CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

"Habis Tu Perempuan Buat Apa, Mengangkang Saja?"-Kerja Rumah Tugas Suami, Bakal Suami Kata Ustaz Merepek

6-10-2023 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10202| Komen: 96

Description: Seorang wanita yang tidak emndedahkan identitinya mendedahkan, hubungan dia dan tunangnya kini dilanda masalah hanya kerana lelaki tersebut 'sentap' disebabkan isu kecil."Saya dah bertunang dan bakal ...
Seorang wanita yang tidak emndedahkan identitinya mendedahkan, hubungan dia dan tunangnya kini dilanda masalah hanya kerana lelaki tersebut 'sentap' disebabkan isu kecil.

"Saya dah bertunang dan bakal berkahwin tak lama lagi. At first semua okay je. Dulu di awal perhubungan, tunang saya seorang yang sangat sweet.


"Sebelum bertunang, saya tak pernah tanya soalan-soalan seperti nafkah, tanggungjawab suami dan apa-apa yang berkaitan dengan kehidupan selepas kahwin.

Gambar Hiasan

"Baru-baru ini kami menghadiri kursus kahwin bersama. Ketika ustaz beritahu yang tugas-tugas memasak, mengemas rumah, jaga anak dan sebagainya tu adalah tugas suami, tunang jadi sentap.

"Tunang saya cakap yang itu semua b******t. Habis tu perempuan buat apa... mengangkang saja?"

Katanya dia sudah cuba memujuk tunangnya dengan menerangkan mengenai keperluan tugas suami isteri namun lelaki tersebut tetap berkeras dengan pendiriannya.


"Tunang tetap insist yang ilmu ustaz ajar tu merepek. Saya rasa turn off. Rasa macam apa bebal sangat benda kecil nak diperbesarkan.

"Kemudian untuk menjernihkan keadaan, saya cari informasi pasal ini dalam Google. At the same time, saya pun belajar hal yang sama supaya senang nak present dekat tunang nanti.

"Tapi sayang, tunang fikir saya memandai dan dah rancang untuk jadi queen control. Bodohlah... nak control apanya? Orang kongsi ilmu kot," luahnya kecewa.

Lebih memburukkan keadaan, wanita tersebut berkata sejak peristiwa itu, tunangnya mengambil pendekatan melancarkan 'perang dingin' terhadapnya.

"Sekarang tunang tengah buat silent treatment. Tak nak baca WhatsApp, tak nak bercakap apabila saya call. Beberapa hari bolehlah saya layan rajuk dia.

"Saya pujuk, slow talk... tapi dia tetap nak berdiam diri. Sumpah macam bodoh. Dia lelaki kot... dah kenapa nak switch kerja merajuk memujuk ni?" ujarnya lagi.

Kecewa dengan sikap tunangnya itu, wanita tersebut berkata dia berasa tawar hati untuk meneruskan perhubungan mereka.

Malah dia sendiri sudah tidak menghubungi lelaki tersebut memandangkan setiap usahanya untuk memperbaiki hubungan mereka tidak dihargai.

"Kadang saya rasa, is this sign from Allah yang tunang ni bukan jodoh saya? Sebab seriuslah, bab simple macam ni pun boleh digaduhkan.

"Saya tak nak kahwin dengan orang yang tak boleh communicate dan solve the problem together," tulisnya di laman X.

Di ruangan komen rata-ratanya menyarankan supaya wanita tersebut 'mengundur diri' memandangkan tunangnya sudah menunjukkan tanda-tanda 'redflag' biarpun belum melangkah ke alam perkahwinan.

"Allah dah tunjuk dah perangai tunang. Harap anon solat istikharah minta sungguh-sungguh petunjuk daripada Allah.

"Daripada apa yang saya baca, dia seorang yang panas baran sikit dan tak boleh dengar apa orang nak cakap. Dan rasanya dia dah set dalam minda dia itu semua isteri kena buat dan kalau kahwin nanti you akan jadi maid dia.

"Bertuah anon dapat detect awal. Ramai perempuan dekat luar sana apabila dah kahwin baru sedar," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 6-10-2023 03:36 PM
angkat kaki je nak oiiii....esok2 confirm jadi hamba laki kalau dah sah lakibini.
Quote Firenzza 6-10-2023 03:41 PM
Baik ko putus je dgn tunang, kawen jer dgn ustaz tu hidup pun senang hari2 ustaz masak order je siakap stim ka, patin tempoyak ka, kek cekelat moist ka
Quote SWORKS27 6-10-2023 03:44 PM
Firenzza replied at 6-10-2023 07:41 AM
Baik ko putus je dgn tunang, kawen jer dgn ustaz tu hidup pun senang hari2 ustaz masak order je siak ...

saya setuju sis....ustad batin dia layan bagus...nescaya ramai anak nti..
Quote Firenzza 6-10-2023 03:50 PM
SWORKS27 replied at 6-10-2023 03:44 PM
saya setuju sis....ustad batin dia layan bagus...nescaya ramai anak nti..

