Penyanyi Victoria Beckham mendedahkan tempat parkir kereta menjadi lokasi pertemuan dengan suami iaitu David Beckham ketika mereka sedang hangat bercinta pada akhir 1990-an. Victoria berkata, kawasan itu menjadi tempat paling selamat supaya hubungan mereka tidak dihidu paparazi dan peminat.
"Pengurus saya selalu beritahu cuba bercinta secara rahsia, jadi kami bertemu di tempat letak kereta," katanya. Victoria mendedahkan perkara itu menerusi treler dokumentari Netflix berjudul Beckham tentang karier David sebagai bintang bola sepak terkenal dunia. Bagaimanapun kata Victoria, perkara itu tidak seburuk seperti disangka malah ia meninggalkan kenangan manis buat mereka berdua. Untuk rekod, David dan Victoria mengikat tali pertunangan pada 1998 sebelum melangsungkan perkahwinan pada Julai 1999 di London. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn, 24, Romeo, 21, Cruz, 18 dan Harper, 12 tahun.
Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT