CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Gadis Kecewa Bakal Ibu Mentua Downgrade Dirinya "Pukul 3 Pagi Masih Dengan Lelaki, Kalau Hantaran Ni, Dua Tiga Ribu Je"

29-11-2023 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5428| Komen: 25

Description: Seorang gadis mendedahkan pengalamannya berjumpa dengan ibu kekasihnya pada awal pagi.
Seorang gadis mendedahkan pengalamannya berjumpa dengan ibu kekasihnya pada awal pagi.

Menerusi satu rakaman secara tersembunyi, kedengaran perbualan antara seorang ibu bersama anak lelakinya iaitu kekasih kepada gadis berkenaan.


“Dik, ini ke bakal menantu mak? Haa inilah dia,” menurut perbualan dua beranak itu.

Ibu kekasih mempersoalkan dirinya tidak pulang ke rumah meskipun sudah awal pagi.


Gambar Hiasan

Namun maklum balas yang diberikan si ibu sememang-memangnya tidak dijangka.

Walaupun dia diberikan pujian mengenai kecantikan dan penampilannya, namun wanita berkenaan sempat menyelit dengan kata-kata berbaur sindiran.

“Muka dah cantik, baju dah cantik. Baju kurung dah macam perempuan Melayu terakhir. Kenapa bawa balik pukul dua tiga pagi ni?” soal si ibu kepada anak lelakinya.

Lebih mengejutkan apabila tidak semena-mena ibu kekasihnya mengaitkan situasi berkenaan dengan wang hantaran perkahwinan.


“Kalau hantaran ni, dua tiga ribu je dik,” tambah si ibu.

Berdasarkan lenggok dan nada percakapan, dapat ditafsirkan kata-kata si ibu itu merujuk kepada adab dan perilaku gadis berkenaan yang seolah-olah tidak tahu menjaga batas pergaulan.

Menurut gadis itu, dia tidak menyangka keterujaan untuk berjumpa dengan ibu kekasihnya bertukar mimpi ngeri.

“Teruja nak jumpa bakal mak mentua pertama kali, sekali macam ni jadinya. Bukan nak buka aib, cuma peringatan kepada perempuan di luar sana. Korang nilai sendiri,” katanya.

Difahamkan pada ketika itu gadis tersebut ditemani seorang rakan perempuan.

Berdasarkan rakaman di TikTok yang hingga kini meraih lebih 1.7 juta tontonan, kedengaran rakan kepada gadis tersebut cuba mencelah bagi menerangkan kepada si ibu tentang mengapa mereka masih berada di luar rumah pada waktu berkenaan.

Dalam pasa itu menerusi hantaran berasingan di Instagram, gadis itu menceritakan dengan lebih lanjut tentang insiden berkenaan.

“Aku memang jenis lepak akan bawa sahabat ke mana je aku pergi. Masa tu mak dia tiba-tiba nak lepak sekali. Sepatutnya aku dah nak gerak balik, tapi aku tetap tunggu mak dia datang.

“Sampai je mak dia, okay senyum. Tup-tup macam ni jadinya. Aku memang bukan jenis melawan sebab hormat mak dia macam aku hormat mak aku,” katanya.

Jelasnya lagi, ibu kekasihnya turut mempersoalkan sama ada dia sering keluar bersama anaknya.

“Sebab mak dia dapat kesan anak dia selalu balik lewat sampai pukul dua, empat pagi dan mungkin disebabkan melepak dengan aku,” ujarnya.

Susulan itu, dia tampil menjelaskan bahawa dia bukan perempuan murahan.

“Ingat aku perempuan murah ke? Aku bukan jenis melepak tak tentu hala. Kalau aku lepak pun memang urusan kerja je,” tegasnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berpandangan bahawa awal pagi bukan waktu yang sesuai untuk berjumpa bakal ibu mentua, apatah lagi untuk mendapatkan tanggapan pertama (first impression) yang baik.

“Pukul dua, tiga pagi jumpa bakal mak mentua memang red flag la.

“Sekarang ni BF dia salah timing bawa pergi jumpa dua, tiga pagi. Macam tak ada hari esok.

“Pengajarannya nak jumpa bakal mentua, jangan pagi-pagi buta kecuali kecemasan. Nanti jadilah macam sis ni.

“Mak BF pun red flag sebab jenis cakap lepas. Jika awak jadi kahwin, saya pasti awak banyak isu dengan mak dia nanti,” demikian antara komen netizen.

Dihujani kritikan ramai, gadis itu kemudian mengakui dan menyedari kesilapannya sambil menambah enggan menyalahkan kekasihnya kerana tidak menyebelahinya ketika itu.

