CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Enggan Serah Pasport Milik Anak, Sophie Turner Saman Joe Jonas

24-9-2023 11:03 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4028| Komen: 19

Kemelut rumah tangga pasangan Joe Jonas dan Sophie Turner memasuki episod baharu apabila aktres itu memfailkan saman terhadap suaminya.

Sophie, 27, dilaporkan bertindak sedemikian susulan Joe didakwa enggan menyerahkan pasport dua anak mereka bagi membolehkan mereka pulang ke England.



CNN melaporkan laporan mahkamah sebelum ini menyebut Joe dan Sophie meletakkan England sebagai tempat tinggal kekal mereka pada April 2023.

Justeru Sophie berhak membawa anak-anak mereka pulang ke negara itu biarpun kedua-duanya lebih banyak menghabiskan masa di New York, Amerika Syarikat.

Sumber terdekat pasangan itu pula memberitahu Sophie yang merupakan warganegara England mahu pulang ke sana bersama dua anaknya bagi menjalani penggambaran sebuah filem.

Bagaimanapun ketika satu sesi pertemuan, Joe enggan menyerahkan pasport perjalanan antarabangsa anak-anak mereka kepada Sophie.


Joe dan Sophie juga dikatakan telah berjumpa baru-baru ini bagi membincangkan tentang hak penjagaan anak mereka selepas berpisah.

"Joe memberitahu mereka telah mencapai persetujuan tentang kerjasama menjaga anak," jelas satu sumber.

Pada 5 September lalu, Joe memfailkan cerai terhadap Sophie selepas empat tahun mereka mendirikan rumah tangga.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 24-9-2023 11:26 AM
Dah bercerai ke belum depa ni?
Sansa ni muda lagi baru 27
Quote delia3003 24-9-2023 12:24 PM
Suchi replied at 24-9-2023 11:26 AM
Dah bercerai ke belum depa ni?
Sansa ni muda lagi baru 27

Dalam proses. Kesian anak2, pak nye kat US, mak nye orang UK. Sebelum bercerai, diorang dah agree nak menetap dan besarkan anak2 kat England.
Quote I.K.A888990 24-9-2023 12:41 PM
apa la si joe jenab ni...
mmg red flag betul eh dia ni
pikir la psl anak2
Quote caprisonne 24-9-2023 04:29 PM
Terkejut jugak depa ni cerai. Masa baru2 bercinta n kawen tu over namatey.. nak muntah tgk. Hmmhh sekali.. sayang betul..
Quote sarah_ary2 24-9-2023 07:02 PM
Kalau baca docyment on their case ni dorabg berpindah randah berapa kali dah after Sophie melahirkan anak diorang, nampak mcm Joe ni problematic dahlah main cerai mcm
tue jah
Quote CiliPadiSedap 24-9-2023 07:39 PM
kenapa bulut mata dia ada ekor? dia pakai marker pen apa?
Quote babelina 25-9-2023 09:39 AM
Sophie dpt taw joe nie nk ceraikn dari medsoc kn.. kesian btl..
Quote mandibunge 25-9-2023 11:32 AM
ape masalah si joe nihh
Quote KBW2 25-9-2023 11:32 AM
masa nak kawen kecoh, cerai pon kecoh.
Quote Whatsofunnyth 26-9-2023 09:30 AM
Tk sangka pulak dorang yg divorce
Quote gerbera.memopad 26-9-2023 11:42 PM
Aku rasa Joe memang tak nak pindah UK kut.

Sophie pun bukan main, tetiba dinner dengan Taylor Swift ex Si Joe ni
Quote alesandra 27-9-2023 07:45 AM
Aku baca joe tuduh sophie ni bukan mak yg baik.tu sbb dia x bagi ank2 lps kt maknya kot.tapi sophie counter balik dia kena postpartum
Quote delia3003 27-9-2023 02:19 PM
I rasa Joe J ni tak nak tinggal kat UK kot, dah family dia, kawan2 semua kat US.
Quote lasagna 29-9-2023 02:01 PM
lahhh dah 2 org ke anak dia org?
kemain nk rak masa bercinta, pastu kawen.
dah kawen cerai pun bgai nk rak juga.
Quote virgocircus 3-10-2023 06:59 PM
Ntah ape si joe bengang dgn sopi ni. Lepas bday je terus ceraikan minah ni. Narcissist much?
Quote royaldanish 3-10-2023 11:35 PM
tua nya muka Joe tu skrg ye
Quote iolss 6-10-2023 05:36 PM
anak2 gak jd mangsa dah jd gini. hmmm
Quote Guli 9-10-2023 02:09 PM
Rasanya dulu sweet jer couple ni tapi sekarang cerai, sophie pun awal kahwin tak puas lagi kut hidup bujang
Quote keranda.terbang 29-3-2024 02:44 PM
semoga dipermudahkan urusan

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.255431 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top