CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Muncul ‘Live’ Dengan Muka Bertindik, Han So Hee Jelas Imej Baharu

28-9-2023 11:03 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4120| Komen: 13

Pelakon Han So Hee mendapat perhatian ramai selepas memuat naik foto penampilan baharunya yang bertindik pada bahagian wajahnya.

Susulan daripada itu, baru-baru ini aktres berkenaan dihujani soalan mengenai imej itu ketika membuat sesi siaran langsung Instagram miliknya.



Kata So Hee, dia tidak pernah bertindik dan akan menanggalkan tindikan itu sekiranya mempunyai komitmen kerja selepas ini.

"Apabila saya perlu bekerja, saya akan menanggalkannya. Saya melakukan perkara ini kerana saya tidak pernah bertindik sebelum ini.

"Namun jika penampilan bertindik ini sesuai untuk karakter projek saya seterusnya, saya akan membuat pertimbangan untuk tidak menanggalkannya.

"Saya dengar sekiranya membiarkan tindik ini terlalu lama, ia akan menjadi parut... tetapi tidak mengapa saya boleh hilangkan parut dengan cara lain," katanya.

Dalam pada itu, So Hee turut berkongsi perkembangan terbaharunya yang baru selesai menjalani drama Gyeongseong Creature.


Pelakon Nevertheless itu turut memohon maaf kepada peminat sekiranya pertuturannya agak canggung disebabkan oleh tindikan itu.

"Saya baru habis menjalani penggambaran Gyeongseong Creature yang dijadualkan untuk tayangan Disember nanti.

"Saya berasa agak tidak selesa disebabkan tindik pada bahagian bibir ini... maafkan sekiranya pertuturan saya agak tidak lancar," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 28-9-2023 01:18 PM
Lorh klu tanggal berlubang ke, jenuh nk cover .
Quote JahLupa 28-9-2023 06:15 PM
Dia punya tatoo tu real ke
Quote missyL 28-9-2023 08:03 PM
Han so hee ni muka cntik lembut. Tp rupenye bad girl. I like hahaha
Quote missyL 28-9-2023 08:03 PM
JahLupa replied at 28-9-2023 06:15 PM
Dia punya tatoo tu real ke

Real sis
Quote sarah_ary2 29-9-2023 07:32 AM
Bertindik mcm dah mirip Jungkook dah muka dia cantik sgt dia ni
Quote JahLupa 30-9-2023 05:01 PM
missyL replied at 28-9-2023 08:03 PM
Real sis

Omo omo omo…
Quote borrow 30-9-2023 08:43 PM
Edited by borrow at 30-9-2023 11:58 PM
sarah_ary2 replied at 29-9-2023 07:32 AM
Bertindik mcm dah mirip Jungkook dah muka dia  cantik sgt dia ni

berjangkit dgn jk Rasanya b4 popular , followers igt sheols pakai filter/photoshop. Skali muncul dlm tv pun tetap lawa.
Quote haprak4042 30-9-2023 11:44 PM
tapi dia tetap lawaaa...dan seksii tuuu
Quote virgocircus 3-10-2023 07:00 PM
Dia ni mmg ala2 rebel..mcm Nana, Moon gayoung yg ade tatu.
Quote iolss 9-10-2023 01:57 PM
i amazed depa mekap dlm drama xnmpk lgsg tatoo nya. nmpk flawless gila..
Quote Guli 9-10-2023 02:04 PM
Cantik betul han so hee ni , boleh jadi next song hye kyo tapi vibe lain
Quote Mamiyan 10-10-2023 12:06 PM
Dia ni before femes pun mmg dh ala2 bad girl gituew kan? So skrg kiranya balik lagi ke vibes dia dulu la ni tapi muka dia pun mmg ala2 badgirl jugak
Quote keranda.terbang 29-3-2024 02:43 PM
pretty so hee

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.119876 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top