CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Main Tingggal Atas Mailbox Tingkat Bawah Je- Lelaki Bengang Rider Tak Hantar Makanan Sampai Depan Pintu Rumah, Alasannya Sakit Kaki

21-9-2023 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3745| Komen: 19

Description: Seorang lelaki bengang dan tak puas hati dengan tindakan seorang penghantar makanan yang didakwa tidak melaksanakan tugasnya dengan baik.
Seorang lelaki bengang dan tak puas hati dengan tindakan seorang penghantar makanan yang didakwa tidak melaksanakan tugasnya dengan baik.

Berkongsi menerusi Facebook Group Bandar Baru Bangi, pengadu mendakwa penghantar makanan itu biadab dan tidak menghantar pesanan yang dibuat isterinya sehingga di pintu kediaman mereka.


Berdasar gambar tangkap layar yang dikongsikan, penghantar makanan terbabit memohon maaf kerana tidak dapat naik ke tingkat atas untuk menghantar pesanan pelanggan.

Foto: FB

“Minta maaf, saya tak dapat nak naik, kaki sakit. Makanan saya letak atas mailbox ye,” demikian mesej yang diterima dalam aplikasi tersebut.

Namun, perbuatan penghantar makanan itu mengundang rasa tidak puas hati pengadu yang tidak menghubungi isterinya terlebih dahulu sebelum meninggalkan makanan yang dipesan di atas peti surat. Sedangkan isterinya ketika itu sedang sarat mengandung.


Pengadu juga bertegas mahu membuat aduan terhadap penghantar makanan berkenaan.

“Salam warga Bangi, ada yang kenal rider Food Panda nama ni tak? Macam mana nak report ya rider ni? Agak rude ya letak makanan kat situ tanpa call dulu.

“Isteri saya mengandung tujuh bulan, duduk di tingkat empat. Ketika itu saya bekerja. Tetapi dia (rider) meninggalkan pesanan macam tu jer tanpa call dulu.

“Kita order food delivery untuk memudahkan urusan kita. Tetapi ini lagi menyusahkan. Ada yang tahu cara untuk report tak melalui aplikasi ini?” katanya.

Di ruangan komen netizen berpendapat penghantar makanan itu sudah cuba sebaik mungkin untuk memaklumkan alasan dengan penuh beradab.

“Saya rasa dia dah cuba sehabis baik beradab dengan menghantar mesej dan memaklumkan alasannya. Dia pun tak tahu yang pelanggannya mengandung.

“Mungkin pada pesanan seterusnya kena tinggalkan nota yang memaklumkan isteri awak sedang mengandung dan minta dihantar ke pintu. Dan beri sedikit tips,” kata Muslih.

Tetapi ada pula yang berpendapat, penghantar makanan tidak perlulah bekerja sekiranya benar kakinya sakit. Tambahan, keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya makanan pelanggan hilang akibat diambil oleh individu lain yang tidak bertanggungjawab.

“Kalau dah tahu kaki sakit, tak perlu ambil order. Duduk rumah sajalah. Kalau makanan hilang, naya kat customer,” kata Emma.

“Sebab itu kalau beli makanan online, saya suka bayar Cash on delivery (COD). Bila COD, macam mana pun rider tetap kena jumpa customer untuk ambil duit. Kalau bayar online, macam ni lah, main tinggal-tinggal je makanan kita,” kata Haifa.-CARI

Sumber: The Reporter

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matjerk 21-9-2023 12:00 PM
Isteri mengandung. Duduk tingkat 4. Dia marah sbb tak call dulu maklumkan tinggal makanan.
So berdasarkan input ni, maksudnya kalau dia call, akan menghasilkan result berbeza ke?
Bini dia akan  turun jugak ke ambik?
Or dia kena naik jugak walau sakit kaki?
Quote prettyuglybabe 21-9-2023 12:49 PM
kalau malas turun naik tangga hantar order orang, kau apply jadi posmen je dek..
hantar surat satu-satu kat mailbox je tak payah naik turun tangga..
i pun bengang dengan rider pemalas ni..
kita order dah tentu la untuk kesenangan atau ada kekangan..
kalau kena tukar baju pakai tudung turun amik makanan, baik siap gi kedai terus jah..
Quote Rajawali 21-9-2023 12:57 PM
matjerk replied at 21-9-2023 12:00 PM
Isteri mengandung. Duduk tingkat 4. Dia marah sbb tak call dulu maklumkan tinggal makanan.
So berdas ...

