma ontok ontok ontok
Quote tukul 1-12-2023 08:59 PM
stingergrumpy replied at 1-12-2023 08:40 PM
Smart girl....

Bye bye nyanma ontok ontok ontok

Ngok tul ko ni... hahaha...
Quote stingergrumpy 1-12-2023 09:12 PM
stingergrumpy replied at 1-12-2023 08:40 PM
Smart girl....

Bye bye nyanma ontok ontok ontok

Agak agak ko sekolah mana yg bakal  sponsor nyanmanyambek ontok ontok ontok...to be the face of the school?

Quote Minami2013 1-12-2023 09:51 PM
Scha ni nmpak jenis yg buat hal dia je. Fokus family dan career dia jadi ambassador brand je kot. Berlakon ke...dah tk nmpak. Bagus la utk anak2.

Agree ngan komen kat atas.. awal nmpak mak2.. scha nmpak mcm bapak2 dlm family ni
Quote uori 1-12-2023 09:56 PM
Taknak kawen dengan anak raja ke
Quote cm_vungtau 1-12-2023 10:05 PM
Rileks je Scha muka bare faced. Tak perlu pun mekap sekati.
Quote Lampuled 1-12-2023 10:22 PM
Bagus diaorg ni jaga anak2. Nmpak dia jaga juga circle anak2 dia.anak2 dia punya besday mcm mana?takde nmpak org share pun.
Quote SpyLeman 1-12-2023 10:39 PM
Anak2 schawal punya besday mcm kanak2 normal yg lain. Ada game yg adventurous utk budak2 explore dunia. Circle anak2 pun nmpk normal dan real T20. Bkn T20 yg dibuat2. Sebab setahu aku jarang jumpa T20 bukak mulut je bingit dgn loghat utagha walaupun scha ni pun asal utagha...
Quote AWEKSAMURAI 1-12-2023 10:44 PM
SpyLeman replied at 1-12-2023 10:39 PM
Anak2 schawal punya besday mcm kanak2 normal yg lain. Ada game yg adventurous utk budak2 explore dun ...

Scha ni asal sungai petani bukan ulu ceruk umah dia taman jgk ..mak sedara dia pak sedara dia pun mmg artis dorang pun dari family have2 bukan mak bapak jenis turun bendang main selut ke hape .. mak dia chinese keturunan cina so xde lah kampung.com pun ..
Quote cupu 1-12-2023 11:09 PM
Org yg mulut tak bingit mmg anak akan behave dan kelakuan sopan.Sbb terbiasa keadaan cool dan terkawal.
Quote mawarika 1-12-2023 11:13 PM
Tang ni bole bg credit Kat mak bapak dia ni..
Quote black_handbag 1-12-2023 11:27 PM
Anak scha awal ni nampak terdidik. Tertib. Macam anak2 angkasawan juga ni. Takdelah baru 9 tahun tergedik2 dgn kasut tinggi mekap 3 inci. Matang seiring usia la kan
Quote zuriey 2-12-2023 12:16 AM
Comel pula si lela tu..
Normal la ank depa ni
Yg tak nomal si ecah merengek nak p wedding [em:3:]
Quote fadz84 2-12-2023 12:21 AM
AWEKSAMURAI replied at 1-12-2023 10:44 PM
Scha ni asal sungai petani bukan ulu ceruk umah dia taman jgk ..mak sedara dia pak sedara dia pun  ...

Mak sedara dia sheril aida & pak sedaranya Syed Sobri kan Scha ni..

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048315 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top