CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Bapa Baby Syifa Didakwa 'Sapu' Duit Sumbangan Awam

23-11-2023 11:17 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5092| Komen: 33

Description: Pemilik nama Yuseri Yusoff mula mendapat perhatian ramai dalam usahanya menuntut keadilan di atas kematian anaknya, Baby Syifa yang didakwa meninggal dunia akibat penganiayaan ketika berada di sebuah ...
Pemilik nama Yuseri Yusoff mula mendapat perhatian ramai dalam usahanya menuntut keadilan di atas kematian anaknya, Baby Syifa yang didakwa meninggal dunia akibat penganiayaan ketika berada di sebuah pusat asuhan.


Yuseri juga telah menubuhkan sebuah persatuan yang diberi nama YY Community Centre yang membantu kes penganiayaan dan membantu mengutip dana bagi mereka yang memerlukan.


Bagaimanapun, tular pula dakwaan seorang aktivis dikenali sebagai Mr Wan Cai yang kononnya Yuseri menyeleweng sumbangan awam untuk keluarga Dea Maisarah.

Menerusi perkongsian di Facebook, kata Mr Wan Cai, keluarga Dea Maisarah hanya menerima RM5,000 sedangkan jumlah kutipan sumbangan yang terkumpul adalah RM53,065.

Loading FB Post...


Malahan, Yuseri juga didakwa terus bersembunyi di pejabatnya dan membisu tanpa memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara tersebut.

Tidak hanya Mr Wan Cai, seorang peguam yang dikenali sebagai Fira Fahmi turut mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Yuseri.

Loading FB Post...

Katanya, ada individu yang menghantar mesej kepadanya dan mendakwa Yuseri hanya memberikan bantuan awam kepada mereka sebanyak RM6,700 sedangkan duit sumbangan yang dikumpul hampir RM18,000.



Sumber: Beautifulnara



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote IzzahF 23-11-2023 11:20 AM
ni yg ada dia kena jerut kat taska tu ke?
Quote BoongaKertas 23-11-2023 12:33 PM
alahai, ko jd gelap mata pulak ke nampak duit berkepuk bang oi? kesian org yg dah derma tu
Quote Sazreena 23-11-2023 12:45 PM
Berani tul org nijam makan duit haram..kenyang jap je kat dunia..
Quote kucingitam 23-11-2023 02:06 PM
dr awal org up2 pasal dia pun aku dah tak berkenan..tapi kita tgk je dulu..rupanya..hmmm...
Quote yuhuu 23-11-2023 09:32 PM
Masa dia tukar loyer kes anak dia tu pun memang dah ada bau ikan khen. Rupanya loyer pun dia tak bayar. Yang kes guru kafa tu pun sampai la ni tak settle. Tu tak lagi kes dia konon nak saman pengetua tu dan duit2 derma yang memacam dikutipnya lagi.

Quote None68 24-11-2023 11:12 AM
Baru2 dah kantoi..buatlah cam Aman Palestin tu baru puashati
Quote orkid_amani 24-11-2023 10:18 PM
None68 replied at 24-11-2023 11:12 AM
Baru2 dah kantoi..buatlah cam Aman Palestin tu baru puashati

Xbaru jugak yuu..masa pkp tuhari..2021 kot start kelepek sempat la kumpul banyak aset.. superbike ja berapa bijik..kereta lagi..org kata beli cash. Rolling donation masuk forex.yg main forex ni xsure laa betul ka dak tapi ada baca kat fb.
Quote orkid_amani 24-11-2023 10:20 PM
yuhuu replied at 23-11-2023 09:32 PM
Masa dia tukar loyer kes anak dia tu pun memang dah ada bau ikan khen. Rupanya loyer pun dia tak bay ...

Aii rasa bau ikan masa dia buat donation utk bawak kes ank dia ke court..ingatkan dia nak moral support rupanya nk financial support..court kes ank dia 100% guna duit donation dari lembu2 kat telegram. W/pun tag line dia jgn jadi lembu
Quote _kelly 24-11-2023 11:14 PM
antivaksin kelepet antivaksin

provaks duk tepi makan popcorn
Quote None68 25-11-2023 05:53 AM
orkid_amani replied at 24-11-2023 10:18 PM
Xbaru jugak yuu..masa pkp tuhari..2021 kot start kelepek sempat la kumpul banyak aset.. superbike  ...