“Ye salah saya... dia sayang sangat dengan mak dia,” ujarnya ringkas. -CARI

Sumbr: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 29-11-2023 09:36 AM
malas nak komen
macik tu, budak ni dgn pakwe dia helok dilagakan kepala sekali
Quote prettyuglybabe 29-11-2023 10:15 AM
selayaknya la kena bahasa dengan bakal mertua..
pukul 2 3 pagi dok kat luar lagi..
and patutnya kau lawan dan tu jugak..
bahasakan anak dia sekali jangan dok tengok anak orang je..
Quote A-Are 29-11-2023 11:54 AM
patut jawab xpayah risau pasal hantaran makcik, saya pon x ingin kawen dgn anak makcik, sambil libas selendang ke muka makcik tersbut...
Quote myakayina 29-11-2023 01:17 PM
anak ko pun bebal makcik, mcm takde timing yg sesuai nak bawak jumpa kan, elok sangat perangai anak jantan ko kan?
Quote KamikuP 29-11-2023 03:27 PM
Mak mertua red flag ni bole la angkat kaki cyst
Quote swateng1 29-11-2023 04:27 PM
makcik pun pkl 2 3 pagi sebok nak jmpa gf anak. makcik pun macam bosia laa camtuhh
Quote DianaSaksen 29-11-2023 11:47 PM
Mak mertua Dari nerakazen ke ni
Quote isseliparjepun 30-11-2023 11:25 AM
Edited by isseliparjepun at 30-11-2023 11:28 AM

Yang budak perempuan tu obviously melepak sampai 2 3 4 pagi, bukan sekali dua. Dengan budak laki tu pun sama naik 2x5, sekufu la tu. Lepak 2 3 4 pagi bincang pasal kerja ke dek? Tunggu dah kahwin (walaupun bukan dengan pasangan yang sama), suami kamu balik 2 3 4 pagi, you loose your chill or not. Same goes to the boy, boleh chill tak tengok isteri balik rumah jam 3 4 pagi?

Belum kawen bole la sembang.
Quote seri_mawr 30-11-2023 11:34 AM
jumpa bakal MIL 2,3 pagi mmg dah x kena...

tp mulut bakal MIL tu boleh tahan...cari MIL baru jek la...
bersepah lagi lelaki lain....

BF dia pun xde defend GFnya...esok2 dah kawen....apa mak ckp semua iyakan aje..hujung2 wife makan hati....

Quote cranell 30-11-2023 11:43 AM
elok la mak tu bebel, bebel sekali dengan anak dia. keluar 2-3 pagi bawak anak perempuan orang. tang adab pompuan tu, boleh la dia sound. anak dia nape tak sound sekali?
Quote hayati_hassan 1-12-2023 12:32 PM
bakal MIL keja 2nd shift ka ?
lewat pagi baru ada masa nk jumpa bakal menantu
kalu aku pun skeptical pompuan ada kat luar awal pagi wpon dgn anak sdri
Quote capwayang 1-12-2023 01:33 PM
..of course la iols sebagai bakal ibu mertua kibar red flag cos uols datang dan telah ganggu schedule iols dengan bakal bapa mertua uols tunaikan nafkah batin weols pada hari kejadian tersebut..
Quote kucingitam 1-12-2023 01:50 PM
kau blah je dik..belum kawin pun mak mertua dah bnyk bunyik..sok dah kawin ko silap sikit mesti berguni dia mengata ko..
Quote Zack8hunter 3-12-2023 07:08 AM
helok la tu, budak pompuan tu, bf dia, makcik tu boleh lepak mapler sampai subuh tiap2 hari..dah sekufu la tu
Quote mawardia 31-12-2023 12:04 AM
Erkkk. Toxic gila mak bf anon ni.
Aku first time jumpa MIL pun around 1AM masa tu baru balik dating. (Nengok wayang ler apa lagi) Husband (masa tu boipren) cakap mak nak jmpa la. Jom singgah. I ols ikut je la. Sampai je rumah, tgk mak dia kat dapur tgh buat air. Siap peluk cium I ols lg. Siap kejut anak2 yg lain, adik2 teruja bakal kak ipar singgah kejap. Helok je hantaran aku tak berkurang malah ditambah lagi 1k.
Quote anony-mous 7-1-2024 04:43 AM
Awat nk slhkan mak laki tu? Yg salah kat sini jantan hauk tu. bodo piang x suruh awek dia balik dlu. Jantan bodoh mcm ni elakkan buat laki.

I dah penah kena. Bkn pg2, mak dia balik keje, jemput mak bawa aku. Tlg la, 1st impression ko kena inform dlu mak / bapak. Bkn main terjah mcm ni. Kesimpulannya aku bsyukur xkahwin dgn jantan tu
Quote green~tea 8-1-2024 09:18 PM
Aku laki bini keje jugak dek.. tp takde laa lepak luar buat keje 2-3 pagi
Quote ezacbee 9-1-2024 03:52 PM
swateng1 replied at 29-11-2023 04:27 PM
makcik pun pkl 2 3 pagi sebok nak jmpa gf anak. makcik pun macam bosia laa camtuhh

Makcik ni ada penyakit insomnia kot. Takpun baru lepas bertahajud. Bersangka baik.



Paling2 ko cabut lari jelah. Xpayah kawen dgn family camni.

Quote marchikobonzo 23-1-2024 03:09 PM
Angkat kaki je la dik..kemain dia sound kau, anak dia yang melepak sama ngan kau tak pa pulak..ni belum pape dia dah perli2..kau tunggu lepas kawin, lagi seguni dia hamput kau

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-2-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.052644 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top