CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Pelajar Pondan Cemburu Dengan Kawan Perempuan Bercinta Dengan Cikgu Kacak

28-11-2023 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4629| Komen: 14

Description: Seorang lelaki sentiasa merasakan dirinya berbeza dengan rakan-rakan lelaki yang lain sejak berada di bangku sekolah.
Seorang lelaki sentiasa merasakan dirinya berbeza dengan rakan-rakan lelaki yang lain sejak berada di bangku sekolah.

Dia tak suka bermain bola sepak dan melakukan aktiviti sukan tetapi lebih gemar bermain batu seremban atau congkak bersama murid perempuan.


Dengan perwatakan lembut, Syafiq (bukan nama sebenar) sering diejek oleh segelintir pelajar lelaki sebagai ‘pondan’ dan gelaran yang seangkatan dengannya.


Gambar Hiasan

Disebabkan sering dibuli, dia kemudian telah berpindah ke sekolah lain di kampung halamannya di Baling, Kedah.

“Di sekolah baharu, saya tidak banyak bergaul dan lebih memilih menyendiri untuk menutup perwatakan lembut bagi mengelak daripada dibuli.

“Saya juga menjadi seorang yang pendiam dan lebih gemar menghabiskan masa di perpustakaan setiap kali waktu rehat atau sementara menunggu Kelas Agama Fardu Ain (KAFA),” katanya kepada Panorama.


Tambahnya, walaupun kurang bergaul, Syafiq masih mempunyai dua kawan rapat iaitu Tina dan Mira (bukan nama sebenar) yang juga merupakan jiran di rumah nenek tempat dia tinggal.

Kongsinya lagi, walaupun mereka rapat, pernah terjadi suatu ‘rahsia’ yang Syafiq simpan sehingga hari ini.

Insiden ini berlaku antara dia dan Mira sewaktu mereka di sekolah menengah yang sama, manakala Tina telah berpindah ke sekolah berasrama penuh.

Ketika itu, mereka di tingkatan lima dan ada seorang guru lelaki baharu yang mengajar pendidikan seni berpindah di sekolah.

Kata Syafiq, guru tersebut masih muda dan mempunyai rupa paras yang kacak, membuatkan Mira jatuh hati pada dirinya.

“Mira sentiasa memuja cikgu tersebut, tambahan pula dia mengajar kami subjek pendidikan seni yang kami ambil untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Namun begitu, apa yang Mira tidak tahu, dalam diam, saya juga menaruh hati pada guru tersebut walaupun hal itu salah di sisi agama,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dia jatuh hati pada guru berkenaan kerana sikapnya yang ramah dan sentiasa prihatin terhadap murid-murid.

Malah, sewaktu rehat atau selepas sekolah, guru tersebut sering menyapa mereka dan pernah menawarkan dia dan Mira untuk pulang dari sekolah bersama-sama.

Syafiq juga sentiasa mencari peluang untuk akrab dengan guru tersebut dan sentiasa melibatkan Mira supaya tidak timbul syak wasangka.

Keakraban antara dia, Mira dan guru tersebut juga terjalin dan mereka turut meluangkan masa di luar waktu sekolah.

Namun begitu, suatu perkara yang tidak diduga Syafiq berlaku apabila Mira memberitahunya bahawa dia dan cikgu tersebut sedang bercinta.

“Saya terkejut mendengarkan hal itu dan cuba bersikap tenang dengan bertanya bagaimana ia boleh berlaku.

“Mira bercerita bahawa dia dan cikgu berkenaan sering keluar bersama tanpa Syafiq dan lama-kelamaan keakraban itu bertukar menjadi perasaan cinta,” kongsinya.

Api cemburu menyala dalam diri Syafiq, dia dalam diam tidak menyukai hubungan tersebut dan merasakan bahawa dia yang selayaknya berada di tempat Mira.

Perasaan tersebut semakin membara apabila Syafiq turut diajak menjadi peneman Mira ketika keluar bersama guru tersebut, malah lebih meluat ketika melihat kemesraan mereka bersama.

Hingga pada suatu hari, perasaan cemburu tidak dapat dibendung, Syafiq bertindak melaporkan perkara tersebut melalui surat layang kepada pengetua sekolah.

“Saya kumpulkan bukti dengan merakam gambar semasa mengikut mereka berduaan di pekan secara rahsia.

“Kemudian, saya tulis satu surat dan mengepilkan gambar berkenaan sebelum mengeposnya ke sekolah,” ceritanya.

Surat layang itu mencetuskan berita tergempar di sekolah yang menyebabkan Mira dan guru berkenaan dipanggil oleh pengetua.

Berita itu turut tersebar dalam kalangan guru-guru yang mengetahui hal berkenaan daripada kerani sekolah yang membaca surat tersebut.

Susulan kejadian itu, guru berkenaan telah dipindahkan ke sekolah lain, manakala Mira turut dipindahkan oleh ibu bapanya ke sekolah asrama.

Syafiq mengakui bahawa awalnya dia berasa puas dengan apa yang berlaku, namun selepas ketiadaan Mira dia mula berasa sunyi dan tidak lagi mempunyai kawan.

Sehingga hari ini, dia tidak pernah lagi berjumpa Mira, malah jika ada peluang bertemu dia tidak tahu bagaimana untuk menceritakan tentang hal tersebut kepadanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 28-11-2023 12:26 PM
ko pondaan yg jahat yaa.. sgt nonok
Quote ketambangkang 28-11-2023 12:30 PM
puas ku tenung menatang apa pelaar..pelajar rupanya
Quote mamajawie 28-11-2023 12:53 PM
bodoh pondan jahat..cikgu tu pun x terliur tengok nonok jelly cam ko..yihhhhh
Quote Sazreena 28-11-2023 01:25 PM
Aku ingat dia nak tikam cikgu tu or member dia...paling tak hantar santau..hahaha...pengaruh misteri nusantara tul..
Quote DayangKirana 28-11-2023 01:45 PM
Kosmo? dah jatuh level Mastika ni..
artikel sampah, entah iyer entah tidak..
Quote Jitu 28-11-2023 03:18 PM
geli la citer2 gay ni

minat ye wartawan cari citer2 mcm ni
Quote annehuda 28-11-2023 04:33 PM
cikgu pedofil. grooming anak murid kekdahnye.  aku rs dlm citer ni cikgu tu lg hina sebab dia pedo
Quote electricopop 29-11-2023 03:31 PM
Jahat nye pondan. Ko tak ori nokkk sebab tu cikgu tu x nak. Yang penting gambar Sajat sebagai 'gambar hiasan'. Siot je hahahaha.
Quote hasniey 29-11-2023 04:03 PM
Pondan jeles.cikgu pedo.
Mmg sesuai.nasib baik mira selamat.kalau tak ada la nnt cikgu ku suami ku..

Quote prince_marhaen 4-12-2023 11:07 AM
"Bab1!!! Kau memang Bab1!!! Kau pondan ters!al!!! Kau Puk!mak! berambus kauuu..berambusssssssssssss!!!!!" , jerit Mira bila Syafiq beritahu hal sebenar masa reunion sekolah.

Hahahaha!


Quote Supersirap 8-12-2023 12:23 PM
Pondan pun manusia juga ada perasaan dan nafsu serakah
Quote kakigojes 26-12-2023 12:31 PM
Weh, ni ke asbab kejadian Mira and Syafiq belakang sikit?
Quote Kipaskiok 26-1-2024 11:46 PM
motiffff???
Quote Kipaskiok 26-1-2024 11:47 PM
apa ke benda semua ni???

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-2-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.051552 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top