Oh kisahnya..
Quote Binodino 25-11-2023 11:08 AM
Oh ada rupanya thread gangster katik bau budu merangkap scammer terpaling jadi sasaran preemasin ni.

Bongkar lagi pasal si katik ni. SPRM, polis taknak siasat ke kes si katik ni? Si katik bau budu ni bukan main lagi kutuk polis, KKM tu semua. Patut tangkap je bawah akta hasutan masa dia mendonia kat tele sebar dakyah antivaksin dia tu. Ini semua kecut dengan si katik ni, naik kepala la dia. Jangan tetiba dia ikut jejak langkah jho low dah la
Quote LadyCarefree 25-11-2023 06:25 PM
Orangramai pon mudah sgt nk derma konon tu beli saham akhirat. Org kutip menipu katanya dia punya hal dgn Allah. Bab dia dah derma tetap dpt pahala.
Quote jazaa100 25-11-2023 07:10 PM
None68 replied at 24-11-2023 11:12 AM
Baru2 dah kantoi..buatlah cam Aman Palestin tu baru puashati

Kannn....

Dah dpt ratus² ribu atau juta,  kantoi baru berbaloi.....ni setakat rm50k....nama tercalar
Quote _blackbird 26-11-2023 11:13 AM
sendu nya benang ni. selalu acik2 porum suka berita2 panas mcm ni. tapi cerita yy ni mcm kurang sambutan. tapi ku paham, penyokong si yy ni kan majoriti anti bekk. opkos malu skang ropernya selama ni diri sendiri yg jadi lembu2 kena jadi lauk yy
Quote sranua 26-11-2023 11:57 AM
Bila nak tengok scammer ni pakai baju oren, tangan bergari kat belakang..baru puas hati.
Quote yuhuu 26-11-2023 02:14 PM
Binodino replied at 25-11-2023 11:08 AM
Oh ada rupanya thread gangster katik bau budu merangkap scammer terpaling jadi sasaran preemasin ni. ...

Dah lama ada dino. Ada forumer dah dengar gosip ni dari open house umno tahun lepas lagi. Memang patut heols ke dalam. Dari zaman cyber trooper dulu, habih duit kengkawan sesama trooper dirembatnya. Boss kasi 100k, dia buh mai kasi orang lain serat dua jaa. Baki di bedal sorang. Kaki bedal duit dari azali heols ni.

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5036741&mobile=2#pid151046762
Quote fortiori13 26-11-2023 02:19 PM
Pasal duit, ramai yg gelap mata
Quote fortiori13 26-11-2023 02:21 PM
yuhuu replied at 23-11-2023 01:32 PM
Masa dia tukar loyer kes anak dia tu pun memang dah ada bau ikan khen. Rupanya loyer pun dia tak bay ...

Masa kes anak dia tu ramai ke orang derma kat dia? Kalau ramai, patut boleh je bayar loyer sume.
Quote yuhuu 26-11-2023 08:19 PM
fortiori13 replied at 26-11-2023 02:21 PM
Masa kes anak dia tu ramai ke orang derma kat dia? Kalau ramai, patut boleh je bayar loyer sume.

Ini senarai yang ahkak Zurianty dah listkan kalau ikut kutipan depa di telegram.

Semakan Kehakiman Guru - Rm 40,000
Semakan Kehakiman UM - Rm 30,000
Lab Report - Rm 25000 ( Scam)
Kutipan Adik Aina Najwa - RM 90,000
Semakan Kehakiman Guru Kafa - Rm 37,000
Sumbangan Pendaftaran MEM - Rm2500 ( tapi tak daftar sampai ke sudah)
Kutipan Saman Aisya - Rm 82,000
Kutipan Kes Adik Dea Maisarah - Rm53K ++

Ni semua kalau totalkan pun dia dah rembat RM 359,500. Itu tak termasuk lagi kutipan infaq yang heols buat di telegram:
- Infak YYCC center
- Infak Tahfiz
- Infak Banjir

Heols buat membership jugak woiii.. tak tau berapa banyak antubakso yang register. Itu heols charge RM 365 setahun/member ????

Peguam heols yang Amin tu kata, dia pakai jam RM 132K  lagi. Pakai jam mahei tapi  heols masih mengelat bayar si Amin tu hutang dia 15k.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-2-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.065660 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top