CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Lelaki Hilang Selera, Beli Nasi Dapat Sayap Masih Berbulu "Basuh Tak Ayam Ni?"

12-10-2023 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3085| Komen: 14

Description: Seorang lelaki mendapati nasi ayam yang dibelinya ada helaian bulu pada daging ayam yang diletakkan sekali di dalam bungkusan bersama dengan nasi.
Seorang lelaki mendapati nasi ayam yang dibelinya ada helaian bulu pada daging ayam yang diletakkan sekali di dalam bungkusan bersama dengan nasi.

"Hajat hati nak makan nasi ayam hainan Batu Burok hari ini. Sampai-sampai pukul 5 petang, dah tutup. Selang dua tiga kedai nampak banner nasi ayam... bungkus satu


"Tengah semangat buka, nampak macam ni ayamnya. Basuh tak ayam ni? Nampak banyak tu bulu, bukan seurat. Rezeki kucing lah ni," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman Kuala Terengganu Residen.


Foto: FB

Dia juga memuat naik dua keping gambar, memaparkan nasi ayam yang dibeli daripada kedai tersebut untuk menyokong dakwaannya.

Kelihatan beberapa urat bulu pada bahagian sayap ayam, menunjukkan ia tidak dicabut dan dibersihkan sebelum dimasak.

Bagaimanapun lelaki tersebut tidak mendedahkan lokasi serta harga nasi ayam yang dibelinya itu.


Dia yang kecewa sempat menitipkan pesanan kepada para peniaga supaya tidak mengabaikan soal kebersihan ketika mengendalikan makanan yang ingin dijual.

"Kepada orang yang berniaga, tolong jaga kebersihan. Nak jual, buat macam yang kita nak makan sendiri. Jangan buat macam ni, tak berkat rezeki," tulisnya lagi.

Perkongsian lelaki tersebut mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman hampir sama.

"Pernah kena macam ni dulu. Apabila complaint dekat kedai tu, mulalah buat muka. Kita nak makan tak sedap, lepastu kata kita bising benda remeh.

"Masa cuci, goreng, memotong dan masa membungkus... terlepas pandang belaka. Kalau ikutkan, waktu kendalikan ayam tu banyak step, boleh nampak kalau ada bulu.

"Buat kerja cuai, tahu nak kaut untung je.

"Kalau pengotor, pintu rezeki pun sempit," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 12-10-2023 02:35 PM
berbulu je tengok

eh btw selalu je jumpa ceni
koyakkan dan x mkn kulit tu
mkn isi je


Quote kepompong 12-10-2023 03:12 PM
kat pasar tempat i, ada gerai yg bakar ayam togel yg nak jual, so kalau ada sisa bulu, terbakar sekali. Machine cabut bulu mmg susah nak cabut part tu
Quote bbalik 12-10-2023 03:46 PM
cabut sdn pastu cekik ngn aman
bih cite
Quote alesandra 12-10-2023 04:41 PM
Haram tu sekadar babi,arak,tak sembelih.
Quote Thunderclouds 12-10-2023 04:47 PM
Selalu jumpa.
Xpernah wat konten ja.
Cabut buang mkn yg elok.
Tadak hal.
Yg geli tu ikan xbuang insang,perot & sotong xcuci perot.
Terpaling jijik mkn rasuah & gaji buta
Quote SalenaGomez 12-10-2023 04:53 PM
Edited by SalenaGomez at 12-10-2023 04:55 PM

Kalau concern betul2 pasal hygiene, better masak dr rumah dan bawa bekal kat ofis. Dah la murah lagi, bersih lagi dan kita beli sendiri bahan masakan yg tahu kualiti nya

