CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

"Dah Bayar Cuckoo, Netflix, Foodpanda Atau Grabfood, Bagi Duit Lauk,"-Anak Kecewa Mak Masih Perlekeh Bagi Duit Sikit

9-10-2023 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5315| Komen: 89

Description: Seorang wanita sering diperlekeh oleh ibunya sendiri.
Seorang wanita sering diperlekeh oleh ibunya sendiri. 

“Setiap bulan bayar Cuckoo, Netflix, delivery makan through Foodpanda atau GrabFood pada hujung minggu, dan hampir setiap minggu bagi duit lauk RM50 pada mak.


“Setiap bulan spend untuk keluarga RM300 hingga RM400.

“Dapat tahu mak cakap dengan adik ‘kakak bagi duit sikit ja... mana cukup’,” luahnya menerusi media sosial.


Foto: NST

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, dia sedikit kecewa kerana ibu seolah-olah tidak memahami situasinya yang bakal melahirkan bayi sulung tidak lama lagi.

Sungguhpun sedang bergelut membuat persediaan menyambut kelahiran cahaya mata, dia tidak berkira untuk membantu meringankan belanja dapur atau keperluan ibu bapanya.

Namun disebabkan kata-kata ibunya, wanita berkenaan mengakui dia kecil hati tetapi hanya mampu menyimpan perasaan kerana enggan mengeruhkan keadaan.


Luahannya dikirim menerusi Direct Message dan dikongsikan di akaun X @meinmokhtar.

Ada segelintir yang menasihatkannya agar tidak berkecil hati dan melupakan sahaja kata-kata ibunya.

“Bab duit ni memang takkan pernah habis. Bagi sikit tak cukup, tak bagi kata kedekut atau berkira. Anggap saja kata-kata itu seperti angin lalu.

“Anon, dengan orang tua jangan ambil hati. Biarlah mereka nak kata apa pun, nanti salah seorang akan pergi. Jangan kata atau buat benda yang akan kau menyesal,” komen netizen.

Sebahagian komen netizen yang memberikan pandangan terhadap perkongsian kisah wanita berkenaan.

Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa simpati dengan kisah wanita itu malah turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengannya.

“Orang tua memang macam tu kalau kau bukan anak kesayangannya. Buat tak tahu saja.

“Sedihnya macam ni... anak punyalah baik sponsor belanja macam-macam tapi alih-alih apa yang diorang tengok?

“Gaji aku 1.5k dan bagi mak RM300 sebulan. Tapi still dia cakap ‘ingatkan boleh ringankan beban aku’ kemudian asyik compare dengan kejayaan anak orang lain,” demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 9-10-2023 10:28 AM
sebab tu rezeki mak kau tu sempit byk merungut. waima seratus pun anak bagi terimalah dgn syukur pdahal api air makan sabun mesin basuh siap kering tmpt berehat plug point charges extension semua iols punya. huhu
Quote shernazz 9-10-2023 11:10 AM
Mujurlah mak mertua n mak iols mmg ado pencen..
Tapi tu lah..depa neh tak boleh drive ..pastu memanjang la ada je Benda nak dibeli tiap2 Bulan...hahahhaa
Quote lanacondor 9-10-2023 11:16 AM
Kalau jenis mcm ni bg cash kt tgn je. Bia dia byr sendiri bil2 tu baru dia Tau..owh mahal rupanya bil2 ni..gitu.. ada jenis org tua ni mmg otak dia stuck kt zmn 80an 90an. Kalau bckp tu eh dlo gaji 600 boleh je mkn 1 rumah.. ko bg je dia bayor sdri. Baru dia Tau beza zmn skg dgn dlo
Quote tungkai 9-10-2023 11:21 AM
Aah....bagus ko bagi duit seketul kat mak ko. Pastu pandai2 la dia bayar Netflix, Cuckoo jadah tu semua kasi dia tau berapa value sebenar yg ko keluarkan. Sekolahkan sekali dari ko makan hati manjang. Payment benda yg tak nampak ni memang org ignore. Mostly fokus kat benda yg nampak aje
Quote mizruncing 9-10-2023 11:41 AM
sbb tu kita ni klu dah tua jangan dok harapkan duit anak2. mindset tu jangan pikir nanti dah tua anak2 boleh jaga, boleh bagi duit.. kalau macam tu semua org nak beranak ramai2
Quote Nurul8001 9-10-2023 11:46 AM
shernazz replied at 9-10-2023 11:10 AM
Mujurlah mak mertua n mak iols mmg ado pencen..
Tapi tu lah..depa neh tak boleh drive ..pastu memanj ...

Tu lah. Saya rasa beruntung parents sendiri n mertua, keempat-empatnya dibiayai pencen.
Kalau tak, penyekla kami suami isteri jadi sandwich.

Quote nebbit 14-10-2023 10:44 AM
Bagus berbakti pada org tua, tp kita kne tahu limit kemampuan kita juga, kalau ibu bapa yg faham dia pasti x membebankan anak2 nya
Quote raihaneem 14-10-2023 11:00 AM
Ada sesetgh ibubapa yg menyalahguna kedudukan sbgai ibubapa

Pastu dok main perkataan anak derhaka..tak halal air susu ibu, tak dpt redho Allah..

Kesian pd ank2 yg dapat parents mcmni.

Sapa yg ada kwn2 yg senasib mcmni..kalau dia mai ngadu..bg semangat kat dia.

