CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Jijik, Panty Liner Ditinggalkan Bertimbun Celah Katil! Pekerja Housekeeping Dedah Sikap Penyewa T20 Tak Beradab

11-10-2023 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4796| Komen: 22

Description: Seorang pekerja housekeeping mengeluarkan kata-kata sinis selepas melihat sebuah rumah yang ditinggalkan kotor oleh penyewa yang didakwanya merupakan 'orang kaya'.
Seorang pekerja housekeeping mengeluarkan kata-kata sinis selepas melihat sebuah rumah yang ditinggalkan kotor oleh penyewa yang didakwanya merupakan 'orang kaya'.

"Benarlah, duit tak mampu beli kelas," katanya.


Bekerja secara sambilan, wanita itu bagaimanapun sudah lali dengan sikap pengunjung yang tidak reti menggunakan kemudahan penginapan dengan baik.


Foto: FB

"Sebab ni la saya ada trust issue (masalah kepercayaan) dengan orang yang suka bercantik-cantik bermekap bagai apabila keluar. Tak semua tapi kebanyakan begitulah.

"Saya buat kerja housekeeping tempat percutian dalam kampung ni. Harga sewa satu malam hampir RM5,000. Jadi, kebanyakan tetamu memang orang berduit dan berada la.

"Sepanjang saya bekerja, memang nampak jurang yang ketara orang yang betul-betul kaya dengan orang baru nak merasa kaya ni," tulisnya  di Facebook.


Wanita tersebut menyedari pelbagai kerenah tetamu setiap kali melihat keadaan bilik atau rumah yang dibiarkan kotor dan bersepah.

Menurutnya, terdapat cara untuk mengenal pasti bilik yang digunakan pengunjung itu sememangnya kaya atau sekadar 'acah-acah berduit'.

"Orang yang betul-betul kaya, datang memang untuk bersantai. Gunakan ruang seminimum mungkin dan juga akan memastikan ruangan tu kemas dan bersih sebelum balik.

"Yang acah-acah kaya ni dan wajah bermekap tebal dengan bulu mata bagaikan payung bazar Ramadan, memang tinggalkan bilik betul-betul layan kita macam tukang kemas.

"Dengan tisu lap bibir merah bekas mekap, kanta lekap warna cheetah yang dah kering melengkung atas meja mekap, bulu mata palsu putus separuh, pembungkus makanan, resit barang shopping, dan ada juga pembalut panty liner (pelapik seluar) terselit di celah katil," ujarnya.

Wanita berkenaan turut memuat naik foto keadaan di sebuah bilik yang menunjukkan sudut katil yang dilonggokkan segumpal tisu beserta panty liner yang telah digunakan.

"Yang jenis suka ambil barang pun tak kurang juga. Tisu tandas yang baru topup dalam raga sulam separas pinggang pun lesap diambiknya.

"Eh tak banyak. Ada la tiga paket yang baru buka, selagi boleh diambil. Ais dalam peti ais pun ambil ya. Belum dikira lagi yang melayan kita macam level bawahan sangat," ujarnya.

Meskipun terkilan dengan sikap segelintir pengunjung, dia berharap orang ramai beradab apabila menyewa bilik atau rumah dan meninggalkannya dalam keadaan baik.

Malah, dia turut menasihati penyewa supaya sentiasa beringat agar tidak mengambil barang bukan hak milik sesuka hati dan dibawa pulang ke rumah.

"Kaya ni tak datang dengan adab. Dan orang yang betul-betul kaya, memang ada kelas tersendiri.

"Walaupun kita bayar, jagalah hak orang. Kalau tuan empunya atau pihak pengurusan buat laporan macam kes ambil barang tu, 'masak' weh.

"Boleh jadi isu. Kena ada adab dan jagalah harta atau hak orang. Jangan anggap benda tu remeh," katanya.

Rata-rata netizen turut meyuarakan pendapat pada hantaran yang dibuat setelah ia menjadi tular di Facebook.

"Kalau kerja housekeeping kemas bilik tak boleh mengeluh. Memang kerja macam tu kan. Ada mula-mula disebut masa mula masuk kerja.

