CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Anak Makcik Kemboja Nafi Cabar Netizen, Dakwa Video Disunting, Sebenarnya Untuk Bekas Pekerja

22-11-2023 09:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 129| Komen: 0

Description: Seorang pemuda yang mengaku dirinya anak kepada 'makcik Kemboja' tampil menafikan tuduhan dia memberi amaran dan mencabar netizen ekoran kenyataan ibunya yang melabelkan orang Melayu pemalas.Menerusi ...
Seorang pemuda yang mengaku dirinya anak kepada 'makcik Kemboja' tampil menafikan tuduhan dia memberi amaran dan mencabar netizen ekoran kenyataan ibunya yang melabelkan orang Melayu pemalas.

Menerusi laman X, pemuda yang dikenali sebagai Ezuan itu menjelaskan bahawa videonya telah diubah dan disunting oleh seorang individu sehingga menimbulkan provokasi terhadap orang ramai.


"Semalam, sekitar jam 2.30 petang, saya telah 'men-stitch' satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings.

"Beliau telah memuat naik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata bahawa dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah.

"Individu tersebut juga telah memaki hamun saya, dan juga ibu saya dalam konten tersebut," tulisnya.

Bersama posting penjelasan itu, dia turut memuat naik video asal dan video yang didakwa sudah disunting menerusi bebenang di laman sosial berkenaan.


Menurut Ezuan, video asal yang dibuat olehnya ditujukan khusus buat individu berkenaan yang mana nama penuhnya turut dikongsi.

"Namun, individu tersebut telah mengubah konten tersebut, mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja di mana saya sebut saya cabar, menyalak macam anjing dan sebagainya, seolah-olah saya mencabar netizen.

"Mana dan di mana dalam video original yang dimuat naik oleh saya, saya ada sebut 'cabar netizen atau cabar korang semua' atau mana-mana individu atau pihak?

"Sedangkan saya cabar dia... spesifik, siap ada nama penuh dia sekali," jelasnya.

Tambah pemuda berkenaan, penjelasan ini dibuat susulan dia menerima banyak ugutan sekali gus bimbang keselamatannya terjejas.

"Segala spekulasi terhadap saya adalah fitnah. Dan dengan nama Allah, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya," tulisnya lagi.

Terdahulu, tular video seorang peniaga wanita dikenali sebagai Madame Mariyah atau 'makcik Kemboja' yang menyatakan orang Melayu mempuyai sikap pemalas.

Susulan itu, Mariyah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dia menerima kecaman hebat daripada netizen.

Pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor itu juga membuat permohonan maaf dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung isu menghina Melayu.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.130909 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top