CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Difitnah Hamilkan Bekas Kekasih, Ayah Paksa Jadi Pak Sanggup Tanpa Usul Periksa

5-10-2023 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2962| Komen: 20

Description: Seorang lelaki dipaksa berkahwin dengan bekas teman wanitanya demi menjaga air muka bapa serta keluarga.
Seorang lelaki dipaksa berkahwin dengan bekas teman wanitanya demi menjaga air muka bapa serta keluarga.

Tidak mendedahkan identiti, katanya ia berpunca daripada satu fitnah yang ditabur oleh bekas kekasihnya sendiri, mendakwa sedang hamil kerana mereka terlanjur.


Benar, bekas kekasihnya hamil tapi 'benih' daripada tunang kepada wanita itu yang tidak mahu bertanggungjawab.

Foto: Gambar Hiasan

"Yang tanggungnya pula saya. Saya terpaksa kahwin demi jaga air muka ayah saya.

"Dia (bekas teman wanita) jumpa ayah dan cakap saya dengan dia pernah terlanjur. Sepanjang dengan dia, saya tak pernah sentuh dia.

"Ayah marah-marah, mahu saya kahwin dengan dia demi menjaga nama baik keluarga," luahnya di media sosial.

Gara-gara dakwaan bekas kekasih, dia dan bapanya bergaduh besar kerana enggan menuruti permintaan tersebut.

Biarpun cuba mempertahankan diri dengan menceritakan perkara sebenar, namun malangnya bapanya memilih untuk tidak mempercayai anak sendiri.


"Saya berat hati nak kahwin sebab saya terlampau sayangkan teman wanita saya sekarang. Terlalu banyak dugaan Allah beri."

Tiada pilihan, pemuda itu terpaksa mengorbankan perasaan sendiri dan teman wanitanya dengan mengahwini bekas kekasih.

Bagaimanapun, perkahwinan pada Jun lalu itu diteruskan atas dasar terpaksa itu akhirnya bakal berakhir.

"Saya sekarang dalam proses bercerai," katanya lagi.

Di ruangan komen, ramai yang memberikan pelbagai reaksi.

"Buat laporan polis, upah peguam dan saman perempuan tu. Jangan biar hidup anda dimusnahkan.

"Buat ujian DNA, dapat result, kau fotostat banyak-banyak bagi dekat ayah kau, ayah mentua dan semua keturunan kau dan dia. Lepas tu cerai, kau blah cari hidup dan bahagia sendiri.

"Bawak ke mahkamah syariah, cabar atas tuduhan qazaf. Kebenaran akan tertegak apabila kita tahu tempatnya.

"Kau dah besar. Boleh saman fitnah. Saman bapa kau sekali sebab ganggu emosi kau," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 5-10-2023 10:39 AM
Aku pun nak buat cerita jugakla
Carimro (bukan nama sebenar) telah terlanjur dengan Whoopy Gilbert...lepas tu suruh Mstar post kat website dia
Quote _blackbird 5-10-2023 11:37 AM
tapi ada wehh kisah mcm ni aku nengok first hand but diff sikit lah, diorg ni both budak singapore. that guy thought the girl mmg conceived anak dia, so dia mmg willingly nak responsible. pastu kahwin la mcm biasa and happy lah, then plot twist ni lepas mcm 3-4 tahun kahwin dia nengok anak first dia tu takda pon iras2 muka dia tapi ada iras2 1 guy in their circle, that guy curious la, sesenyap dia bawa anak first dia tu test dna, and not his..  
Quote Decaffeinated 5-10-2023 11:47 AM
Apasal lah banyak sangat babi bodoh dalam dunia ni.

Siapa ada kenal any pelempang upahan aku nak bayar

Quote Firenzza 5-10-2023 12:02 PM
_blackbird replied at 5-10-2023 11:37 AM
tapi ada wehh kisah mcm ni aku nengok first hand but diff sikit lah, diorg ni both budak singapore.  ...

Ramai org ckp klau muka anak iras2 org lain sllu diorg backup..."alaaa iols dulu minat sangat kt Salman Khan, tu sbb dpt dpt anak muka cam Hindustan";...
agak2 klau ikut nasihat netizen dlm citer kt atas suh buat DNA test, mau gigil mak budak tu 1 badan...
Quote _blackbird 5-10-2023 12:35 PM
Firenzza replied at 5-10-2023 12:02 PM
Ramai org ckp klau muka anak iras2 org lain sllu diorg backup..."alaaa iols dulu minat sangat kt S ...

yg anak couple ni mmg obvious budak tu roper that guy in their circle, bukan dia sorg je perasan muka seiras, sedara mara dan kawan2 lain pon perasan benda yg sama. semakin membesar budak tu semakin ketara persamaan nya. budak tu dengan "suspek" on first sight pon mmg nampak obvious copy ori dia tu. tu yg membuak2 courisity nya. masa kebenaran terbongkar dan nak berserai tu, the wife the on they way second baby. mmg haru biru wehh
Quote midori888 5-10-2023 12:41 PM
ujian DNA nie brapa bulan kandungan baru bole buat?
Quote batmana 5-10-2023 12:44 PM
cite palsu lagi

ayah dia letak pistol kt kepala dia masa sign borang nikah dpn tok kadi ke?

alahai..lemahnya watak jantan ni...
Quote shernazz 5-10-2023 12:51 PM
_blackbird replied at 5-10-2023 11:37 AM
tapi ada wehh kisah mcm ni aku nengok first hand but diff sikit lah, diorg ni both budak singapore.  ...