"Housekeeping terutama hotel, mesti akan jumpa benda-benda aneh. Pengalaman saya, kondom bertaburan penuh lendir, tuala wanita bergulung disumbat dalam mangkuk tandas," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 11-10-2023 01:02 PM
ewwwww yekkkkkkk
Quote Tunan 11-10-2023 01:07 PM
Iols penah buat housekeeping homesty
Yg pembersih tu teramatla bersih
Siap sapu. Sampah.. licin rumah
Yg pengotor tu, nauzubilllah..
Quote fly_in_d_sky 11-10-2023 09:22 PM
tak pelik pun
pernah hotel tempat saya kerja
floor trap bathroom sumbat
bila maintenance korek ...
keluar patung XXXX ...
tak tahu macam mana diorang sumbat dalam lubang floor trap dengan jaya nya
Quote FOTHER-MUCKER 11-10-2023 09:43 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-10-2023 05:44 AM

Mesti ada sebab tak puas hati ni.

Sama seperti kawan saya dulu sewaktu mereka pergi bercuti di pulau kapas ke pulau apa di trrengganu sana. Dah lah mahal Bilik kotor berhabuk dan ada lipas.

Mereka tinggalkan condom yang telah digunkan di bawah bantal dan macam macam lagi. Ini kisah 15-20 tahun lepas.
Quote fortiori13 11-10-2023 09:45 PM
Pengotornya panty liner sumbat celah katil, ni mesti pakej pengotor campur pemalas
Quote ninja boy 11-10-2023 11:09 PM
Edited by ninja boy at 11-10-2023 11:10 PM

Pasal tu kalau holiday hotel bawa towel alas tilam selimut sendiri atau jenis pakai buang, x geli ka budak kencing malam atas tilam laki bini kongkek berair2 tilam peluh ketiak nigger kalau dah tilam itu menyerap barang buangan 1000org
Quote TOPwind 11-10-2023 11:18 PM

yg sewa 5k smlm tu adalah syarikatlah bukan org kaya,
syarikatlllah yg bayar utk staff B40, utk rehat2, mcm housekeeping tulah B40.

Quote dua_chzy 11-10-2023 11:20 PM
Orang kampung, orang Asli pun tak buat gitu.
Quote blue_blur 11-10-2023 11:44 PM
tu bukan t20...... tu semua customer pemuas t20........... pasai tu perangai macam tu.....
Quote ladybugz 11-10-2023 11:55 PM
bagi i x kira la kaya or miskin it all comes down to attitude n education. ada ja t20 prangai mcm2 atau jauh lebih teruk. yang duk kampung2 ada yg lebih beretika. mcm x best la zaman skrg semuanya akan dikaitkan dgn kelas sosial. zaman dah maju, semuanya dihujung jari. kalau nk blaja or tau pasal etika ni semuanya ada. nak atau x nak ja.
Quote KamikuP 12-10-2023 09:10 AM
RM5k satu mlm tu sewa satu rumah wow wow dan wowo
Quote ally9970 12-10-2023 09:24 AM
Selalunya yg kaya, berduit, T20 tu penyewa lelaki (tukang bayar). Yg buang panty liner, tukang tumpang dan pengotor tu selalunya pompuan yg ikut penyewa lelaki tu...
Quote midori888 12-10-2023 09:30 AM
ladybugz replied at 11-10-2023 11:55 PM
bagi i x kira la kaya or miskin it all comes down to attitude n education. ada ja t20 prangai mcm2 a ...

agreed...ada jer rumah org B40 tapi bersih dan kemas jer..org kalu dah biasa pembersih, mmg dia gi mana2 pun akan bersih jer tempat tu..
Quote Burong_Hantuk 12-10-2023 10:07 AM
gambar x clear
Quote babelina 12-10-2023 04:43 PM
adab n perangai nie x kira b40 ker t20 ker.. klau dh mmg perangai tu x elok.. x senonoh.. miskin kaya bkn ukurannya..
Quote ifanonline 12-10-2023 04:44 PM
wanita panti liner tu please la jgn kawin...nanti mencemarkan masyarakat shj
Quote nebbit 14-10-2023 10:42 AM
Wehhhhhhhh ini manusia ke apa niiiii????? Jijik betol [em:12:]
Quote kemaruk 14-10-2023 10:44 AM
Nape nampak macam kuching
Quote Zack8hunter 14-10-2023 11:28 AM
diorg tak takut kene santet ke pi buang benda kotor sendri merata?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.058324 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top