Hahahaha.....ini lawak
Quote cikatilia 6-10-2023 03:55 PM
blah aje lah..
biar dia cari maid byk2 layan dia..
Quote plywood 6-10-2023 03:56 PM
Masalah yang kurang jelas disini ialah apa pendirian perempuan tersebut semasa bercakap dengan lelaki tu ttg isu ini. Jika perempuan insist semua tu dia dapat maka rasanya itulah punca hubungan jadi dingin.

Buat mcm biasa jerlah. Perkara spt tuntutan itu akan jadi beban jika susah menunaikan tetapi dipaksakan. perkawinan sepatutnya berkongsi pada kebanyakan perkara dan sama-sama memikul beban... jika sedikit2 menuntut ini tanggjwb kau ulang seribu kali maka itu bukan hubungan perkawinan yang ada perasaan dan romance tetapi lebih kepada suatu perjanjian kontrak sahaja...

Quote nikaido 6-10-2023 04:00 PM
Ayat "tugas rumah-memasak, basuh baju, mengemas dll adalah tugas suami" tu memang agak bullshit pun. Ianya tugas bersama. Anak nabi fatimah pun buat kerja utk suaminya Ali. Nabi pun byk isteri. Kalau semua pun nabi buat utk isteri2nya, bila nabi boleh beribadat?
Quote roti_banjir 6-10-2023 04:03 PM
plywood replied at 6-10-2023 03:56 PM
Masalah yang kurang jelas disini ialah apa pendirian perempuan tersebut semasa bercakap dengan lelak ...

konteks penceritaan minah nih sekarang, tunang dia sentap dari masa kursus kawen sbb apa yg ustaz kat kursus kawen tuh terangkan tentang tanggungjawab suami dan isteri.... bukan konteks pompuan tuh yg mintak dilayan sebegitu....

then bila pompuan tuh cuba terangkan tentang hal tanggungjawab tuh, tunang dia dah makin merempan, so senang ckp, tunang dia tuh mahu dilayan bak raja selepas kawen..... tak peduli tentang hal tanggungjawab suami dalam Islam...
Quote mamajawie 6-10-2023 04:07 PM
asamfish replied at 6-10-2023 03:36 PM
angkat kaki je nak oiiii....esok2 confirm jadi hamba laki kalau dah sah lakibini.

betul tu..jangan jadi cam I ni nk putus tunang dulu both parents xbagi sebab malu..padahal time tu my husb da tunjuk toxic dah..now da anak 3 orang nk cerai pun kena fikir panjang demi anak2..padahal jiwa da tawar da ni..

Quote plywood 6-10-2023 04:10 PM
roti_banjir replied at 6-10-2023 04:03 PM
konteks penceritaan minah nih sekarang, tunang dia sentap dari masa kursus kawen sbb apa yg ustaz  ...

betul. tetapi patutnya dia bagi tau juga apa pendirian dia supaya semua faham kemahuan kedua-dua belah pihak. Jika dia insist, so be it.

Quote ajinomotonosuga 6-10-2023 04:10 PM
tunang tadak ilmu..suh tuntut ilmu

mmg tugas isteri sebeno nya ialah menghias diri untuk suami!

tapiiii kita hidup ada HUKUM KEHIDUPAN

mcm reciprocal gitu...

somi penattttt cari makan so isteri yg memahami oang berbudi kita berbahasa so dia p buat ayaq pastu picit picit bahu badan somi sambil ckp mekaceh bla bla bla so ilanggg penat laki etc

ostad tak cite penuh...budak tu klo dia pi paham maksud sabda nabi KALAU DI IZIN ALLAH AKU MAHU ISTERI SUJUD KAT SUAMI! sujud hormattt..so hok niiiii padan ler dgn apa ostad kabo tuu..

ko piiii pancing ikan..ko siannggg ikan tuuu .ko lumur konyit basah..ko goreng..ko suapppppp kat bini!!!! mmg sme ni keje suami NAFKAH ZAHIR...kne ada makan minum tmpt tinggal bilik air dapur n sme tu suami kne jaga bersih n sefiakan...ni NAFKAH ZAHIR

sapa kata mudah jadi suami? klo mudah pasai nabi sabda gitu..mahu isteri sujud yakni hormat suami...

ingat jadi suami keje kongkekkkkk je ke pastu bersidai tidoq cam beruang..itu tugas suami???

klo cite btui btuii..takutttttt woo jadi suami

ni blum bab AYAT QURAN yg peringatkan suami..Wahaiiii orang berimannnn..PELIHARA KELUARGAMU DARI API NERAKA YANG MANA BAHAN BAKARNYA ADALAH MANUSIA DAN BATU BERHALA!!!!

