CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Wanita Berebut-Rebut Beli Coli Tak Pilih Saiz, Pakat Sauk Penuh Beg

6-10-2023 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9866| Komen: 115

Description: Baru-baru ini jualan gudang sebuah jenama pakaian dalam terkenal menjadi sasaran orang ramai kerana menawarkan harga runtuh.
Baru-baru ini jualan gudang sebuah jenama pakaian dalam terkenal menjadi sasaran orang ramai kerana menawarkan harga runtuh.

Rakaman video tular di media sosial menyaksikan pengunjung yang hadir dilihat berebut-rebut mengambil pakaian dalam yang dijual.


Mereka yang membeli dalam kuantiti banyak dikatakan personal shopper.



Bukan itu sahaja, kebanyakan daripada mereka membawa beg bersaiz besar bagi mengisi barang yang diambil.

Berbeza dengan pembelian biasa, pengunjung dilihat terus mengambil setiap helaian yang ada tanpa melihat saiz, jenis mahupun kualiti pakaian dalam berkenaan.

Senario yang berlaku itu menyebabkan kekecohan kerana masing-masing ingin membeli dalam kuantiti yang banyak sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.

Difahamkan ia adalah hari pertama jualan.

Situasi ini mendapat reaksi ramai di mana ia berlaku ketika negara sedang berhadapan dengan masalah ekonomi sehingga ramai yang mengeluh tentang kos sara hidup dan kenaikan harga barang.


Di ruangan komen, beberapa pelayar menyatakan mereka yang membeli dalam kuantiti yang banyak adalah personal shopper.

"Patutnya buat limit sebab mereka ni mesti jual balik dengan harga yang tinggi.

"Mesti mereka nak jual balik ni. Bagi maksimum seorang 10 helai saja.

"Saya dapat hanger saja tadi... kalau pergi Sabtu ni, apalah yang akan tinggal?

"Kadang-kadang kalau ada sales macam ni, tak ada personal shopper lagi bagus... yang kemaskan nanti semoga tabah sebab mereka sudah sepahkan," ujar beberapa warga maya.

Sementara itu tidak kurang juga yang meninggalkan komen sindiran dan berkait dengan isu harga barang keperluan semasa.

"Kalau nak beli beras tiada duit... harga beras mahal sekarang.

"Beras jenama apa ni... makcik dah lupa ke beras mahal sekarang?

"Ingat rebut beras, rupanya ada lagi teruk daripada nak beli beras," ujar beberapa netizen lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 6-10-2023 11:14 AM
Aku beli hari tuu sarung kopek clearance rege rm10..balik pakai kopek aku ketengah muncung hahaha.. nasib baik beli satu
Quote cikatilia 6-10-2023 03:17 PM
Buritan: Aku beli hari tuu sarung kopek clearance rege rm10..balik pakai kopek aku ketengah muncung hahaha.. nasib baik beli satu


ye weh.. sama.. aku beli RM9.90.
mak aii terencat kejadiannya....
Quote midori888 6-10-2023 03:20 PM
cikatilia replied at 6-10-2023 03:17 PM
ye weh.. sama.. aku beli RM9.90.
mak aii terencat kejadiannya....

aduiiii lawak lah korang nie...haha
Quote mamaazim 6-10-2023 03:22 PM
skrg kan mahal beli yg murah gatal merenyam pulak krg dok lah tergaru2 hahahahaha
Quote kucingitam 6-10-2023 03:27 PM
Buritan replied at 6-10-2023 11:14 AM
Aku beli hari tuu sarung kopek clearance rege rm10..balik pakai kopek aku ketengah muncung hahaha..  ...

kenapa ketengah? reject punya ke?
Quote cikatilia 6-10-2023 03:32 PM
kucingitam replied at 6-10-2023 03:27 PM
kenapa ketengah? reject punya ke?

sbb tu murah kan..
sesuai utk tek yg juling aje.. hahahaha
Quote kucingitam 6-10-2023 03:35 PM
cikatilia replied at 6-10-2023 03:32 PM
sbb tu murah kan..
sesuai utk tek yg juling aje.. hahahaha

hahahahha..
ingat yg jual mur2 ni sbb dah expired, dah lama kat stor, pakai sekali dua, getah loose dah..
Quote asamfish 6-10-2023 03:38 PM
dasar tamak haloba, tak bertimbang rasa.....ni mcm kes gula beras la ni...
Quote Cyempaka 6-10-2023 03:53 PM
Ni sorella punya warehouse sale kan. Yg beli tu nak jual blk la tu. Kang pakat jual kat lives tiktok la. Tgk acik2 ni rebut rasa malu pulak nak pakai sorella lps ni
Quote cikatilia 6-10-2023 03:56 PM
asamfish replied at 6-10-2023 03:38 PM
dasar tamak haloba, tak bertimbang rasa.....ni mcm kes gula beras la ni...

zaman ni ramai terdesak.
kalau xmuat mungkin open order.. dpt jual setengah harga ori pon jadi la kan.
Quote asamfish 6-10-2023 04:00 PM
cikatilia replied at 6-10-2023 03:56 PM
zaman ni ramai terdesak.
kalau xmuat mungkin open order.. dpt jual setengah harga ori pon jadi la  ...

rasanya bukan zaman ni je...dah berzaman jenis tamak haloba mcm ni...tengok masa buffet ramadhan, pakat timbun pinggan, makannya tak abis...patutnya ambik la patut2.....paling kuat pun kot 10 items je, untuk kes coli ni...

Quote Buritan 6-10-2023 04:06 PM
kucingitam replied at 6-10-2023 03:27 PM
kenapa ketengah? reject punya ke?

Kata stok clearance.. aku pun belilaa.. nasib satu . Haruu kopek ketengah muncung
Quote jazaa100 6-10-2023 04:26 PM
Buritan replied at 6-10-2023 11:14 AM
Aku beli hari tuu sarung kopek clearance rege rm10..balik pakai kopek aku ketengah muncung hahaha..  ...

Kopek ketengah muncung tu mcmana?....
Blh snap gambor?.....

Quote Buritan 6-10-2023 04:28 PM
jazaa100 replied at 6-10-2023 04:26 PM
Kopek ketengah muncung tu mcmana?....
Blh snap gambor?.....

Hahahaha.. adoiii..
Quote B40tastePosh 6-10-2023 04:29 PM
jazaa100 replied at 6-10-2023 04:26 PM
Kopek ketengah muncung tu mcmana?....
Blh snap gambor?.....

Muncung sejengkal marah dipakaikan coli murah
Quote ifanonline 6-10-2023 04:30 PM
Buritan replied at 6-10-2023 11:14 AM
Aku beli hari tuu sarung kopek clearance rege rm10..balik pakai kopek aku ketengah muncung hahaha..  ...

kopek tak besar...jgn salahkan coli
Quote ketupatnasi 6-10-2023 04:32 PM
ntah2 ada antara kita bergeselan bahu masa berebut coli
Quote Buritan 6-10-2023 04:32 PM
ifanonline replied at 6-10-2023 04:30 PM
kopek tak besar...jgn salahkan coli

Ye le gamaknyaa.. kena kopek beso kot baru elok.. hahaha .
Quote noor2 6-10-2023 04:34 PM
Semua stock clearance adalah bukan barang yg elok pun...

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-2-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.071580 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top