CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Usia 45 Tahun Cabul Anak Jiran Umur 4 Tahun Waktu Subuh Ketika Sedang Tidur

13-9-2023 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2949| Komen: 2

Description: KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan mencabul anak jirannya yang berusia empat tahun pada Ahad lalu.
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan mencabul anak jirannya yang berusia empat tahun pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, budak perempuan  itu mendakwa perbuatan terkutuk tersebut berlaku di dalam rumahnya pada pukul 6.30 pagi.


Beliau berkata, perbuatan cabul terbabit dipercayai berlaku sewaktu mangsa sedang tidur.


Foto: Kosmo

“Mangsa kemudiannya telah mengadu perbuatan suspek kepada salah seorang kakaknya sebelum keluarga mereka membuat laporan polis.

“Suspek kemudiannya berjaya dikesan sebelum ditahan di tepi jalan di Kampung Manir, di sini, pada pukul 6.30 petang kelmarin,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah.

Tambah beliau, lelaki itu telah direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan. – CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 13-9-2023 01:32 PM
Mangsa yg dicabul ialah anak jiran, kanak2 berumur 4thn, sedang tidur di rumahnya.
Adakah pelaku telah menceroboh masuk ke rumah kanak2 trs dn mencabul kehormatannya. Kanak2 iu tidur sendirian ke shnga tak ade orang dewasa yg sedar.
Waktu subuh?  Pandai juga penceroboh pilih waktu ye?
Atau adakah wartawan ni tak pandai tulis berita?
Quote chiyoasuka 13-9-2023 02:26 PM
mcm2 skg ehh takuttttt

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.097123 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top