CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Budak Naik 'Slide' Tak Guna Tangga Hampir Terpijak Kepala Kanak-Kanak Lain

22-11-2023 09:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6360| Komen: 11

Description: Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila kepala anaknya hampir dipijak kanak-kanak lain ketika berada di gelongsor kolam renang.Menerusi rakaman yang dimuatnaik, kelihatan anaknya sedang menggunaka ...
Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila kepala anaknya hampir dipijak kanak-kanak lain ketika berada di gelongsor kolam renang.

Menerusi rakaman yang dimuatnaik, kelihatan anaknya sedang menggunakan gelongsor kolam renang. Keterujaan anaknya itu bagaimanapun nyaris bertukar tragedi ketika sedang meluncur ke kolam.



Manakan tidak, seorang kanak-kanak lelaki secara tiba-tiba naik ke gelongsor dari bawah dan kelihatan seperti hampir terpijak kepala anaknya yang sedang menuruni gelongsor.

Berdasarkan rakaman gerak perlahan, jelas kelihatan kaki kanak-kanak lelaki yang memanjat gelongsor dari arah kolam renang hampir terpijak kepala anaknya.

Menurut wanita itu, dia membuat perkongsian video tersebut sebagai peringatan kepada ibu bapa supaya bersikap lebih peka dan prihatin mengenai pergerakan anak-anak mereka.


"Dah tahu anak tu mandi tak reti ikut peraturan kolam renang, awasi la anak tu ye ibu-ibu. Ada tangga untuk naik gelongsor.

"Saya dah beritahu banyak kali, ikut tangga yang disediakan. Budak-budak kecil semua boleh ikut tangga," katanya.

Tegasnya, pengawasan perlu dititikberatkan terutama kepada anak-anak yang agresif dan aktif kerana ia boleh memberi risiko kepada orang lain.

"Tak faham bahasa jadi macam ini la. Kalau jatuh atas kepala anak saya? Terkehel, patah? Siapa nak tanggung?" katanya dengan nada kesal.

Wanita itu bagaimanapun tidak menjelaskan keadaan anaknya selepas kejadian tersebut.

"Anak saya tak menangis sebab dia tahu siapa yang betul, siapa salah," katanya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah resort di, Pahang.

"Kasihan anak kita. Dah suruh minta maaf pun dia (budak) tu jeling kita. Dah cakap 10 kali, famili dia tak ada (di situ). Memang jenis tak faham bahasa," sambung wanita itu di ruangan komen.

Sementara itu, rata-rata netizen turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku dan kesal dengan sikap ibu bapa yang tidak mengawasi anak-anak mereka.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 23-11-2023 08:58 AM
mAk bapak jenis rempit anak pun jadi camtu - gitu
Quote ketambangkang 23-11-2023 09:13 AM
hmm biase la tu..mak bapak dia ade je tu tepi kolam...bpk tgh main pubg, mak tgh main pesbuk
Quote LadyCarefree 28-11-2023 10:59 PM
eewww dengan parents gini xreti didik anak. Kesian mak2 b40 yg terpaksa hadap crowd mcm ni bila bercuti.
Quote aTiKah_aYuNi 29-11-2023 04:26 PM
fuh...aku kalau anak tgh main outdoor playground, mmg aku jaga ketat2 tang slide...budak mana yg panjat guna slide, mmg aku terus tegur...
Quote Zeatyisaac 3-12-2023 07:19 PM
aTiKah_aYuNi replied at 29-11-2023 04:26 PM
fuh...aku kalau anak tgh main outdoor playground, mmg aku jaga ketat2 tang slide...budak mana yg pan ...

Samalah, I siap berdiri kat situ dan marah sesiapa yang langgar peraturan, sampai ada yang tegur, life guard ke? I'm a life guard to my children, yours are not my concern. You messed with my children, you're messing with this life guard.
Quote Supersirap 8-12-2023 01:03 PM
Diminta semua iba bapa peka akan perkara ini
Quote qemon 10-12-2023 01:37 AM
Kat playground - outdoor & indoor pun sama. Yg jenis mcmni buat kat anak2 aku, memang aku tarik je ke tepi. Setakat aku buat, tak pernah muncul ye mak bapak budak, tak tau la tak pandang ke atau takde nearby. Geram je
Quote dio5774 11-12-2023 09:13 AM
Selalu je aku jumpa budak musibat macam ni.mak pak bukan tak ada tengok je senyum2 macam nak tak buat salah.bodo punya makpak
Quote faraway1 25-12-2023 05:10 AM
Kata aje kuat kuat anak sapa ni..
Quote mawardia 28-12-2023 09:02 AM
Anak I ol yg autistic tu pun reti cara bermain kat public swimming pool. Aritu kat water theme park i ol sound sorang budak ni. Dia buat mcm ni lah. Naik slide dari depan. Covered slide lak tu. Kalau bertembung kan naya. Pastu I ols marah lah. Terus cembeng. Ah ada aku kesah. Mak kau pun tak kesah kan kau.
Quote green~tea 29-12-2023 09:38 PM
Aku mmg perati anak aku & anak2 sedara mandi pool..

Pernah sekali anak aku kena buli dgn anak customer kitorg.. budak celaka tu tekan kepala anak aku dalam air.. aku jerit kat budak tu sambil amek anak aku tengah nangis.. pastu mak dia datang konon nak datang perati apa jadi la


Aku jeling mak gedempol 120 kg mcm nak telan dia.. celaka punya mak.. bukan stakat tak pandai jaga anak.. badan dia pun tak pandai jaga..

Aku hampir nak maki je babi gedempol tu.. halau depa keluar dari resort weols.. tp aku pikir takmo kena viral je..

Elok mampus celaka tu kena heart attack..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049867 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top