Cian ...
Quote Thunderclouds 14-10-2023 12:32 PM
Mmg ada jenis bil² kita dh tanggung semua,brg dapo kita dok beli,duit poket lg..ini xtmasuk rodtex insurance keta & moto tiap thn kita yg byo pon bising xcukop.
Org gini serba serbi ank² tanggung bila mnyembang ngn org tetap la dijaja depa hidup susah.
Quote alesandra 14-10-2023 12:40 PM
makcik kalau takdak pencen gomen takyah tgk netflix semua tu.jgn berlagak mcm mak datin pencen.tgk tv3,rtm dah.
Quote Lampuled 14-10-2023 12:50 PM
alesandra replied at 14-10-2023 12:40 PM
makcik kalau takdak pencen gomen takyah tgk netflix semua tu.jgn berlagak mcm mak datin pencen.tgk t ...

Masalah yg org ada pencen berduit takde nk selera besar gitu sbb faham nak berjimat. Yg jenis takde pencen berduit ni yg sll bermasalah. Semua benda nk lebih drp org sbb dia tak rasa ssh nk cari duit. Yg dia tahu nk apa sebut kena sedia dpn mata. Bg byk mn pun tak pernah cukup kalau main dgn nafsu besar ni.
Quote white_musk 14-10-2023 01:01 PM
Masa mak ko muda dulu berapa dia bagi nenek ko sebulan??

Tanya la balik
Quote alesandra 14-10-2023 01:03 PM
Lampuled replied at 14-10-2023 12:50 PM
Masalah yg org ada pencen berduit takde nk selera besar gitu sbb faham nak berjimat. Yg jenis takd ...

ya.. aku amat setuju sbb tgk realiti.mak aku dapat pencen.. dia segalanya sederhana.sakit pun kalo sebolehnya xnak pegi swasta.hadap jela appointment hospital,klinik kesihatan gomen walau derita menunggu 2-3 jam.berbanding dgn sorang acik neh takde pencen ..harapkan ank menantu kelangsungan hidup.tapi hidup seumpama T20 ko.kalo jumpa mak aku. dia punya sembang tu ..kdg2 aku terpikir dia tak malu ke sembang mcm tu..beras ank mak aku yg beli kot
Quote ina_na 14-10-2023 01:56 PM
Aku dl penah kn gak..zmn bujang dl..Siang keje opis..gaji opis lps tolak kwsp,sokso semua mak aku nak..katanye tuk simpan..mlm kul 11 aku keje 7e jd storekeeper..gaji tu bt survive...sudahnye bl aku nk kawin mak aku rupa2 nye canang kat semua adik beradik dia,saudara mara dia aku x menghulur sesen pun..duit hantaran 10k dia dpt dia ckp aku x bg dia sesen pun..pdhal sesen pun aku x sentuh duit tu ..kenduri makan2 lunch pun abg ipar aku sponser ms tu...mkn lunch kat hotel ..sudah nye lps kawin aku kn kick dr rumah mak aku...ms aku form 6 ms dpt duit faraid abah aku,mak aku ckp tuk renovate rumah,tambah bilik nanti dah kawin adik2 ade bilik sendiri..20k la duit faraid aku dia gunakan...last dia halau konon nye tkt aku guna mesin basuh kat rumah dia...malu kat suami aku,mesin basuh kat rumah aku ni berganda beso dr rumah mak aku suami aku bl..sape dtg sini x de halangan pun nk guna...skrg ni rumah aku sendiri semua peralatan elektrik ade. X de kisah pun sape dtg sini tuk guna..pedih weiii,mak Kita sendiri bt mcm ni .abis adik beradik aku dia hasut ...alasan derhaka engkar arahan emak..dah tu x kan duit kwsp laki aku pun nak letak nama dia..Kalo letak nama mak laki aku logik la gak..
Quote vespa_oren 14-10-2023 02:00 PM
Sebenarnya dia duduk sendiri k menumpang rumah emak laki, bini sambil tumpang makan, minum etc
Quote asamfish 14-10-2023 02:09 PM
ramai je makpak yang toksik mcm ni...
Quote B40tastePosh 14-10-2023 02:10 PM
rospinki replied at 9-10-2023 10:28 AM
sebab tu rezeki mak kau tu sempit byk merungut. waima seratus pun anak bagi terimalah dgn syukur pda ...

Rezeki anak sempit kalau tak hargai pengorbanan ibubapa membesarkan aneuk aneuk nye
Quote lightheaded67 14-10-2023 02:14 PM
bila bnyk baca pkongsian org tntg family masing2 ni ek aku jadi mningkat skill utk buat taktau kt family hahaha dulu mula2 ye, masa tu dlm pengaruh lagi, so acah2 sedih la buat family yg ekceli saiko dan lapik kaki kan kita utk kgunaan dan kpuasan dorg. sbb aku rasa mcm ujian lah ape lah so kena sabar redho bagai, rupanya blambak smua org pun kena dgn buruk perangai anak beranak masing2. skrg... nk drama ke, cakap ke saiko2 ke, silakan lah, aku zassssss menghilang.
Quote midori888 14-10-2023 02:15 PM
ina_na replied at 14-10-2023 01:56 PM
Aku dl penah kn gak..zmn bujang dl..Siang keje opis..gaji opis lps tolak kwsp,sokso semua mak aku na ...

kesian nyer cuols dpt mak tamak haloba...smp KWSP hubby cuols pun nak letak nama dia...as if hubby cuols takde parents and family pulak...

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.102832 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top