CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Bas Tiba Lewat Ke Destinasi, Pemandu Wanita Dan Pembantu Buat Aksi Tak Senonoh Cium-Cium Pipi

14-11-2023 10:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2179| Komen: 8

Description: Menerusi klip video tular, salah seorang pekerja syarikat bas ekspres yang duduk dekat dengan gear dilihat mencium pemandu bas utama yang merupakan seorang wanita.‘Aksi’ staf lelaki itu yang berkali ...
Menerusi klip video tular, salah seorang pekerja syarikat bas ekspres yang duduk dekat dengan gear dilihat mencium pemandu bas utama yang merupakan seorang wanita.

‘Aksi’ staf lelaki itu yang berkali-kali mencium pipi pemandu wanita berkenaan mengundang perasaan tidak senang para penumpang.



Ketika itu bas yang dikendalikan sedang bergerak dan dalam perjalanan menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur selepas mengambil penumpang di Terminal Bas Larkin.

Menurut kapsyen pemilik video itu, bas tersebut dijadualkan bertolak pada pukul 3 petang, Isnin tetapi tiba lambat di stesen.

"Larkin ke TBS, bas 3 petang! Dah delayed, pukul 6 petang bas baru sampai... tak ada maklum apa-apa, alih-alih pemandu macam ni.

"Perkhidmatan teruk! Yang bawa tu perempuan," luahnya.


Menerusi klip video kedua yang turut tersebar, lelaki berkenaan juga dilihat membantunya menukar gear semasa pemandu wanita itu sedang mengendalikan bas.

"Seorang bawa bas, seorang masukkan gear... siapa bawa bas macam ni," tambahnya lagi.

Situasi itu sekali gus mengundang kecaman warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa bimbang untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Difahamkan, aksi sumbang tersebut telah mendapat perhatian pihak syarikat bas persiaran terlibat.

Malah, kedua-dua pelaku terbabit dikenakan pemotongan gaji terakhir, selain dibuang kerja serta-merta.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 15-11-2023 08:57 AM
Giler.....

Cer csi lg.....
Ni mesti laki org
Quote KamikuP 15-11-2023 09:00 AM
tU laki bini ke atau skandal? berani ye buat maksiat dlm bas
Quote gideoncross 15-11-2023 10:32 AM
Klau buat brdua duaan dlm bas msa bas tu tngh parking kat tmpt sunyi tu iol pun on tpi klau buat cmni msa bas tngh brgerak pastu dlm tu bnyk pnumpang, idok le iol nak buat
Quote prettyuglybabe 15-11-2023 03:36 PM
kesian driver..
sebab fitnah orang dua-dua hilang kerja..
Quote A-Are 16-11-2023 07:50 AM
prettyuglybabe replied at 15-11-2023 03:36 PM
kesian driver..
sebab fitnah orang dua-dua hilang kerja..

macam ada baca katanya fitnah kan
Quote anony-mous 16-11-2023 09:17 AM
Korang ni ketinggalan ke apo? Wartawan cari pon sama. Dah keluar berita kata pitenah kan.

I tgk video tu x mcm bercium pon.
Quote Mary_jane 16-11-2023 11:01 AM
Haha kelakar lah reputz cari ni.

Quote nina_z 16-11-2023 05:34 PM
Baca tadi driver perempuan tu pun dah buat report polis.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.173999 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top