CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rossa Nangis Tonton Babak Anna Jobling, Omar Daniel Dalam Video Muzik Bertengkar Manis

29-9-2023 10:10 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2196| Komen: 1

Description: Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa, mendedahkan dia tidak dapat menahan air mata ketika melihat lakonan aktres, Anna Jobling menerusi video muzik terbaharunya yang berjudul Bertengkar Manis.Dalam vide ...
Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa, mendedahkan dia tidak dapat menahan air mata ketika melihat lakonan aktres, Anna Jobling menerusi video muzik terbaharunya yang berjudul Bertengkar Manis.

Dalam video muzik berkenaan, Anna bergandingan dengan pelakon Indonesia, Omar Daniel.


"Menangis terharu sendiri melihat lakonannya Anna Jobling dan Omar Daniel di muzik video Bertengkar Manis," kata penyanyi itu.

Rossa memuat naik video di media sosial memaparkan dirinya yang sedang mengalirkan air mata ketika melihat babak Anna dan Omar dalam video muzik tersebut.

Dalam perkongsian sama, penyanyi yang popular dengan lagu Hey Ladies itu turut meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melancarkan video muzik tersebut.


"Tak sabar nak lancarkan buat anda semua," katanya lagi.

Peminat di ruangan komen turut teruja dan tidak menyangka Anna bekerjasama dengan Omar yang dianggap gandingan yang menarik.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 29-9-2023 12:22 PM
Hmmm...kalau si yenna jobos ni xde maknya nak merebek.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062671 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top