CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Penduduk Penang Tak Senang 'Orang Luar' Sibuk Nak Minum Air Ikat Tepi Dalam Mangkuk

22-11-2023 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5757| Komen: 39

Description: Dah macam trend, pelanggan di kebanyakan restoran di Lembah Klang gemar minta air dibungkus ikat tepi dan kemudian bungkusan tersebut diletakkan di dalam mangkuk.Bagaimanapun seorang pelanggan berkong ...
Dah macam trend, pelanggan di kebanyakan restoran di Lembah Klang  gemar minta air dibungkus ikat tepi dan kemudian bungkusan tersebut diletakkan di dalam mangkuk.

Bagaimanapun seorang pelanggan berkongsi luahan apabila konsep tersebut tidak diamalkan di restoran di Pulau Pinang terutama yang menyajikan hidangan popular nasi kandar.



Gambar Hiasan

"Kedai mamak kat Pulau Pinang ni memang tak tahu atau tak buat air bungkus letak dalam mangkuk atau kole?

"Daripada hari tu aku cuba minta. Semua kedai tak tahu ni. Kami orang Selangor dan Kuala Lumpur memang dah biasa stail mangkuk," tulisnya menerusi grup Facebook.

Luahannya mendapat pelbagai reaksi terutama mereka yang berasal dan menetap di Pulau Pinang, dengan menjelaskan konsep 'air dalam mangkuk' bukan amalan di negeri itu.

"Orang Pulau Pinang memang tak minum dalam mangkuk bang, kami pergi kedai minum dalam gelas," tulisnya yang berkongsi semula tangkap layar hantaran pelanggan berkenaan.


Di ruangan komen, rata-rata memberikan pandangan bahawa peniaga di Pulau Pinang mempunyai alasan tersendiri dengan mengekalkan penggunaan gelas.

Malah, ada yang menasihatkan pelanggan berkenaan supaya menghormati cara pengusaha restoran di negeri-negeri masing.

"Masuk tempat orang kena ikut cara mereka la. Lain tempat lain cara bang.

"Ni bukan Kuala Lumpur bang, ni Pulau Pinang.

"Orang Pulau Pinang minum air guna gelas. Mangkuk ni kami buat nak makan laksa ke bihun sup ke," demikian antara komen netizen.

Pada masa sama, ada yang turut berpihak kepada pelanggan yang membuat rungutan tersebut dengan menjelaskan terdapat sebab 'air dalam mangkuk' diperkenalkan.

"Minum dalam gelas sikit, minum dalam mangkuk puas sebab banyak.

"Pulau Pinang ni lambat sikit trend masuk. Mangkuk ni senang kalau nak minum. Tak risau masuk lalat ke apa.

"Memang dah biasa kat Kuala Lumpur dan Selangor macam tu," komen netizen lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 22-11-2023 04:18 PM
Iols suka dalam cawan
Entah le..iols kolot kot..
Ada Satu Foodcourt Ni..kalau order air AIS mmg dia bg air ikat tepi MCM Ni..senang charge rm3 kannn
Quote ifanonline 22-11-2023 04:29 PM
minuman dlm mangkuk ni dpt air lebih skit...tapi takde ape pun sebenarnya...mamak patut ada gelas besar dan kecil...minum dlm mangkuk ni mcm nak bagi makanan kat anjing pun ada
Quote I.K.A888990 22-11-2023 04:35 PM
gadoh la kome
ikat tepi dlm gelas ke mangkok ke yg terpaling hanat sekali mamak pergi letak byk ais
Quote tripleid 22-11-2023 04:45 PM
Minum ikat tepi dlm mangkuk lagi nikmat..dan lebih bersih
Quote talapia 22-11-2023 04:51 PM
suka order mangkuk.. tak habis leh bawak balik..
Quote ninja boy 22-11-2023 09:12 PM
Gitu sebenarnya x abis boleh bawak balik
Quote Tinot7 22-11-2023 11:49 PM
Baru tau ni trend KL
Quote edayildiz 22-11-2023 11:56 PM
i suka air ikat tepi gini sbb kt klntn masa i kecik xjmpa pulak ikt tepi mcmni..dorg ikat pakai rubber band jah..
mcm kafe kt ofis pun dorg sediakn bowl mcmni utk letak air ikt tepi tu.
Quote JunkMail 23-11-2023 12:16 AM
Aku ingat takleh minum pakai straw plastik dah??

Bab buat sampah memang champion kan..
Quote Cyempaka 23-11-2023 12:16 AM
Macam tu pun jadi masalah ke.. org buat mcm ni sbb nak angkat bawak blk. Caj lebih sikit pun org xkisah. Bkn trend ke apa ke..
Pasal minum air pun jd isu kat Msia ni.. byk masa sgt agaknya
Quote nolya 23-11-2023 01:32 AM
Aku rasa order miuman ikat tepi taruk dlm mangkok tu bukan apa sagat. Selain ianya banyak, mudah juga bila tak habis boleh bawa balek. Air dlm plastik tu taruk dlm mangkuk sebenarnya untuk mengelakkan plastik terlendeh kemudian tumpah. So mangkuk tu sekadar penyanggar je. Bukan pun nak cipta satu trend air dlm mangkok.
Bagus ape.  Plastik kosong, buag aje le ke tong sampah, sementara mangkok pun tak kotor, bilas2 ringan pun dah ok.
Quote bottombikini 23-11-2023 07:32 AM
Edited by bottombikini at 23-11-2023 07:34 AM

kan ke jimat sabun basuh korang
haiya itu pun mau gado ka
yg org penang pun menjawap mcm terpaling penang sangattt
yg brader ni pun semua nak viral
semua nak kena ikut tekak dia

Quote ultra78 23-11-2023 07:42 AM
Buat la mcm ni...


Quote ultra78 23-11-2023 07:45 AM
Air ikat tepi dalam mangkuk ni banyak ais aje..
Quote spankee_fili 23-11-2023 07:52 AM
Dia konsepnya nak dine-in pakai gelas, nak take away pakai plastik..
Kalau dah kedai sini tak serve gituh, kenapa nak dipaksa2 orang ikut cara korang
Ada tempat dah takleh pakai polistren putih, tapi ada tempat hat still pakai, ikut masing2 la
Kira terpaling Key Ell ke minum air bungkus dalam mangkuk ni?
Quote mdhelmi 23-11-2023 09:07 AM
masalah apa ni
tak dapat mangkuk mintakla mangkuk
tak pun amik sendiri mangkuk kat mana2 dlm kedai tu
Quote wadiunong 23-11-2023 09:12 AM
iols makan kat mamak sangat jarang order air. kt rumah baru minum
Quote apech 23-11-2023 09:39 AM
Cyempaka replied at 23-11-2023 12:16 AM
Macam tu pun jadi masalah ke.. org buat mcm ni sbb nak angkat bawak blk. Caj lebih sikit pun org xki ...

bila caj lebih, spesis ni juga yg melalak dkt sosmed pertikaikan harga bungkus dan minum.
Quote MissVixen 23-11-2023 09:46 AM
Ubuh dalam mangkuk ni, lagi banyak kuantiti air manis, lagi cepat dapat kencing manis. Tak habis, sambung lagi minum manis dekat rumah.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.191391 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top