CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelawak Ujang Ronda Pun Terlibat Dalam Filem Lucah ‘Keramat Tunggak’, Terima Bayaran Rm150 Sebab Terdesak Tiada Kerja

23-9-2023 11:32 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1053| Komen: 0

Description: Pelakon dan pelawak Indonesia iaitu Ujang Ronda dilaporkan antara individu dipanggil pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung penerbitan sebuah filem pornografi yang sedang heboh diperkatakan.U ...
Pelakon dan pelawak Indonesia iaitu Ujang Ronda dilaporkan antara individu dipanggil pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung penerbitan sebuah filem pornografi yang sedang heboh diperkatakan.


Ujang atau Supriatna Sujani, 54, yang hadir ke balai polis bagi merakamkan keterangannya memberitahu dia pada awalnya tidak tahu filem berjudul Keramat Tunggak itu merupakan sebuah karya pornografi.


Malah Ujang mendakwa hanya menerima bayaran sebanyak RM150 untuk melakukan babak komedi dalam filem tersebut.

"Saya tak terlibat dalam babak lucah. Saya hanya menerima bayaran RM150 sahaja.

"Filem itu ditayangkan pada 2022 dan saya tak tahu ia filem lucah! Apabila ada nama saya, ia jadi huru-hara," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberikan keterangan Selasa lalu.

Dalam pada itu, Ujang memberitahu dia bersetuju terlibat dalam penggambaran filem terbabit kerana tidak mempunyai pekerjaan susulan tiada tawaran lakonan akibat penularan wabak Covid-19 sebelum ini.


"Apa yang berlaku jadi peringatan buat saya... Ketika itu saya perlu bekerja untuk cari nafkah buat isteri dan anak. Itulah satu-satunya tawaran saya terima," jelasnya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.047244 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top