Eh..betul ada iols dengar cerita Ni juga..
Sebab dia rasa lama lama MCM eh kenapa MCM takde kena mengena.muka dia dgn mak dia..

Singapore EK..iols.igt.cite.omputih...hoho..
Quote _blackbird 5-10-2023 12:56 PM
shernazz replied at 5-10-2023 12:51 PM
Eh..betul ada iols dengar cerita Ni juga..
Sebab dia rasa lama lama MCM eh kenapa MCM takde kena m ...

ni bukan movie la. ni kisah benar
Quote snowflakes 5-10-2023 12:59 PM
Sebab tu lah islam tak bagi seks sebelum nikah.. banyak mudaratnya
Quote Buritan 5-10-2023 01:03 PM
matamata replied at 5-10-2023 10:39 AM
Aku pun nak buat cerita jugakla
Carimro (bukan nama sebenar) telah terlanjur dengan Whoopy Gilbert.. ...

Aku pun nak tuduh terlanjur dan hamil dgn sam clafflin tak pun tom cruise laa tak pun dgn jonny depplaa tak pun brad pitt.. huntung akuuuu
Quote shernazz 5-10-2023 01:07 PM
_blackbird replied at 5-10-2023 12:56 PM
ni bukan movie la. ni kisah benar

Ye la.mkisah benar le
Kiranya iols ingat cerita Ni omputih punya
Kira terjadi di Barat la..
Rupanya di singapore
Quote _blackbird 5-10-2023 01:21 PM
shernazz replied at 5-10-2023 01:07 PM
Ye la.mkisah benar le
Kiranya iols ingat cerita Ni omputih punya
Kira terjadi di Barat la..

hehehe jauh bebenor sampai ke barat, belom ada kawan atau sedara mara kat negara barat lagi buat masa ni.
Quote shernazz 5-10-2023 01:25 PM
_blackbird replied at 5-10-2023 01:21 PM
hehehe jauh bebenor sampai ke barat, belom ada kawan atau sedara mara kat negara barat lagi buat m ...

Wahahaha...
Kot.masa depan mana tau kan ada jenjalan di Barat
Wah gitchuuu....
Quote ctaz 5-10-2023 01:54 PM
macam ni punya isu semasa pun ada....
mcm karangan mastika atau variasari
Quote syamzana 5-10-2023 02:09 PM
benda ni jadi isu semasa kalau si laki bunuh+kerat+bakar bini dia dek kerana terlampau sakit hati.
ni dikira isu dlm family, motip nak heboh kat semua org???
Quote fair_iza 5-10-2023 02:10 PM
Hasanah sgt. Lainlh ko mmg prnh "meniduri" bks gf, logik jg was was. Ke takut dgn bapak sbb bapak msh belikn spender?
Quote dua_chzy 5-10-2023 02:21 PM
Edited by dua_chzy at 5-10-2023 06:23 AM
_blackbird replied at 5-10-2023 03:37 AM
tapi ada wehh kisah mcm ni aku nengok first hand but diff sikit lah, diorg ni both budak singapore.  ...


Ex kelig aku masa tahun 1st aku posting dulu pun ada kes gini. Keluar anak, sebijik muka ex bf dia. Takajut weols hokeh. Memang pun dia ada cerita busuk, kononnya skandal dengan ex bf semasa masih jadik tunangan dan bini orang tapi aiol masa memula dengar gosip tu, took her side sebab aiols pircaya sheols (even ada video meka ngehooh tersebar katanya, kerja ex bf).

Tapi bila nampak anak first dia, hati aiols terus hitam kelam tak mampo diselamatkan dah sebab sebijik muka ex bf dia!

Tapi husband dia teramat baik. Aku tak tau dia tau ka idok pasal suma ni. Meka masih togeder2. Masalahnya husband jauh lagik hensom dari ex bf dia yang rompong tu, tak faham aku apsal pi menyundal dengan ex bf!

Pengetua aku pindahkan meka (ex kelig and husband) dok sesama satu sekolah semasa gosip pasal meka mula2 tersebar. Ex bf tinggal dekat dengan tempat aku ngajo tu. Haih hontah la.
Quote Atata 5-10-2023 02:23 PM
matamata replied at 5-10-2023 10:39 AM
Aku pun nak buat cerita jugakla
Carimro (bukan nama sebenar) telah terlanjur dengan Whoopy Gilbert.. ...

Hahahahah spot on.. apalaaa reporter cari ni. Mesti dorang cedok berita tak bersumber ni dari tiktok. Hasanah je banyak

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-2-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053478 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top