Tu diaaaaaa...sabsa nabi..Orang yg paling baik di antara kamu ialah orang yg berbuat baik pada isterinya dan aku adalah yg paling baik yg begitu.

susahhhh jadi jantannn fuhhh..lom cite kebajikan ibu bapak...jaga anak bini...nk cari rezki..nk cek masarakat gak..fuhhhhh

lagi ada hati nk kutuk pompuan..jantan tak malu..tak sedor diri..kompemmm rempit bangsat!!!

pompuan tak wajib cari makan..tak wajib buat keje rumah sme tu..ituuuu depa buat atas rela depa..hukum ADAT..oang dah cari beras so dia p masakkk n wat lauk..itu atas kerelaan n ikhlas dia

fungsi wanita procreation...keterjaminan kesinambungan spesis MANUSIA!

untuk itu jantan is DISPOSABLE..cheapppp...lagi murah dari garam n tak eran klo ramai dari wanita sebab nanti depa kompem BERPERANG..ni sunatullah..hukum alam

klo dpt isteri bekerje pastu rajin wat keje rumah pemurah Allahurobbiiii alhamdulillah laaaa...jaga bebaik..amik hati..tgk nabi tu.masa dgn khadijah mana de poligami....bila khadijah wafat je baru poligami...sb nk jaga hati khadijah yg takmo bermadu..mcm anak dia fatimah..penah kabo bila dengo gosip ali nk poligami..terus fatimah ngadu takmo kat nabi yg langsung nabi berkiassss...fatimah niii jantung hati akuuu..klo dia suka aku pun suke kalo dia sedih aku pun sedih..Ali langsung tak poligami..hanya lepas fatimah wafat

so bapak bapak suami suami klo nk bermadu .selidik dulu tgk isteri suke ke tidak...jaga hati dia....niiii sampai berceraiiiii pastu ckp jodoh sampei sini je wakkkkk...abah ko!!!!! pi blajar laaa
Quote asamfish 6-10-2023 04:11 PM
mamajawie replied at 6-10-2023 04:07 PM
betul tu..jangan jadi cam I ni nk putus tunang dulu both parents xbagi sebab malu..padahal time tu ...

allahuakbar....jgn continue hidup dalam suasana toxic...nanti you yang menderita dan dpt penyakit....toklaki aman2 jah.....

Quote daim_toblerone 6-10-2023 04:16 PM
jenis mcm ni mmg ramai...keja rumah semua bini kena buat..mmg dari kecik dah diajar lelaki jadi raja mcm ni la jadinya..1 keje pon tak nak bantu sbb katanya dlu duduk dgn mak, mak tak pernah suruh buat apa2 pon
Quote jazaa100 6-10-2023 04:18 PM
nikaido replied at 6-10-2023 04:00 PM
Ayat "tugas rumah-memasak, basuh baju, mengemas dll adalah tugas suami" tu memang agak bullshit pun. ...

Betul.....

Aku salahkn ustaz² yg sampaikn ilmu sekerat je.....
Klu semua kerja² rumah suami yg buat, apa tugas isteri pulak?....dah lah suami kena kuar krja cari nafkah

Sama gak mcm faraid.....
Klu suami mati, klu ank semua perempuan, adik badik suami akn dpt bhg.....tapi ustaz tak terangkn tanggungjawab adik badik yg dpt daraid tu....dia kena tanggung & pastikn cukup perbelanjaan ank² yatim tu....

Quote lattehazelnut 6-10-2023 04:19 PM
Nak buat camne tugas bini cari nafkah, beli beras, angkut beras, masak beras, jaga anak, basuh baju, housekeeping, serba serbi tugas bini belaka..
Quote Cyempaka 6-10-2023 04:25 PM
Pondannya tunang kau dek.. dgr ceramah ustaz je dah sentap maki hamun pastu buat perangai mcm pompuan pms - merajuk, xbaca wasap lah.. ewww xjantan langsung
Quote shamsadis 6-10-2023 04:28 PM
ustaz tu pun, selalu takder kat rumah keluar berceramah....sekadar menambah api
Quote tom2 6-10-2023 04:55 PM
ajinomotonosuga replied at 6-10-2023 04:10 PM
tunang tadak ilmu..suh tuntut ilmu

mmg tugas isteri sebeno nya ialah menghias diri untuk suami!

Terima kasih bang aji. Sebagai isteri, sama2 la kita mencantikkan diri dan melayan suami dengan baik.
Quote mamajawie 6-10-2023 04:58 PM
asamfish replied at 6-10-2023 04:11 PM
allahuakbar....jgn continue hidup dalam suasana toxic...nanti you yang menderita dan dpt penyakit. ...

I da sakit da pun kaka..beru lpas diagnosed tiroid n nanti nk refer pakar nk tgok tu non cancer ke atau x..bila I ckap kt husb I pastu dia buleh ckap mati tu pasti.."kalau awak muda2 mati pun habis saya nk buat apa??"..memang I nangis lepas dgar dia ckap camtu..siyes I menyesal seumur hidup kenal dgan dia

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.342914 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top