CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Orkestra Malaysia Lebih Bagus – Ahmad Dhani

29-9-2023 10:50 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2859| Komen: 1

Description: Komposer dan ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani memuji pasukan orkestra Malaysia yang baginya lebih baik berbanding kumpulan orkestra di Indonesia.Ahmad Dhani berpendapat, Malaysia mempunyai kelebiha ...
Komposer dan ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani memuji pasukan orkestra Malaysia yang baginya lebih baik berbanding kumpulan orkestra di Indonesia.

Ahmad Dhani berpendapat, Malaysia mempunyai kelebihan memandangkan pasukan orkestra yang ada di negara ini mendapat sokongan kerajaan berbanding di Indonesia yang mana muzik tersebut masih dianggap sebuah budaya baharu.



“Saya sudah dengar latihan, nampaknya orkestra Malaysia lebih bagus daripada Indonesia. Ia dari pendengaran saya yang boleh disifatkan sebagai seorang pakar dalam muzik.

“Kalau di Indonesia, ahli orkestra memang orang asal Indonesia, tapi di sini saya dengar ahlinya terdiri pelbagai negara. Lagi pula orkestra bukan budaya kita.

“Jadi bila orang barat yang mainkan, akan lebih baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ahmad Dhani dan ahli Dewa 19 ditemui di sidang media dan sesi latihan konsert di Axiata Arena, malam tadi.


Pasukan orkestra Malaysia seramai 54 orang bakal mengiringi persembahan sempena A Night At The Orchestra Dewa 19 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, esok.

Tambah Ahmad Dhani, konsert itu akan menonjolkan sisi lain Dewa 19 yang selama ini ditampilkan dalam konsert rock serba santai.

“Konsert ini secara tidak langsung memberi sisi lain Dewa 19 iaitu ada lagu kami yang boleh didengar secara serius dan bukan hanya hiburan semata-mata.

“Konsert itu nanti boleh dikatakan seolah-olah orkestra membaluti muzik Dewa 19,” katanya.

Band gergasi itu akan menyampaikan 34 buah lagu pada konsert malam esok.

Kali terakhir Dewa 19 mengadakan konsert di Malaysia adalah sempena Konsert 30 Years of Dewa 19 pada 9 dan 10 September, tahun lepas.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 29-9-2023 02:03 PM
baladewa baladewi.. shiapa pergi, nti komen best ke idok yaa..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.039644 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top