CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Lori Sampah Berasap Angkara 'Power Bank'

13-11-2023 08:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2835| Komen: 1

Description: Melalui satu video tular di TikTok, kelihatan kepulan asap kecil daripada bahagian belakang sebuah lori sampah dipercayai daripada bahan buangan yang mudah terbakar."Aduh janganlah buang benda macam n ...
Melalui satu video tular di TikTok, kelihatan kepulan asap kecil daripada bahagian belakang sebuah lori sampah dipercayai daripada bahan buangan yang mudah terbakar.

"Aduh janganlah buang benda macam ni dalam sampah, bahaya boleh terbakar lori tu. Nasib baik kami perasan sebelum benda tu masuk ke dalam lori, kalau tidak habis terbakar semua.



"Cepat ambil air kita siram. Apa agaknya yang dia letak tu? Mungkin ada bara api daripada peralatan sembahyang," soal pekerja pembersihan tersebut sedikit geram.

Seorang rakannya kemudian menyimbah air ke atas timbunan sampah sebelum diperiksa dengan lebih lanjut.

"Ini macam power bank je, nampak rupa macam petak. Garing bunyi, nasib baik cepat kita sedar," ujarnya.

Pada ruangan kapsyen, pekerja pembersihan itu memberi peringatan agar orang awam tidak membuang semua sampah dengan sewenang-wenangnya.


"Semoga jadi peringatan kepada semua supaya lebih berhati-hati.

"Asingkan barang-barang yang tak sepatutnya," kata pekerja pembersihan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata peralatan elektronik seperti bateri perlu diasingkan untuk dikitar semula.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Melloew 17-11-2023 09:25 PM
Ayuhlah cakna berkenaan e-waste

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.044505 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top