CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Albus Dumbledore Meninggal Dunia

29-9-2023 10:18 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2440| Komen: 5

Description: London: Pelakon berdarah Ireland-Inggeris, Sir Michael Gambon menghembuskan nafas terakhir di hospital pada usia 82 tahun selepas menghidap penyakit radang paru-paru, demikian menurut kenyataan keluar ...
London: Pelakon berdarah Ireland-Inggeris, Sir Michael Gambon menghembuskan nafas terakhir di hospital pada usia 82 tahun selepas menghidap penyakit radang paru-paru, demikian menurut kenyataan keluarga mendiang seperti laporan portal berita Mail Online hari ini.


Gambon memulakan kerjaya seninya selama 60 tahun bersama pelakon terkenal, Sir Laurence Olivier sebagai ahli asal Teater Negara Diraja.


Dia amat disayangi penonton yang lebih mengenalinya melalui watak Albus Dumbledore dalam filem Harry Potter.

Isteri mendiang dan anak lelakinya, Fergus Gambon berkata: “Kami sangat sedih untuk mengumumkan kehilangan Michael Gambon 

“Suami dan bapa tercinta, Michael meninggal dunia di hospital di samping isterinya, Anne dan anak lelakinya, Fergus berikutan serangan radang paru-paru. Michael berusia 82 tahun.

“Kami meminta anda menghormati privasi kami pada masa ini dan terima kasih atas mesej sokongan dan kasih sayang anda,” demikian kenyataan tersebut. – Agensi



Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 29-9-2023 11:21 AM
Wuu sedihnyaa.. dua org dlm HP dah meninggal. Mesti Daniel Radcliffe aka Harry sedih sgt dgn berita ni
Quote delia3003 29-9-2023 12:53 PM
Beribear replied at 29-9-2023 11:21 AM
Wuu sedihnyaa.. dua org dlm HP dah meninggal. Mesti Daniel Radcliffe aka Harry sedih sgt dgn berita  ...

4 dah untuk watak penting HP

Richard Harris bawak watak Albus Dumbledore dalam HP1 & HP2. Lepas RH meninggal, Michael Gambon ambik alih watak AD start dari HP3


Alan Rickman-Severus Snape

Robbie Coltrane-Rubeus Hagrid

Quote Beribear 29-9-2023 02:45 PM
delia3003 replied at 29-9-2023 12:53 PM
4 dah untuk watak penting HP

Richard Harris bawak watak Albus Dumbledore dalam HP1 & HP2. Lepas RH ...

Ohh sorry my mistake. Yg Richard tu iolss darjah 4 time tu yg snape iolss lupa lah dia kanser. Hagrid last year kan.
Quote KirazMevsimi 29-9-2023 03:18 PM
takziah. meninggalkan banyak jasa dan kenangan
Quote sayurmayur88 29-9-2023 03:20 PM
one of the best movies, selain LOTR..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043764 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top