CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Anak Meninggal Dunia, Alami Kesukaran Bernafas Selepas Diberikan Antibiotik

11-10-2023 10:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2257| Komen: 5

Description: Luluh hati seorang ibu apabila anaknya yang baru berusia sembilan tahun meninggal dunia yang didakwa berlaku akibat kecuaian sebuah hospital di Johor Bahru.Pengalaman ini diceritakan oleh Suzie Sharif ...
Luluh hati seorang ibu apabila anaknya yang baru berusia sembilan tahun meninggal dunia yang didakwa berlaku akibat kecuaian sebuah hospital di Johor Bahru.

Pengalaman ini diceritakan oleh Suzie Shariff di TikTok, yang telah mengundang perhatian pengguna sosial media.


Menurut Suzie, selepas anaknya diberikan ubat antibiotik, tangannya mula bengkak dan mengalami kesukaran bernafas.


“Doktor cakap akan hentikan ubat antibiotik itu dalam masa 24 jam tapi ia tidak berlaku.

“Rekod yang diberikan oleh pihak atasan juga bercanggah dengan apa yang telah terjadi,” jelas Suzie.

Menurut Suzie, selama tiga bukan dia cuba reda tetapi kali ini cerita mengenai anaknya naik semula kerana doktor mahu menemuinya.

“Doakan mummy kuat untuk mengetahui segalanya,” kongsi Suzie.

Sebahagian besar netizen memberi sokongan penuh kepada wanita terbabit untuk menuntut keadilan untuk anaknya.


“Tolong lawan kes anak puan ini, alergik ubat tidak boleh buat main. Sila tanya soalan yg bertubi kepada pihak hospital,” komen Nur Farhana.

“Bukan tidak redha, tapi cuainya pihak hospital. Dah tahu alergik tetap juga teruskan sebab nak buat ujikaji. Kenapa kejam sangat,” tambah Atykah


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Far 13-10-2023 04:28 PM
Masa anak I baby, masuk ICU ada lung infection. Doktor guna antibiotic yang agak rare. Tiba-tiba depan mata, baby jadi biru. Terus panggil nurse.

Semua berkejar ke baby, asisst breathing dgn bg ubat lain utk contra dgn effect/antibiotic tu...hurm.
Pengalaman paling mengerikan.
Quote A-Are 13-10-2023 04:31 PM
ya allah sedihnya
Quote mengapainisemua 16-10-2023 03:36 PM
semoga diber kekuatan kepada parents untuk hadap ujian
Quote Burong_Hantuk 16-10-2023 04:04 PM
Al fatihah....takziah
Quote liyamariska 17-10-2023 02:25 PM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052072 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top