View: 3271|Reply: 4
|
Lelaki Usia 45 Tahun Cabul Anak Jiran Umur 4 Tahun Waktu Subuh Ketika Sedang Tidur
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan mencabul anak jirannya yang berusia empat tahun pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, budak perempuan itu mendakwa perbuatan terkutuk tersebut berlaku di dalam rumahnya pada pukul 6.30 pagi.
Beliau berkata, perbuatan cabul terbabit dipercayai berlaku sewaktu mangsa sedang tidur.
Foto: Kosmo
“Mangsa kemudiannya telah mengadu perbuatan suspek kepada salah seorang kakaknya sebelum keluarga mereka membuat laporan polis.
“Suspek kemudiannya berjaya dikesan sebelum ditahan di tepi jalan di Kampung Manir, di sini, pada pukul 6.30 petang kelmarin,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah.
Tambah beliau, lelaki itu telah direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa yg dicabul ialah anak jiran, kanak2 berumur 4thn, sedang tidur di rumahnya.
Adakah pelaku telah menceroboh masuk ke rumah kanak2 trs dn mencabul kehormatannya. Kanak2 iu tidur sendirian ke shnga tak ade orang dewasa yg sedar.
Waktu subuh? Pandai juga penceroboh pilih waktu ye?
Atau adakah wartawan ni tak pandai tulis berita? |
|
|
|
|
|
|
|
Tua pon bodoh
Tak berguna 1 seng |
|
|
|
|
|
|
| |
|