CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Lelaki 'Offer' Belanja Pengemis Makan Terkejut Bayar RM70, Ada Lauk Daging, Ayam, Sotong

5-10-2023 10:22 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4933| Komen: 15

Description: Menerusi perkongsian di laman X, seorang lelaki berkongsi satu kejadian ketika dia sedang menjamu selera di sebuah restoran nasi kandar di Ampang, Kuala Lumpur."Aku tengah makan di restoran, aku diham ...
Menerusi perkongsian di laman X, seorang lelaki berkongsi satu kejadian ketika dia sedang menjamu selera di sebuah restoran nasi kandar di Ampang, Kuala Lumpur.

"Aku tengah makan di restoran, aku dihampiri seorang pengemis ni.



"Aku cakap dekat dia, 'nak makan? pergi ambil nasi dekat dalam'. Dia pun masuk dalam kedai dan rupanya dia bungkus je nasi berlauk tu.

"Dia keluar kedai sambil bawa makanan dan ucap terima kasih dan terus gerak," katanya.

Bagaimanapun, kata lelaki itu, alangkah terkejutnya dia apabila jumlah yang dibayar diluar jangkaan.

"Nak bayar, terkejut aku apabila dia punya bil seorang saja RM70. Ada lauk ayam, daging, sotong dan lain-lain dalam bil tu," katanya.

Menerusi ruangan ciapan balas, ada juga yang berkongsi pengalaman serupa dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.


Sumber:mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 5-10-2023 11:13 AM
lahh tak ikhlas nya dah ko gi offer hujung2 merungut naperr

da name pun pengemis

skali skala nak jg merasa lauk pauk premium
Quote sayurmayur88 5-10-2023 11:41 AM
tak ikhlas ....
Quote zarulnazmi 5-10-2023 01:30 PM
Dulu pernah baca cerita apa entah ada tertulis "Pengemis tiada hak memilih" tapi realitinya bila kita bermurah hati je mereka akan naik lemak dan demand lebih. Pernah derma seluar baju lama yang masih elok tapi bila sampai pada mereka boleh pula minta yang warna itu ini nak kain jenis itu ini tak suka warna pudar. Spesies yang suka meminta macam mereka boleh membunuh keikhlasan dalam hati nak memberi.
Quote ctkusiam 5-10-2023 02:09 PM
Ahahhah habis kena paw dgn pengemis.. lain kali ambik kan nasi & lauk utk dia pastu bagi dia mkn..ni pengemis lepas geram ni lama tk pekena nasi kandaq sotong besar2 hihi :p
Quote mayaHD 5-10-2023 02:32 PM
ni trendng sekarang kat KL, ko tengah makan derang mintak sedekah, ko takmo bg derang suruh belanja makan, ko suh makan derang amik yg paling mahal. takyah la bersedekah wahai meleis sekalian tambah2 kat bangsa luar dari malaysia neh
Quote seri_mawr 5-10-2023 03:41 PM
ko pi amikkan dia dia nasi n lauk suh mkn kat situ...nak mkn..makan..x nak makan sila pi tempat lain...
kadang derang ni mmg jenis amik kesempatan...mmg jenis pemalas...mengemis je kerja senang....


Quote anakkerengga 7-10-2023 10:19 PM
Aku cukup tak suka warga asing dtg mengemis ms mkn kt restoran..
Quote bungarose 8-10-2023 05:18 PM
Teringin meraser sotong udang agaknyer
Kalau aku, ok ajer kesian kan
Quote salimrock 11-10-2023 10:12 AM
haha pengemis dah sudah kena kan orang yg berhati


baru2 ni ada la sorang pakistan minta wa belanja kan dia milo ais , danminta duit nak makan... kt kedai makan ni

wa fikir kalo wa makan ddgn dia awkward pulak, lg pn nnti dia order lamb shank, sotong bagai masak la wa,

wa pn makan mee goreng je


wa masa tu kasihan, wa bg la rm10 bagi dia makan

Quote salimrock 11-10-2023 10:12 AM
bungarose replied at 8-10-2023 05:18 PM
Teringin meraser sotong udang agaknyer
Kalau aku, ok ajer kesian kan

itu pengemis nak pedajal kan orang tu,

ko tak bagi aku rm5, atau 10 , aku order kaw2 haha
Quote midori888 11-10-2023 11:26 AM
salimrock replied at 11-10-2023 10:12 AM
haha pengemis dah sudah kena kan orang yg berhati

better kasi dia duit siap2, kalu tak jadi mcm org tu kenal smp 70RM
Quote johan-adx 11-10-2023 11:34 AM
haritu membe aku kena..duit tanak bg tp order mkn
muka dh mcm lain je..tpaksa jgk oder mkn dan dok meja sblh
mkn tak smp 10min ditinggalkan dgn mkn tak hbs nasi berkecah pinggan
Quote belacan_gurl 20-10-2023 08:31 AM
Hahaha belanja KFC je sudeh
Quote A-Are 27-11-2023 12:56 PM
demand yer pengemis sekarang..ntahla kadang payah nk hsunuzon
Quote ctaz 28-11-2023 09:37 AM
letak kisah kat tpt public pun dah kompom tak ikhlas sedekah....

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.051824 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top