hulur tali dari atas ikat makanan tu tarik balik ke atas...laporfowatakunzi..
Quote faraway1 21-9-2023 01:09 PM
Baguslah bini turun naik tangga nanti beranak cam juara
Quote brego 21-9-2023 01:32 PM
Edited by brego at 21-9-2023 01:42 PM

dia yang pemalas,
nak kata org lain pulok yang malas

nak hantar sampai depan pintu rumah
tapi kedekut bagi tips

dah la mendaki tangga 3,4 tingkat
ada spesis haramjadah cakap terima kasih pun takde

elok la tinggal kan kat security,
biar dia turun amik

Quote Carcosa 21-9-2023 02:02 PM
Siapa suruh tinggal flat, dahla tu tingkat 4 then tkde lift

Quote SedihPedih 21-9-2023 02:08 PM
Nk report, report aja terus kt customer service. Masuk kt grp FB tu dh kenapa?

Iols kalau ada apa2 tak kena selalu terus report and cepat ja dpt feedback.
Quote midori888 21-9-2023 03:05 PM
org preggy tak bole turun naik tangga ke? tingkat 4 jer pun...kalu pemalas, masak jer lah apa ada kat umah tu...

exercise kan bagus utk ibu2 mengandung...
Quote KamikuP 21-9-2023 04:03 PM
Tu lah tu, sapa suruh duduk flat pprt takde lif.. kan makanan dah kene letak atas melboks
Quote green~tea 21-9-2023 04:05 PM
Rumah PPRT takde lif ke
Quote airmineral 21-9-2023 04:24 PM
bukan ke lebih elok org pregnant turun naik tangga sbb kira sbg senaman?

atau kwsn tangga situ berbahaya?
Quote _kelly 21-9-2023 05:27 PM
nak jadi rider hadap tips pulak tapi pemalas nak hantar sampai depan pintu pastu tak dapat tip duk komplen dalam group b40, compare duk flat ngan duk kondo

setuju ngan komen kat atas, kalau malas sangat jadi posmen je la
Quote Lolalala 21-9-2023 09:44 PM
Kondo rumah iolls kena turun ambil kat lobby saja. Dulu takat guard house MO bagi. Lepas kena maki, baru laaaa diorg bg sampai lobby block masing-masing sebab payah nak bukak masuk pintu & lif guna access card . Turun laaa sendiri amik kat gf. Agak² lambat, soh je  laaa rider tinggal atas mailbox.
Quote dekmieDandy 25-9-2023 10:13 AM
brego replied at 21-9-2023 01:32 PM
dia yang pemalas,
nak kata org lain pulok yang malas

dah bayar delivery fee pastu kena bagi tips lagi

hurmm..
Quote brego 25-9-2023 01:02 PM
Edited by brego at 25-9-2023 01:04 PM
dekmieDandy replied at 25-9-2023 10:13 AM
dah bayar delivery fee pastu kena bagi tips lagi

hurmm..

kalau rumah landed, tak payah bagi tips pun takpe
boleh hantar sampai depan pintu pagar

kalau kat KONDO, customer kena turun amik di guard house
itu rules mana2 kondo

yang banyak songeh nih,
spesis B40 duduk apartment walk up takde lift
kau suruh rider tu mendaki sampai tingkat 3 dan 4
berbaloi ka upah RM5?

apa susah sangat ker nak bagi tips seringgit dua
dah la pemalas, kedekut pulak tu




Quote rykall 25-9-2023 01:21 PM
Melayu dan bodoh berpisah tiada. Kan ke lagi bagus buat aduan terus kat syarikat makanan tu terus diambil tindakan dari ko meroyan kat medsos. Sebab tu lah Melayu asyik kene pijak dengan bangsa lain.
Quote syamzana 25-9-2023 01:26 PM
nak kecam kan nati kata berlagak...lantak la.
Quote dekmieDandy 25-9-2023 03:10 PM
brego replied at 25-9-2023 01:02 PM
kalau rumah landed, tak payah bagi tips pun takpe
boleh hantar sampai depan pintu pagar

dah memang job scope dia, door to door delivery

kalau taknak hanta ke pintu, cari kerja lain la

btw ada je condo yang bagi hanta depan pintu
Quote sharlenetexas 25-9-2023 03:16 PM
Edited by sharlenetexas at 25-9-2023 03:17 PM

Masa sekolah menengah dulu bangunan tiga tingkat. Cikgu2 yg sarat mengandung request weols yg tingkat atas sekali turun ke kelas tingkat bawah tiap kali subjek dia mengajar. Kesian cikgu tak larat naik ke tingkat tiga. Weols ok je. Kesian kat cikgu.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.424317 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top