Masak simple2 je asal kan cukup nutrisi. Contoh isi ayam grill+sup sayur atau set ikan gril + bendi rebus. Nak rasa pedas, beli lah sos nandos ke, sambal kak nor ke, pastu letak kat ofis. Bahan masakan ni prepare sesiap weekend pastu masuk dlm zip lock.masak mlm seblm tido, masuk bekas+ peti ais. Esok terus grab bawak g ofis. Time nak makan, panaskan je
Quote alongweeda 13-10-2023 11:55 AM
aku nah kn..restoran bkn calang2...restoran kat dlm pavi tu..tah ape nm tah..sepinggan rm30 lbh...skali alahaiiiii bkn de bulu je..liang roma pun de gk
Quote ajinomotonosuga 13-10-2023 12:31 PM
pada saya klo beli tak wajar komplen

nk bersih suci halal toyiban segala better ko bli ayam hidup n semelih dlm rumah pun bleh dlm bilik ayor..terjaminnnn segala

pas buang bulu ko bako ayam tu nk kasi ilang bulu yg kecik tuu pastu ko potong korekkkk isi kuo n ppotong peha dada kepak..buat bebanyak buh lam freezer..aman hidup

kita dok mkn hatta orang islam masak punnn kne hati hati...klo jenis tak jaga solat paham paham ler isu berkat..anak bini makan pastu jadi pangai setan..makanan tu gak salah satu punca

aku tau oang kita mng tak pandang pun bab gini..ade mughoh sedappp....nk classy restoren laa itu ini..sumber ayam daging tu mai mana

berkurun rakyat mesia makan daging kotak poloh taun sindiket tu..daging kuda kangaroo ntah lembu mati sakit kita beli daging kotakkkk buat kenduri kawinnnn aaaa beribu ribu jemputan so nk heran apa masarakat ari ari cite sadis cite sex cite kemalangan rasuah etc...korang ada pikir sme ni ka?
Quote bottombikini 13-10-2023 05:50 PM
Edited by bottombikini at 13-10-2023 05:52 PM

kalau beli kat luar kdg2 nasib tak baik dapat ayam berbulu
bulu ni selalu jumpa kat sayap, kadang2 drumstick pun ada
kalau taknak jumpa bulu, kena masak sendiri yop

Quote anony-mous 13-10-2023 06:24 PM
SalenaGomez replied at 12-10-2023 04:53 PM
Kalau concern betul2 pasal hygiene, better masak dr rumah dan bawa bekal kat ofis. Dah la murah lagi ...

Betul sgt. I kdg2 dpt ayam yg mmg byk bulu kat kepak , ada yg jenis payah nk tarik, kdg2 rasa bersih dah cabut tup2 masa mkn eh ada lg ttggal. Ni yg masak sdri , yg jual lg la x sempat. Mmg actually yg kita masak sdri je terjamin kebersihan
Quote Skuau 13-10-2023 06:51 PM
SalenaGomez replied at 12-10-2023 04:53 PM
Kalau concern betul2 pasal hygiene, better masak dr rumah dan bawa bekal kat ofis. Dah la murah lagi ...

sapa peniaga...mesti berbulu dgr saranan ko ni...
Quote SalenaGomez 13-10-2023 07:42 PM
anony-mous replied at 13-10-2023 06:24 PM
Betul sgt. I kdg2 dpt ayam yg mmg byk bulu kat kepak , ada yg jenis payah nk tarik, kdg2 rasa bers ...

Yup…kalau byk fikir lama2 mmg x lalu nak makan

Masak sendiri ni yg penting kenyang, berkhasiat n cepat masak. Sebenarnya x susah tau. Bahan masakan kalau letak tempat proper, lagi2 kalau dah prepare awal, mmg kejap je nak masak

Kalau makan luar ni, makan masa juga.kos parking n minyak keta lagi.  Kalau order, kos delivery, nak tunggu makanan lagi. Harga pon x sama banding dengan harga walk in
Quote SalenaGomez 13-10-2023 07:49 PM
Skuau replied at 13-10-2023 06:51 PM
sapa peniaga...mesti berbulu dgr saranan ko ni...

Xde lah sampai berbulu kot. Bkn semua org ada masa. Ada yg mmg bz gila nak masak2 pon x sempat, but still boleh cuba masak rebus2 atau air fryer kan aje

Lagi pon, x semua org minat nak masak2 ni. Rasa renyah kan
Quote A-Are 27-11-2023 12:44 PM
tp mmg lah..i olls pon kalo nampak ada bulu tertinggal kat ayam ni especially tang kepak terus rasa hilang selera makan....

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-2-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.063879 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top